Kain rentang palsu, kerja siapa?


Laman web Malaysiakini hari ini melaporkan satu berita yang pastinya tidak akan disiarkan di media-media arus perdana. Berita berkenaan kewujudan kain rentang (banner) bertulis kami tak nak wang judi beserta lambang bendera negeri Pulau Pinang beserta lambang PAS. Kain rentang ini menggambarkan seolah-olah PAS membantah pemberian wang judi oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Persoalan utama sebelum memikirkan tentang siapa yang mencipta kain rentang ini ialah, mengapakah kain rentang ini dibuat? Apakah faedah yang bakal diperolehi oleh pihak yang menghasilkan kain rentang ini?

Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang haru biru, apabila PAS juga tidak sependapat dengan DAP Pulau Pinang. Pihak yang membuat kain rentang ini jelas sekali ingin melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat! Pihak pembuat kain rentang ini mahukan Negeri Pakatan Rakyat lingkup!

  1. Menggambarkan negeri Pakatan Rakyat kucar kacir.
  2. Menggambarkan negeri Pakatan Rakyat tidak sependapat.
  3. Mahu Pakatan Rakyat lingkup pada PRU 13 yang akan datang.
  4. Melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat.
  5. Menunjukkan kerajaan DAP tidak mementingkan halal dan haram
  6. Menunjukkan DAP tidak sensitif kepada umat Islam
  7. Menanam propaganda (indoctrination) buruk dalam diri rakyat terhadap PR.

UMNO mendakwa pihak PAS selalu menyalahkan UMNO sekiranya terdapat isu seperti ini berlaku! Pihak UMNO mengatakan PAS tidak matang kerana selalu menyalahkan UMNO dalam semua perkara jahat yang dilakukan kepada PAS! Maka di dalam hal ini tentu sekali bukan DAP dan PAS sendiri yang mencipta banner palsu ini! Jadi siapa yang punya angkara?

Oleh kerana PAS tidak boleh menuduh UMNO yang membuat angkara, maka untuk menjadi matang PAS harus menuduh PKR yang melakukan semua ini! PKR memang sengaja mahu melaga-lagakan PAS dan DAP supaya Negeri-negeri Pakatan Rakyat hancur! PKR memang mahu rakyat membenci DAP dan PAS!


ReJaM© "PKR memang jahat! Sengaja memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat! Untuk lebih matang mungkin PAS boleh menuduh Israel, Russia, Afghanistan, Zimbabwe dan Timor Leste yang melakukan angkara!"

3 Comments

  1. kain rentang pun yg bajet punya..

    ReplyDelete
  2. x pahamm..
    kiasan ker serius cakap macam tuu ?

    ReplyDelete
  3. tu semua keje umno...tak susah nk faham sebb umno dari dulu kini dan selamanya menggunakan tektik lama lapuk yg sama.....

    tkde modal dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan