Monday

Matahari kini milik wanita sepanyol



MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Sumber: KOSMO
ReJaM© "Alamak lepas ni nak guna matahari kenalah bayar kat perempuan sepanyol tu! Ha ha ha..."

17 comments

iskh! tak masuk akal betul.. sikit lagi nak sama dgn matahaw..

bodo pnya manusia - mung tu sapo buat...dah tu gi la duduk kat matahari nuh....

Takpe biar dia caj kita pakai matahari.

Bila malam kita ckp nak matahari, kalau dia gagal, kita saman balik dia.

Kalau tengkujuh kita minta matahari, kalau gagal, kita saman dia lagi.

Kalau kemarau, kita minta dia slowlah matahari, kalau gagal kita saman lagi.

Lama2 gila mcam tu je la sebb nk bayar saman.

Kita patut tanya org2 tak siuman mcm ni; siapa pemilik nyawa dia tu ? Kalau belum ada, kita nk isi borang hak milik.

Haha JAKA...
Last last JAKA sorang yang kaya
makan duit saman kah kah kah...

gila nak mampus gak kot betina sundal nie..

matahari tu dikira sebagai bintang gak la sundal..

tak siumannn..
apsal x pegi dok kt matahari tros ?

aku nak daftar sebagai pemilik bumi boleh ke tak?
lepas tuu aku nak halau pompuan nie pergi kat matahari..
tinggal kat situ dah laa

Kat mana dia dapat geran matahari tu

saya nak daftar sebagai pemilik oksigen la camtu. best juge. hehe

ni namanye dia ni tak siuman. haha ada ke owang nak bayr duit kat dia? tak ada sapa la beb. sume owang pasti nak bunuh minah ni! hahaha

idea jaka memg terbaek..tggu la pompuan tu jap lg

xyah nak daftar2 la matahri...tnggu la kiamat nnti matahari atas kpale,klu nk peluk matahari time 2 pn boleh.
subahanallah....

sial pnye gmok.
kecik2 xnak mampus besar dah jd gemok!!!

klu brani trun r malaysia mintak duit,klu nak kene tijak smpai lemak ko kluar.babi.

emm.... pelik... matahari tu milik tuhan..dye ke yg cipta matahari smpai ngaku dye pemilik yer... emm.. dye xabeh baca bible tu xpun bible dye salah cetak/haha

aku nak dafta galaksi bimasakti, boleh?

hahaha..perkara paling lawak yg prnh aku dgr

lol.... hairan plk pompuan ni nak caj kita pakai matahari... tp catatan JAKA tu paling best... kalau pompuan tu wat mcm tu... kita blh la praktikkan usulan JAKA... bebaloi juga...


EmoticonEmoticon