Monday

Pengangguran di Kelantan meningkat, fakta atau auta?



Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa kadar pengangguran di Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan. Laporan yang ditekankan pada akhbar ini ialah faktor pengangguran adalah disebabkan oleh kurangnya pekerjaan di negeri Kelantan.

Persoalannya yang menjadi pokok penting di dalam isu ini ialah, adakah benar kurangnya pekerjaan di Negeri Kelantan? ReJaM© cuba untuk bersikap adil di dalam menulis artikel ini. Adakah Kelantan benar-benar kekurangan pekerjaan sehinggakan peningkatan pengangguran berlaku di negeri tersebut?

Baiklah, untuk pengetahuan pembaca menurut data yang diperolehi dari laman web Kerajaan Negeri Melaka bagi suku tahun pertama 2009, jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia, negeri Kelantan merupakan Negeri yang paling rendah kadar penganggurannya.

Sekiranya Negeri Kelantan yang menduduki tempat terbaik dari segi kadar pengangguran mengalami kekurangan pekerjaan, bagaimana pula dengan negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri? Negeri Melaka yang kecil juga masih ketinggalan berbanding Kelantan walaupun penduduknya tidak begitu banyak. Adakah Negeri lain mengalami masaalah kekurangan pekerjaan yang lebih teruk? Berikut data yang dimaksudkan sila klik untuk membesarkan image.

Jumlah pengangguran tidak akan berubah secara mendadak dengan mudah, sekiranya terdapat perubahan pun, maka trend yang hampir sama dijangkakan untuk data bagi tahun 2010. Maka Kelantan yang pernah menduduki tempat terbaik dari segi kadar pengangguran tidak mungkin tiba-tiba melonjak ke kedudukan terburuk. Begitu juga negeri-negeri lain di dalam jadual.

Negeri Sabah yang menduduki tempat terburuk tidak mungkin mendapat kedudukan yang terbaik secara tiba-tiba pada tahun 2010. Namun persoalannya mengapa Negeri Kelantan yang terletak pada kedudukan terbaik di highlight sebagai Negeri yang kurang peluang pekerjaan?

Adakah untuk memburukkan Negeri Kelantan atau menunjukkan kepada rakyat kadar pengangguran terendah di Malaysia supaya rakyat berasa lega? Apa pun rakyat harus mengerti bahawa pengangguran di Negeri lain selain Kelantan jelas sekali pada kadar yang lebih buruk!


Sumber data : Website Negeri Melaka

ReJaM© "Kalau Kelantan yang terbaik masih digambarkan sebagai buruk, negeri lain jauh lebih buruk dari segi pengangguran!"

15 comments

bangang yang tulis artikel kat surat kabar tu.. dia tak tengok negeri len masa nulih.. kalau kelantan ada 26k nisbah 1J dengan Melaka 2k nisbah 4k korang rasa mana lebih burok? da tentu wartawan tu... kahkahkah

len kali buat kerja buatlah cara islam.... kahkahkah

data taun 2010 takde ke??

Data tahun 2010 belum keluar lagi... tak sempat banci kot hahaha...

1. bodohnye si wartawan tu,die pakai angka,bkn pakai peratusan..
2. 'beliau berkata, faktor lain adalah sikap rakyat kelantan yg memilih pekerjaan atau enggan berhijrah ke tempat lain kerana mahu bekerja di negeri itu' ....udah kerja2 kt klntn sumer penuh,nk bt mcmn..pastu plak byk je ank klntn duk keje negeri lain,smpaikn org negeri lain blh naik bnci kt org kelntn sbb ramai sgt kt tmpt diorg..tu ape citer? ckp pakai bontot..

Peningkatan pengangguran mendadak boleh berlaku jika terdapat kilang yang mempunyai kapasiti besar melebihi 1,000 pekerja menutup operasinya. Dalam kes begini tiada berita kilang di Kelantan ditutup bahkan pekerja diperlukan kerana ramai juga pekerja yang berhenti untuk pulang ke kampung (kampung bukan di Kelantan) atau bekerja ditempat lain. Terdapat beberapa projek persendirian ataupun dengan kerajaan negeri yang melibatkan usahasama dengan pihak luar negara yang tidak diwarwarkan. Jepun (kumpulan dari Okayama)antara yang aktif.... pi lah siasat...

Di sekitara Wakaf Che Yeh, KB Mall N Dataran Sireh ramai sgt org luar daripada Kelantan bekerja n membuka perniagaan mereka di sini, klu lah betul2 kurangnya pekerjaan, mengapa masih ramai org luar merebut peluang untuk bekerja d negeri ini.
Kebanyakan isu penganggur lebih kepada sikap, jadi jujurlah dalam penilaian moga yang ditala tidak melantun kembali kepada pembidik,
Mr K, Machang Kelantan

WAKAF CHE YEH ku !!!
yeyeehhhh

Selepas ni ada 3 negeri lagi kadar pengangguran meningkat dengan mendadak iaitu Kedah, Selangor dan PPinang. Hahaha

Kalau dah TPM pun menipu siang buta mengenai kerajaan negeri Kedah lepas tangan membantu mangsa banjir, maka utk menipu data di atas tidak menjadi masalah langsung bagi golongan pembohong dan penipu atau dalam bahasa arabnya munafik.

Takde ke data kadar penularan penyakit cacar air?

haha wartawan ni agaknye lupe rakyat semakin bijak menilai, menyelidik dan membuat kesimpulan....udah2 laa nak membodohkan org

wartawan ni nk bodohkan orang kampung,felda dsb.yg ada internet,xblh bohong dah..

Allah maha mengetahui....sesungguhnya memfitnah & mengumpat itu adalah dosa besar...jauhilah dari mengumpat, apatah lagi memfitnah...

Saya rasa pihak Milo Suam (rejam) patut membuat sedikit pembetulan.

1... Laporan yang digunapakai oleh Milo Suam (rejam) bukan terhasil oleh wartawan Utusan Malaysia tetapi satu laporan yang diedarkan oleh BERNAMA.

2... Laporan BERNAMA tersebut telah digunakan dan disiarkan oleh semua akhbar perdana dan online yang termasuk Mstar, NST juga Utusan, (bukan hanya Utusan sahaja)

3... Yang membuat laporan bukan wartawan Utusan tetapi telah dilaporan kpd wartawan BERNAMA oleh Mohamad Yaacob, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan itu sendiri.

4... Laporan tersebut hanya menyebut perangkaan pengagguran untuk negeri Kelantan sahaja, tidak ada mana-mana ayat tersebut membandingkan kadar % pengaggnuran dengan negeri lain.

5... Pada asas laporan tersebut, apa yang hendak dinyatakan bahawa Pihak Jabatan Tenaga Kerja Kelantan sedang berusaha membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan.

6... Malah perangkaan jumlah penganggur di Kelantan itu sendiri dibuktikan oleh Penolong Pengaran Jabatan Tenaga Kerja Kelantan dan bukan dari negeri lain yg melaporkannya, iaitu peningkatan penganggur sebanyak 1397 orang berbanding dgn jangkamasa 9 bulan tahun lalu.

7... Disini kita boleh lihat pihak Milo Suam (rejam) mencuba untuk memutarbelitkan fakta apabila menggunakan perangkaan suku tahun pertama 2009 sebagai perbandingan sedangkan. Sedangkan suku tahun pertama hanya 3 bulan (januari, februari dan march) juga bermakna negeri2 contoh yg disebut oleh rejam masih mempunyai 9 bulan untuk menawarkan peluang pekerjaan.


Allah maha mengetahui....sesungguhnya memfitnah & mengumpat itu adalah dosa besar...jauhilah dari mengumpat, apatah lagi memfitnah.

xkisah la utusan ke ape ker...skarg media kerajaan yg punya....nk tulis smua banyak sagt..tp org smua dah tahu...kerajaan x penah puas hati dgan pimpinan tok guru kita...smua x kena...diorg je yg betul...biasa la...tp semangat tok guru x penah padam...biar la org nak kata apapun...org yang beragama dan beriman saja yg bleh setuju dgn tok guru ni...YA ALLAH KAU KUAT KAN SEMANGAT TOK GURU NIK AZIZ SUPAYA BELIAU DAPAT MENJADI TERAJU DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MU DI MALAYSIA INI YA ALLAH... Allah maha mengetahui....sesungguhnya memfitnah & mengumpat itu adalah dosa besar...jauhilah dari mengumpat, apatah lagi memfitnah.

tp betul aq cakap orang negeri lain tak nak pindah tau dr kelantan...
kelantan memang masih ada rahmat allah
negeri lain pon ade tp ikut care lain kot?

idup wakaf che yehku!!!
cerkLeng (tempat tinggal kite sameloh...)

guanodemo?

kesian pengikut2 BN..ditipu idop2 kt TV..kelantan teruk la konon,selangor huru hara,banjir kedah xde bantuan,Pulau Pinang byk isu kaum..huhu..sedarlah anda semua..media skrg menabur fitnah...tnye sndri rakyat negeri2 nih..aku byk kali selidik berita kt TV3 n RTM..palsu..


EmoticonEmoticon