Sunday

Lady Gaga tinggalkan Facebook dan Twitter!


Penyanyi pop Amerika, Lady Gaga, Justin Timberlake dan Usher adalah di antara selebriti terkenal dunia yang akan meninggalkan laman sosial mereka termasuk Facebook dan Twitter untuk membantu kempen amal penyanyi Alicia Keys.

Kempen untuk berpaling dari dunia maya yang dinamakan Digital Life Sacrifice itu akan mengumpulkan dana bermula pada hari Selasa 30 November, Hari Aids Sedunia, bagi organisasi amal Keep a Child Alive yang bertujuan membantu keluarga yang dijangkiti HIV/AIDS di Afrika dan India.

Para selebriti itu sudah merakamkan video "tweet dan perjanjian terakhir". Mereka berjanji hanya akan kembali aktif di laman sosial apabila dana yang dikumpulkan telah mencapai US$1 juta.

Video yang dibuat oleh mereka akan muncul dalam iklan yang menunjukkan mereka berbaring di dalam sebuah peti mati untuk melambangkan kempen "kematian digital" mereka.

Lady Gaga adalah selebriti yang sangat popular di Facebook dengan hampir 24 juta penggemar ditambah tujuh juta penggemar yang mengikutinya di Twitter.

Sumber : BBC News

ReJaM©

1 comments so far

Ada jugak selebriti terkenal yang nak buat perkara2 macam ni. Harap selebriti Malaysia pun akan buat perkara yang sama.


EmoticonEmoticon