Peperiksaan SPM 2010 akan ditunda?

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2010 mungkin ditunda berikutan banjir buruk di beberapa buah negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Penundaan peperiksaan tersebut pastinya akan melibatkan seluruh negara berikutan periksa SPM seharusnya dilakukan serentak seluruh Malaysia. Keputusan menunda peperiksaan SPM ini dilahat wajar dilakukan untuk memberikan peluang persediaan yang rapi bagi pelajar-pelajar yang terlibat di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan dirayu supaya menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana banjir terburuk yang kini melanda Kedah dan Perlis dibimbangi boleh menjejaskan persediaan calon-calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 November ini.

"Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air, jadi perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM.

"Kerajaan perlu sensitif kerana situasi yang tidak kondusif mampu menjejaskan peluang pelajar untuk cemerlang dalam SPM dan ia turut melibatkan masa depan mereka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - Bernama


ReJam©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan