Mahkamah Kanada pertimbang undang-undang anti-Poligami




Sebuah mahkamah di Kanada telah memulakan pendengaran terhadap sama ada undang-undang anti-poligami Kanada melanggar kebebasan beragama yang telah dijamin oleh perlembagaannya.

Kes tersebut tertumpu kepada untuk mengharamkan Mazhab Kristian Mormon yang dikatakan mengamalkan perkahwinan lebih dari satu di British Colombia.

Pihak berkuasa telah meminta kepada mahkamah agar memastikan pengharaman tersebut selari dengan perlembagaan di dalam menghukum individu yang didakwa melakukan poligami

Craig Jones, seorang peguam memberi amaran kepada Hakim Mahkamah Agong British Colombia pada hari Isnin lalu bahawa sekiranya undang-undang tersebut dimansuhkan, maka Kanada akan menjadi satu-satunya negara di barat yang membenarkan poligami.

Sumber berita : BBC

1 Comments

  1. Malaysia bila lagi.dah banyak keluarga melayu hancor pasal poligami.lagi banyak bawa bencana Dari kebaikkan poligami zaman skunk

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan