Perkhidmatan 3G di puncak Everest


Katmandu, Nepal - Pangkalan untuk perkhidmatan jaringan mudah alih Third Generation, 3G tertinggi di dunia telah dibina di kaki gunung Everest khamis lalu.

Ncell penyedia perkhidmatan internet dan jaringan mudah alih di Nepal berkata, ia telah membina sebuah pangkalan 3G pada altitude 5,200 meter (17,000 kaki) berhampiran salah sebuah kampung di Gorakshep, kata Aigers Benders, Ketua Pegawai Teknikal Ncell.

"Kelajuan perkhidmatan 3G ini boleh mencapai sehingga 3.6 MB per saat," Kata Aigars.
"Namun kami boleh juga meningkatkannya sehingga ke 7.2 MB sekiranya ada permintaan."

Sejumlah sembilan stesen, dengan yang paling rendah berada pada ketinggian 2,870 meter (9,400 kaki) terletak di Lukla di lokasi di mana lapangan terbang Everest berada telah mula beroperasi pada hari Khamis.

Sasaran utama perkhidmatan ini ialah kepada untuk kira-kira 30,000 pelancong yang datang ke Banjaran Himalaya, Nepal pada setiap tahun.

Beratus pendaki cuba untuk mendaki Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia pada ketinggian 8,484 meter (29,028 kaki) dan dijangka jumlah pendaki tahunan yang datang adalah sekitar beberapa ratus orang.

Sungguhpun Ncell belum lagi menguji perkhidmatan 3G yang disediakannya dari puncak everest, menurut Aigars, secara teorinya ia boleh berfungsi.

Sehingga 50 individu dapat menggunakan perkhidmatan ini dalam satu-satu masa dan sekiranya terdapat permintaan, kapasiti ini akan ditingkatkan lagi.

Empat daripada stesen-stesen tersebut beroperasi menggunakan tenaga solar dengan sokongan bateri yang boleh menampung keperluan tenaga pangkalan berkenaan sehingga tiga hari. [BBC]


ReJaM© "Puncak Gunung Kinabalu ada perkhidmatan 3g ke? Siapa tahu?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan