Monday

Ekonomi Malaysia, Siapa betul, Najib atau Bloomberg?


Di dalam laporan berita di Malaysiakini yang dipetik dari laporan Agensi Berita Kebangsaan, BERNAMA 22 Nov 2010, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kebarangkalian ekonomi Malaysia akan melangkaui pertumbuhan 6% bagi suku tahun ketiga tahun ini, 2010.

Di dalam laporan ini, Perdana Menteri menggambarkan satu pertumbuhan yang baik terhadap ekonomi Malaysia. Lihat screenshot di bawah ini.

Namun apa yang menghairankan, pengumuman Najib dilihat berbeza dengan laporan dari laman web www.businessweek.com 19 N0v 2010 lalu, apabila laman web berkenaan mengumumkan kenyataan yang sebaliknya atau bercanggah dengan kenyataan Najib. Najib gambarkan kemungkinan ekonomi akan bertumbuh lebih baik, namun Bloomberg umumkan kemungkinan pertumbuhan perlahan bagi suku tahun terakhir bagi negara Malaysia dan Thailand.

Siapa yang betul? Najib atau Bloomberg? Kalau dilihat, Bloomberg tiada sebarang kepentingan untuk mengumumkan berita yang tidak benar, namun Najib perlu menggambarkan berita baik bagi menarik kepercayaan rakyat terhadap pentadbirannya.

Sila klik untuk membesarkan image



Sumber:
  1. Malaysiakini
  2. Bloomberg

ReJaM© "Kesian orang kampung yang tak paham ekonomi dan tiada maklumat yang tepat!"

7 comments

hmmm.it could be..atau..mungkin najib mahu menaikkan semangat pekerja di malaysia supaya jangan selalu bersikap malas? Haha

kita jangan menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana kita tidak berade di situasi seseorang itu..misalnya Najib..mungkin ade sebab mengapa die berkata begitu..tugas seorang ketua sangat berat dan banyak pihak yg perlu dijaga hati dan perasaan..ape-ape pun kita sebagai rakyat Malaysia perlu la bersedia untuk menhadapai masa-masa akan datang tidak kira la ekonomi negara kita meningkat atau menurun..salam 1 Malaysia

Tugas ketua mmg berat
berat nak jawab kat akhirat nanti laa..

Bersangka Baik itu amalan MULIA, disisi Allah... (dalam setahun ada 4 suku) mngikut apa yg dilaporkan dlm malaysia kini, ekonomi dijangka tumbuh 6% pada suku ketiga. tetapi dlm bloomberg pada suku terakhir dijangka ekonomi malaysia tumbuh perlahan. suku terakhir yg dimaksudkan ialah suku ke-empat, bukan suku ke-3. Wallahualam...

Berat, tapi jangan lupa matlamat tidak menghalalkan cara... Menipu bukan jalan terbaik utk selesaikan masalah...hahahhahahahhaha

kalau kta selective, org yg kita tak suka ckp akan jadi salah semuanya..

masya allah lahaulawalla quwwata illah billah. jazakallahul khair, jakallahu fi a'mali....


EmoticonEmoticon