Bayi 'ajaib' terselamat jatuh dari tingkat 6

Media Perancis menyifatkan sebagai 'keajaiban' seorang bayi yang terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun terjatuh dari tingkat enam sebuah bangunan apartment.

Bayi lelaki tersebut yang tidak dikawal oleh ibu bapanya itu telah terjatuh seterusnya melantun di atas bumbung (awning) sebuah kafe di bawah rumahnya.

Bayi berkenaan benar-benar bernasib baik apabila seorang doktor yang kebetulan lalu di situ ternampak bayi itu lantas menyambutnya sebelum ia terhempas ke tanah, menurut laporan seorang saksi.

inilah bangunan tempat berlakunya kejadian tersebut

Doktor tersebut tidak menemui sebarang kecederaan pada bayi namun membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Laporan awal yang dipetik dari BBC mengatakan bayi itu sebagai bayi perempuan namun sebenarnya ia adalah bayi lelaki.

Seorang lelaki yang tinggal berdepan dengan bangunan tersebut memberitahu France Info bahawa dia terlihat seorang bayi sedang bermain-main di tepi tingkap bersama seorang kanak-kanak perempuan yang beberapa tahun lebih tua darinya.

Mereka berdua dilihat keluar dan masuk di tepi tingkap, dia merasakan sesuatu yang buruk mungkin berlaku.

Lelaki yang menyambut bayi lelaki tersebut sedang berjalan melewati kawasan itu bersama isteri dan anak lelakinya ternampak bayi tersebut jatuh.



Seorang lagi saksi memberitahu Le Figaro doktor tersebut menunggu di bawah bumbung (awning) dan berjaya menyambut bayi selepas ia melantun di atas bumbung tersebut.

Francois, seorang saksi mengatakan bayi terbabit menangis pada mulanya sebelum kemudiannya kembali tenang.

Doktor yang bernama Philippe Benseniot menurut France Info menyifatkan kejadian ini sebagai benar-benar bernasib baik.

"Saya berada di situ pada masa yang tepat" Katanya kepada France Info.


ReJaM©"Ajal tak sampai lagi..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan