Jenazah dikebumi satu liang lahad


Berita mengenai kemalangan yang berlaku di Setiu baru-baru ini benar-benar menyentuh hati. Berita terbaru yang dipetik dari Berita Harian Online, mendapati jenazah mereka yang terlibat dikatakan dikebumikan di dalam satu liang lahad. Takziah kepada mangsa yang terlibat. Semoga akhir kalam kita nanti di dalam iman dan Islam insya Allah.

BESUT: Empat sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan antara kereta dan van di Setiu semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Padang Bual, Pasir Akar hari ini.

Mereka yang berasal dari Kampung Bukit China, Pasir Akar ialah Noorazyelwy Sidek, 32, adiknya Noorazry Elmy, 29, Noorafzan Efizalman, 16, dan anak perempuan Noorazry Elmy, Nor Amysha Maisarah, 1,

Ibu kepada ketiga-tiga mangsa Zabedah Teh, 49, dan isteri Noorazry Elmy, Che Marina Awang, 23, turut hadir di tanah perkuburan itu.
Hujan lebat yang turun, tiba-tiba berhenti semasa pengebumian hendak dijalankan.

Sebelum itu kereta jenazah yang membawa keempat-empat mangsa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumah Zabedah, terpaksa mengharung air banjir apabila jalan utama ke tempatan pengkebumian di Gertak Jerbong dinaiki air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter.

Beberapa kampung di Besut kini dilandar banjir ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Turut terbunuh dalam kemalangan 1.30 petang itu di KM67.5 Jalan Permasuri-Penarik berdekatan Kampung Nyatoh ialah penumpang van berkenaan, Mek Wook Yaakob, 76, yang meninggal di Hospital Setiu.

Kereta yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Panarik manakala van berkenaan yang sarat dengan 13 orang penumpang dipercayai sedang menuju ke arah Dungun.

Kereta itu dipandu Noorazydyelwy, kakitangan Universiti Malaysia Terengganu, manakala van itu dipandu Wan Mohd Mustaffa Zulkarnain, 45, penghantar barangan runcit di Jerteh.

Isterinya, Wan Samariah Wan Nawang, 47, cedera parah.

Menurut polis, kereta itu dikatakan terbabas ke kanan jalan akibat jalan yang licin berikutan hujan lebat lalu bertembung dengan van berkenaan yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA


ReJaM© "Takziah kepada mangsa yang terlibat, Al Fatihah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan