Thursday

Pegawai Najib kumpul 200 juta dalam masa 3 tahun


Chegubard di dalam blognya mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai kanan Najib di jabatan perdana menteri. Maklumat yang diperolehi dikatakan dari orang dalam jabatan tersebut.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Di bawah ini tulisan yang disalin dari blog chegubard.

Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato’ Zakiah Ibrahim.

Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.

Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.

Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

(maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau)





(klik imej untuk membaca dengan jelas)

Sumber: chegubard.blogspot.com

ReJaM© "Senangnya nak jadi kaya..."

6 comments

ape lg SPRM=Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia...siasat la ape lg.

Jangan harap ler SPRM haram jadah ni nak siasat...

mane puak umno ngok ni
xnk komen ke

malas nak komen sbb tau cerita buatan ni utk orang2 anti umno/bn tegar aje.. hahaha..
"Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini..."
sapa yang penah berurusan tu bg tau la.. stakat cerita atas org.. da bosan dgr..

suka hatilah .. sendiri makan sendiri tanggung .. berkat atau tidak itu urusan dia dengan Allah swt. Bicara pasal dosa pahala, berhak atau tidak, semuanya dah ada jawapan untuk semua persoalan. Mereka nie.. pandai bercakap .. strategi dan ilmu nak tangkis peluru kiri kanan pun dah ada .. yg tolong backup pun ada .. scape goat pun ada .. nak buat mcm mana ... rakyat yg tanggung beban ..


EmoticonEmoticon