Pemuda menyamar jadi tua untuk masuk Kanada


KANADA, 5 Nov - Kerajaan Kanada telah menahan seorang pemuda dari Asia yang dipercayai berlepas menaikki pesawat dari Hong Kong ke Vancouver dalam keadaan menyamar sebagai seorang tua.

Jurucakap Penerbangan Kanada yang membongkar penyamaran itu berkata lelaki tersebut memakai topeng silikon untuk menutupi kepala dan lehernya yang disifatkan sebagai "pendedahan yang luar biasa".

Kecurigaan mula timbul apabila penumpang tua tersebut disedari memiliki tangan yang kelihatan seperti orang muda.

Dia kemudiannya keluar dari sebuah bilik persalinan dengan wajah pemuda 20 an.

Dari satu sumber risikan dalaman yang diperolehi oleh Canadian Border Services Agency CBSA mendedahkan gambar wajah penyamar sebelum dan selepas membuka topengnya.

Menurut Buletin CBSA, penumpang itu dilihat pada permulaan penerbangan sebagai "seorang tua yang memiliki tangan orang muda".

Pekakas penyamaran

Lelaki tersebut dilaporkan mempunyai sebuah beg yang mengandungi kit penyamaran yang terdiri daripada topeng jenis silikon yang menyerupai seorang tua berbangsa Kaukasia, satu topi kulit, kaca mata dan kardigan coklat. Topeng tersebut melitupi kepala dan lehernya.

"Kami mengesahkan bahawa pegawai CBSA telah menangkap seorang penumpang yang berlepas dari Hong Kong ke Vancouver 29 Oktober lalu, dan kes ini masih di dalam siasatan" Kata Jurucakap Air Canada Angela Mah kepada Agensi Berita AFP.

Lelaki terbabit dikatakan mencari perlindungan politik di Kanada.



ReJaM©"Dasat betul dia menyamar, boleh lepas sampai Kanada tu..."

6 Comments

  1. wau memang pandai dia menyamar kalau kat malaysia dia menyamar tentu tak kena tangkap pasti sangat

    ReplyDelete
  2. skali tgk cam real ja....huh...mcm2 da org skarg neh...

    ReplyDelete
  3. Macam dalam cerita Mision Impossible... dahsyat...

    ReplyDelete
  4. ada topeng altantuya tak...pakai ramai2 lalu kt putrajaya...hihihi mest iade org akan demam

    ReplyDelete
  5. haha aku tahu mana nak beli topeng ni.. silicone mask mahal gila :D tp memang real la. spfxmask dot com. tak silap aku tu topeng elder

    ReplyDelete
  6. Pakai topeng org tua takpe. Ingat masa tua nnti.

    Tapi ramai yg pakai topeng pejuang melayu, membela melayu, topeng pulangkan duit hasil judi, topeng rakyat didahulukan...

    tetapi disebalik topeng itu semua..sebaliknya dilakukan...

    topeng jenis ni lagi susah nk diselak dan dibuka. kastam pun takkan dpt kesan...hanya org yg berfikir saja yg boleh kesan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan