Saturday

Ketua paderi Kanada didakwa lakukan serangan seks



WINNIPEG, Manitoba (AP) -- Ketua paderi sebuah gereja ortodoks di Kanada didakwa di atas dua tuduhan serangan seksual, menurut Polis di Winnipeg, Manitoba Khamis lalu.

Const. Natalie Aitken berkata, Kenneth William Storheim, yang mengetuai kawasan kekuasaan ketua paderi Kanada bagi gereja Orthodox di Amerika, telah dituduh menyerang dua orang.

Storheim, yang dikenali sebagai Archbishop Seraphim dalam peranannya sebagai ketua gereja cawangan Kanada, terbang ke Manitoba dari Edmonton, Alberta dan menyerah diri di sebuah ibu pejabat polis, kata Aitken, yang enggan memberi butir-butir lanjut tentang pertuduhan terbabit.

Storheim, 64, pernah berkhidmat sebagai seorang paderi kawasan di Alberta, Utara Carolina, Ontario dan kawasan lain, menurut sebuah biografi pada laman web gereja. Dia menjadi seorang penolong biskop di Edmonton pada 1987 dan dinaikkan kepada ketua biskop 20 tahun selepas itu.

Storheim menghantar sepucuk surat melalui laman web kawasan kekuasaan ketua biskop pada bulan Oktober dengan mengatakan bahawa dia sedang mengambil cuti untuk alasan-alasan kesihatan. Seminggu kemudiannya, pegawai-pegawai gereja mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa Storheim bercuti atas sebab siasatan polis.

Polis telah memulakan siasatan mereka pada bulan Jun dan mengeluarkan satu waran tangkap minggu lepas.

Sumber: AP News

ReJaM©

3 comments

kenapa dia sebut ortodoks? mungkin ke ortodoks = kolot?

gereja ni ada dua puak... protesten ngan ortodoks ...ortodoks tu lama kot...

kesian dia...ye lah.. tak tahan sangat sebab tak kasi kahwin


EmoticonEmoticon