Final UUM ditangguhkan akibat banjir di Sintok


Berikutan banjir yang semakin buruk di negeri Kedah dan Sintok khasnya, peperiksaan akhir (Final) bagi student Universiti Utara Malaysia, UUM terpaksa ditangguhkan. Berikut Laporan berita yang diperolehi daripada Bernama.

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.

Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.

"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - Bernama


ReJaM© "Seronoklah student UUM kah kah kah..."

4 Comments

  1. sy sbgai slh sorg stdnt uum,sgt tidak serOnok dgn ape yg berlaku. xboleh kembali ke kmpung halaman disbbkan sume jalan di tutup akibat banjir. nk buat mcm mane. b'sabar jelah. hrmm~cutezgreengurlz~

    ReplyDelete
  2. Sabar jelah ~cutezgreengurlz~ bukan selalu pun he he he... =)

    ReplyDelete
  3. semoga banjir yg melanda utara tanah air kita cepat surut..sbgai pelajar uum, sy berharap semua dpt sama2 doakan..bersabarlah dgn ujianNya..InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan