Saturday

Kemalangan bas di Kuantan lagi kisah bas terbalik




Satu lagi kemalangan bas express Transnasional kali ini di Kuantan pula. Kalau dua hari lalu kemalangan berlaku di Pekan Pahang melibatkan bas Express Transnasional, kejadian hampir serupa berlaku sama seperti dua hari lalu, bas kali ini juga terbalik mengakibatkan seorang anggota bomba cedera parah. Semakin hairan ya, kebelakangan ini mengapa kerap sangat berlaku kejadian bas kemalangan? Berikut laporan berita yang dipetik dari Bernama.

KUANTAN – Seorang anggota bomba parah apabila bas ekspres Transnasional yang dinaikinya merempuh sebuah perhentian bas henti-henti sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Km 12, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, Zahari Azmi Zakaria, 22, dari Bachok, Kelantan hancur kaki kiri dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

Dia adalah antara tujuh orang yang masih dirawat di hospital itu, manakala 26 lagi telah dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas kemalangan itu, Abdul Razak berkata, pemandu bas tersebut yang membawa 31 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian. – Bernama


ReJaM©

1 comments so far

baru nak balik kelantan ahad ni....hukhuk...naik bas trans gak..takotnyeeerrr...


EmoticonEmoticon