Monday

Mahathir bantah Menara Warisan Merdeka



Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahathir Mohammed yang dilihat membantah pembinaan Projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada pengumuman belanjawan 2011 yang lalu.

Bantahan secara langsung dari bekas Perdana Menteri ini merupakan satu tamparan buat Perdana Menteri Najib selepas penyaksian bantahan rakyat secara besar-besaran yang sebelum ini diluahkan melalui halaman facebook.


Mahathir bantah kerana Jambatan Bengkok

Apa yang jelas di sini, beberapa hari lalu Dr Mahathir ada menyatakan gesaan agar PM Najib meneruskan projek Jambatan Bengkok menghubungkan Johor dan Singapura bagi menggantikan tambak Johor yang pernah diusahakan olehnya dahulu.

Apa yang dapat dibaca di sini, kedua-dua projek tersebut sama ada Menara Warisan Merdeka atau Jambatan Bengkok merupakan Projek Mega yang bakal menelan belanja berbilion ringgit. Sekiranya salah satu projek mega ini dimulakan, maka berdasarkan keupayaan kewangan negara, sebuah lagi projek pasti akan dibatalkan.

Jadi di sini seolah-olah Mahathir menggesa Najib membatalkan projek Menara Warisan Merdeka agar projek Jambatan Bengkoknya dapat diteruskan. Sedari dahulu lagi ReJaM© lihat Mahathir bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek Jambatan Bengkok ini, sehinggakan beliau sanggup menjatuhkan Pak Lah yang membatalkan projek itu dahulu.

Satu-satunya pemimpin UMNO yang sanggup keluar UMNO untuk menjatuhkan presiden UMNO pada masa itu semata-mata kerana Jambatan Bengkok! Apakah muslihat Mahathir berhubung pembinaan Jambatan Bengkok ini? Sukar untuk dibaca.

Apapun dari satu sudut lain, ReJaM© lebih menyokong pembinaan Jambatan Bengkok berbanding Menara Warisan yang tidak jelas kepentingannya.

Jambatan Bengkok selain memudahkan dan melancarkan perjalanan ulang alik dari Johor ke Singapore, ia akan membuka satu lagi peluang ekonomi kepada Negeri Johor memandangkan ruang bawah jambatan tersebut boleh dilalui oleh kapal-kapal besar dan tidak perlulah kapal-kapal tersebut mengambil jalan yang lebih jauh melewati Pulau Singapura.




ReJaM© "Mungkin Mahathir takut rekod Bangunan tertinggi di Malaysia yang dibinanya dipadamkan oleh Najib!"

15 comments

sy pikir pembinaan jambatn bengkok i2 lbh memberi manfaat kepada negara kita kerana apabila jambatn i2 dibina, ekonomi negara kita akn meningkat. kapal2 akn melalui perairn ngara kita dan tidak hanya melalui ngara singapore dimana tambak johor sebenarnya telah menutup perairan kita dan telah memberi kelebihan besar kepada negara singapura dari segi perhubungan dan ekonomi kpda negara mereka.

sy rse kn. b4 buat menare neh, baik settlekn dlu projek2 yg terbengkalai mcm sekolah, uma kos rendah n x lpe juge rakyat yg perlukan duit utk dptkn rawatan. ble da stable baru lah wat projek mega. cpe setuju like eah ^^

tolong dulu rakyat buat rumah yg ada antaranya nak roboh dah...bocor sana bocor sini..

pembinaan jambatan bengkok mendatangkan byk kebaikan..terutama sekali dari segi ekosistem di selat tebrau dh teruk and ekonomi..kenapa jambatan itu bengkok?sbb di kawasan bengkok tu lah sempadan perairan malaysia dan singapura..so harap pm(najib) meneruskan projek tersebut..jgn sampai rakyat argue..sape yang jd pm..rosmah atau najib..

Bukan ke dahulu jambatan bengkok ini telah dibatalkan?
Sampai kena byr ganti rugi kepada kontraktor..
Berapa ratus juta tak tahu lagi laaa...

setuju dgn cadangan pembinaan jmbatan bengkok tu dripada menara tu . at least , jmbatan tu ada jgk faedah . menjana ekonomi negara . meningkatkan taraf hidup rakyat . mcm kata kata 1 Malaysia , rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan . peace!fegrtg

Samada menara atau jambatan bengkok, yg penting ia dibina berasaskan kajian yg memberi keuntungan kepada negara dan bukan semata2 segelintir manusia dgn mengorbankan wang negara.

