Ketua Penerangan UMNO meninggal semasa kempen di Galas


Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian Kuala Lipis, diberitakan meninggal dunia semasa kempen di PRK DUN Galas. Apapun mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Beliau sudah melihat sendiri segala janji-janji Allah, sedangkan kita masih tertanya-tanya. Semoga akhir kalam hidup kita adalah sebaik-baik kematian.

KUALA LIPIS 5 Nov. – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Lipis Norshamsul Azman Mokhtar, 36, yang mengikuti Pemuda Pahang berkempen di Galas, meninggal dunia di Hospital Gua Musang petang semalam.

Norshamsul Azman meninggal dunia pada pukul 4 petang selepas mengalami muntah darah dan doktor mengesahkan paru-parunya dijangkiti kuman, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Norsyamsul Azman dari Kampung Chegar Perah di sini ke Galas bersama-sama 30 anggota Pemuda Pahang bagi membantu kempen calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

"Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham ialah sehari sebelum hari pengundian DUN Galas ketika kami keluar beramai-ramai untuk makan di Kesedar Inn, Gua Musang.

"Kami menjaga peti undi berbeza dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan berkempen tetapi dia bersungguh-sungguh mengajak keluar pada malam itu walaupun kawasan yang beliau jaga agak jauh dari Kesedar Inn,” katanya yang telah 17 tahun mengenali arwah.

Beliau berkata, jenazah Norshamsul Azman selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8 Jalan Kuantan-Gambang dekat Kuantan pagi ini. – Bernama


ReJaM©"Al Fatihah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan