Wednesday

Kelab bola sepak paling bangang di dunia?



Kelab bola sepak paling tak kuat dan merangkap kelab paling bangang dilaporkan oleh Kosmo Online hari ini. Macam susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Ada juga kelab bola sepak seteruk ini di eropah. Ingat Kelab bola di Malaysia dah paling teruk, rupanya ada lagi yang lebih teruk, sampai nak ambil gambar pasukan bola pun malu.

LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi


ReJaM© "Terer sangat masuk paper, teruk sangat pun masuk paper..."

3 comments

masuk paper atas sebab terlalu bagus dan terlalu tutttttt....

try lawan malaysia tgok..ekek

hmmm.. kalau lawan Malaysia..
Dapat masuk FIFA.. x yah sokong negara lain


EmoticonEmoticon