Monday

Masjid dibakar di Amerika Syarikat


Polis Amerika Syarikat mendakwa sebuah masjid di negara berkenaan di bahagian Oregon telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

"Sumber api telah kita padamkan dan kami memiliki bukti (masjid) ini sengaja dibakar," kata Carla Pusateri dari Jabatan Bomba Oregon.

Api telah dikesan pada pukul 02.00 pagi namun kira-kira sepuluh minit kemudian api berjaya dipadamkan.

Pihak berkuasa mengatakan api telah memusnahkan salah satu ruangan masjid yang diberi nama Salman Alfarisi Islamic Center. Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohamed Osman Mohamud, seorang remaja berusia 19 tahun kelahiran Somalia, dikatakan sering berkunjung ke masjid ini.

Dia ditangkap Jumaat lalu (26/11) kerana disyakki akan meletupkan bom di sebuah acara penyalaan lampu pohon Natal di Portland.

Namun begitu bom tersebut disahkan palsu manakala maklumat diperolehi daripada agen-agen rahsia yang menyamar.


Sumber: BBC News
ReJaM©

1 comments so far

Islam tak ajar bom2 orang awam..si somlia bodoh ni pon satu..tak tahu ke orang2 amerika dah mula terima islam,mula baik dgn islam.

nak jihad,pg israel..situ mmg org palestin kena tindas


EmoticonEmoticon