Untuk menepati matlamat di atas, apa yg penting ialah hati dan fikiran pemimpin mestilah lurus dan ikhlas serta bijaksana....bukan HATI YANG BENGKOK sebagaimana bengkoknya jambatan tersebut.

Tak berbaloi duit yang banyak tu digunakan untuk tolong rakyat. Nanti kita dimanjakan dan menjadi bangsa yang meminta-minta. Nak duit? apa lagi kerja la..berusaha. Duit tak jatuh gedebokk kat muka wahai bangsa ku. Projek mega nie boleh tarik banyak pelaburan, peluang pekerjaan dan meningkatkan aktiviti pelancongan. Tapi biasalah typical orang melayu tak suka kpd perubahan dan kemajuan. Yang kita jaguh bermalas-malasan dan londem-mengondem idea pembangunan. Lama2 tau gak nak manfaatkan pembangunan tersebut..contoh KLCC, KLIA dan LRT. Siapa yang senang sekarang? lu fikir la sendiri

Tun Mahathir lebih nampak apa yg perlu dibuat utk perkembangan ekonomi negara. x tau la kot ada muslihat lain. tp berbanding dengan projek mega antara 2, yg lebih memberi manfaat ialah jambatan bengkok. supaya kapal2 boleh lalu d perairan johor.

Bina jambatan adalah satu keputusan yg terbaik utk negara.. sebab ianya mempunyai impak yg sgt besar keatas ekonomi dan pendapatan negara..

ehem, aku xtau la apa yg untungnya KLCC, KLIA n LRT tue..KLCC byk indon, KLIA securitinya lemah, pernah ada rompakan n pelancong eropah pn bknnya ramai, byk pak arab n hidong kemek jer..LRT?? xtau la, kalo KL mmg berguna la..sbb jem..
mmg jembatan bengkok lg bermanfaat dr menara warisan (sebenarnya menara legasi Umno), akan tetapi jumlah pelaburan utk projek tersebut menyebabkan pelbagai masalah ekonomi lain pd malaysia..harga brg naik, harga minyak naik, inflasi, lambakan warga asing (nilai matawang kita jatuh sbb byk RM yg keluar), masalah sosial, masalah jenayah indon, pergaduhan dgn Singapura, masalah ekosistem perairan (berlaku banjir, tebing runtuh, ikan mati, dugong mati, silap2 ada tsunami)..

lu pikir la sendiri..byk duit kena pakai woooo...sy bkn nak kondem, tp bila fikir balik, baik bantu rakyat yg kurang berkemampuan..bg yg gaji dah sedap, hidop dah selesa..jgn lupa sedara kita yg lain ok?? mulot tue biar manis sket..

sbnr nye malaysia ape pon xboleh..blom buat jmbatn dan menara hrga brg2 da naik da..minyk msak pon kne sorok woo..yg untg malaysia ni wakil rkyt je..ade projek mkn percent je xtahan..miskin tetap miskin..kaya brtambah kaya..slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakn tue hnye propaganda je sume..las2 g kocek org politik gak..ye dak???

THE 'SO CALLED PM M'SIA'..MAHATHIR DAN NAJIB...MEREKA BERDUA NI BEREBUT-REBUT UTK MENCIPTA NAMA SEBAGAI PM M'SIA YANG BUAT TER ITU DAN TER INI DI DALAM NEGARA INI...TAPI YANG SEBENARNYA MEREKA BERDUA INI TELAH DAN SEDANG MEMBUAT RAKYAT MSIA 'TERANIANYA...TERANIANYA...TERANIANYA'...ADAKAH MEREKA BERDUA INI DARI 'SPESIS' FIRAUN LAKNATULLAH...WALLAHUALAM!

Saya sokong 100% pembinaan Jambatan Bengkok ini dijalankan. Fikir ke depan. banyak faedah yang kita perolehi manfaat daripada Jambatan Bengkok ni.

sokong 100% jambatan bengkok sbb aku orang johor....untuk kemajuan negeriku...


EmoticonEmoticon