Gambar patung erotik adik Sultan Brunei



Pagi tadi ReJaM© ada terbaca kisah patung erotik adik Sultan Brunei Putera Jefri Bolkiah di Kosmo online. Malam ni salah seorang pembaca menghantar email, terperanjat ReJaM© ingatkan si pengirim ini menghantar gambar lucah. Rupanya memang agak lucah la juga. Gambar patung erotik milik adik Sultan Brunei. di bawah ini berita yang dipetik dari Kosmo manakal gambar yang diterima dari pengirim di bawah sekali.

MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

[sila klik untuk membesarkan image]





ReJaM©

7 Comments

  1. La aku baru tulis pasal neh.. hahahah sehati sejiwa lak kita.

    ReplyDelete
  2. terlebih kaya...

    ReplyDelete
  3. sib bek brunei... klu di malaysia siap ler bro milo suam... hehehe kena dakwa nnt

    ReplyDelete
  4. koleksi peribadi yg tak sepatutnya d buat koleksi

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullahalaziiiiiiiiimmm....
    habis la...doa aku Allah tak terima 40 hari sebab dah tengok gambar lucah.
    uuwaaaaaaa :( :( :(

    ReplyDelete
  6. harap bertaubat la adik sultan brunei nie...
    tak kira la tinggi mner pangkat die
    nanti masuk kubur
    xder kira pangkat atau darjat
    yg membezakan hanyala amal jariah semasa didunia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan