Penganjur Sukan Asia 2010 haramkan vuvuzela

GUANGZHOU, China: Penganjur Sukan Asia telah mengesahkan bahawa Trompet Vuvuzela, mengeluarkan bunyi berdengung yang popular pada bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini, telah dilarang di temasya sukan itu.

Vuvuzela dikatakan alat yang sangat bersifat provokasi di samping ianya mengeluarkan bunyi yang benar-benar mengganggu. Walaupun kebanyakkan peminat menyukai bunyi langsing yang dihasilkan olehnya, namun bunyi itu dikatakan sangat mengganggu jurulatih dan pemain serta pengulas sukan yang terlibat.

Namun kini para atlet yang berkumpul pada temasya Sukan Asia ke sebelas yang dimulakan pada hari Jumaat tidak perlu lagi berasa bimbang selepas pegawai tempatan kerajaan telah mengesahkan bahawa trompet plastik tersebut akan diharamkan sepanjang kejohanan sukan tersebut


Zhang Youquan, seorang timbalan pengarah di pejabat pembangunan Guangzhou telah menyenaraikan vuvuzela sebagai barang terlarang.

Senarai itu, turut dipamerkan di luar stadium , juga termasuk wisel, pemetik api dan minuman, makanan dalam kuantiti yang besar yang boleh digunakan untuk membaling, bola-bola, raket-raket, frisbees dan belon-belon.



ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan