Thursday

India petik kelapa demi lawatan Barack Obama



Tugas sebagai seorang Presiden Amerika mungkin satu tugas yang berbahaya. Namun begitu penduduk di India mengambil langkah yang jarang sekali dilakukan untuk melindungi beliau sepanjang lawatannya di India nanti.

Mereka memetik dan menyingkirkan semua buah kelapa yang terdapat di pokok-pokok kelapa yang mungkin akan dilalui oleh Barack Obama di bawahnya, mereka bimbang kalau-kalau malang tidak berbau, buah kelapa bakal menghempap kepala Obama.

Barack Obama berlepas ke India untuk mengadakan lawatan tiga hari ke negara berkenaan di mana beliau akan melawat ibu negara New Delhi dan Bandar Mumbai.

Sama ada anda percaya ataupun tidak, setiap tahun rakyat di India mengalami kecederaan, malah ada yang terbunuh akibat dihempap buah kelapa. [BBC]

ReJaM© "Sebelum ni Barack Obama dibaling dengan buku, mungkin lepas ni kena baling atau dihempap kelapa pulak..."


EmoticonEmoticon