Friday

Kemalangan bas express di Pekan Pahang pula




Sejak kebelakangan ini selalu sahaja berlaku kemalangan bas express. Kali ini kemalangan bas express melibatkan Bas express Transnasional belaku di Pekan Pahang pula. Apa sebenarnya dah terjadi kepada bas-bas express yang ada di Malaysia ni? Kenapa kemalangan yang melibatkan bas express kini menjadi lebih kerap? Tambah menakutkan, kebanyakkan kemalangan bas ini melibatkan kemalangan maut terutama kepada penumpang.

PEKAN, 4 Nov — Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.

Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: “Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.



Sementara itu di Bentong, tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga-Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan.

“Ketika kejadian, kereta Proton Wira dari arah Mempaga ke Lakum itu dikatakan bertembung dengan kereta Mercedes dari arah bertentangan, punca kejadian akibat pertembungan kedua-dua buah kereta itu masih disiasat,” katanya.

Beliau berkata pemandu kereta Mercedes dan dua lagi penumpang kereta Proton Wira terbabit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Bentong. — Benama



ReJaM©


EmoticonEmoticon