Pilih Presiden UMNO atau PAS imamkan solat jenazah?

Memilih pemimpin samalah juga seperti memilih imam, kerana imam merupakan orang yang memimpin solat kita kepada Allah. Di dalam memilih imam untuk memimpin solat umpamanya kita mestilah memilih imam yang benar-benar layak untuk memimpin solat kita, baik dari segi bacaan, pengetahuan agamanya, kesihatan dan sebagainya.

Pemimpin yang harus dipilih bukan sekadar boleh memimpin kita di dunia sahaja, bahkan memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah di akhirat kelak. Jadi di dalam hal ini imam yang harus dipilih bukan sahaja mampu mengimamkan solat 5 waktu seharian, solat hari raya dan solat hajat, malah mampu memimpin kita untuk melakukan solat jenazah! Bahkan akan mengimamkan jemaah untuk menyembahyangkan jenazah kita nanti.


Gambar hiasan

Di bawah ini dua gambar pemimpin terkenal tanah air yang beragama Islam, dari dua buah parti terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Sekiranya diberi pilihan, pemimpin manakah yang akan anda pilih untuk mengetuai jemaah bagi melaksanakan solat jenazah di hari kematian anda nanti?




Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak


Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang


ReJaM© "Buatlah pilihan yang bijak!"

39 Comments

  1. Soalan kurang bijak ya. haha

    ReplyDelete
  2. Terus terang aku katakan, aku akan pilih presiden PAS.
    Tapi harus diingat, untuk pembangunan aku tak pilih
    Presiden PAS, hal ehwal agama saja bolehla...

    ReplyDelete
  3. Mati pun msih berpaksikan politik..
    mahu seorang Imam Islam yang mengimamkan solat ku nanti..

    ReplyDelete
  4. MESTILAH PRESIDEN PARTI ISLAM.. PRESIDEN UMNO? BOLEH KE DIA, RETI KE DIA.. HAHAHA..

    ReplyDelete
  5. Mohamad Razif Abdul Rahim28 November 2010 at 23:57

    Admin, kite same Islam.. mati pun dalam Islam.. bukannye mati dalam politik.. ish2..

    ReplyDelete
  6. KALAU AK SAPE2 JEK LEH ASALKAN ORG TUE ISLAM
    JGN SAMPAI MATI PN NK JD ISU NYE ..

    ReplyDelete
  7. time mati pandai pulak nak pilih2 imam, time hidup duniawi saja.. haha.. manusia.. manusia...

    ReplyDelete
  8. Bukan sebab politik..tapi aku pilih Parti Islam.

    ReplyDelete
  9. skrang nie bende2 camnie bukan bagi maksud spesifik... tgk care admin bagi persoalan...
    bgus admin ak suke post nie... mereke yg cetek akal... cetek ilmu serta berfikiran satu sudut saje akn ckp "mati pon politik?"
    Da tu takkan kite mati nanti nak mereke yg jahil uruskan kite?
    Islam itu segalanya...
    Wallahua`lam

    ReplyDelete
  10. bagi aku, org yg pilih pemimpin pas tu bagus. sbb mmg kita tau sahsiah dia tu baik. even tak sempurna. tapi at least kita tau dia tu menjaga islam. pasal pilih pembangunan ikut PAS. bagi aku. islam dah membangun bertahun2 dan dah maju sampai orang2 yahudi dan nasrani pon menceduk ilmu dari andalusia dan banyak dari perang salib.

    untuk solat waktu mati. ia benda paling penting. even nabi muhammad pon disolatkan bkn dgn org sembarangan. tapi bagi org yang rasa benda tu tak penting. mungkin bila mati nnt baru nyesal. solat di ketika mati tu ada kepentingannya. sila rujuk hadis2 dlm bukhari dan muslim. byk menceritakan bagaimana penghormatan terakhir ni dpt bantu di alam barzakh.

    apa2 pon. soalan milo suam ni relevant.

    ReplyDelete
  11. rasanye dua-dua pun boleh. solat jenazah je yek pon.. bukan suruh jd imam terawih kt mekah..

    ReplyDelete
  12. bg ak sape kritik soklan admin ni la yg bfikiran kolot..tp hipokrit, sah2 kita tau da yg mna die pilih..tp nk buat2 lagak konon x nk pikir politik la ape la..bile time nk mati mula la nk pikir balik pasal ni.. moron

    ReplyDelete
  13. orang yg open-minded xkan ckp "mati pun politik?"
    xnak ke ulama jadi imam? ulama tu kan pewaris nabi
    xsetuju dgn komen ni,"Tapi harus diingat, untuk pembangunan aku tak pilih Presiden PAS, hal ehwal agama saja bolehla..." adakah tujuan tulis komen ni nk ckp Islam xleh bawa pembangunan? zaman Khulafa ar-Rasyidin,zaman keemasan Islam dulu xde pembangunan ke?
    ilmu-ilmu sains sekarang ni dari mana barat cedok?
    fikirla dulu sebelum komen

    ReplyDelete
  14. lau kata soal mati pun nak berpolitik.. ok.. cuba creat soalan lain.. Buat solat hajat merasmikan Bangunan Baru..(pembangunan) pilih Presiden mana antara 2 presiden ni...??? Yg ada pgkat DATO ke yg ada pgkat TUAN GURU?

    ReplyDelete
  15. salam... bagus jg semua komen... pendapat aku je.. sebenarnya dalam islam... al quran adalah manual kehidupan dan sunnah adalah taulan. senang cerita nak faham... quran seperti manual sesuatu mesin... sunnah tu pula buku log segala xtvt...

    nabi muhammad adalah contoh terbaik dunia... so xperlu pertikai... dari segala aspek... quran pula adalah panduan.
    tetapi kita masih pertikai... walaupun secara senyap... xikut apa yg diperintah oleh allah... kira melawan atau pertikai. dalam islam ada pembangunan untuk akhirat dan dunia... mengapa masih pertikaikan lagi..

    bg aku parti yg ada seperti pas adalah kaedah atau jalan untuk mentadbir negara... sebab dalam perlembagaab ciptaan british mensyaratkan begitu. tanpa kuasa politik... tidak tertegaknya hukum allah... inilah tipudaya demokratik... malang sungguh orang yg terima syarat dari britis semasa proses kemerdekaan... segala kerosakan ditangguhnya... mudahan kita yg sedar tidak terus mewariskan kesilapan lepas...

    pendapat akulah.. kalau nabi berunding menyebarkan islam dengan pembesar quraisy di mekah dulu... aku rasa kita xkenal islam.. xkenal allah...

    sekarang baru 53 tahun merdeka... dah ada orang xkenal allah.. bygkanlah 100 tahun nnti. mungkin kita xdapat hidup 100 tahun akan datang.. tetapi generasi akan datanglah eset kita tambah pahala... mgkin ramai yg xpaham... saidina abu bakar sentiasa bertambah kebaikannya... kerana keyakinan beliau kita dapat kita dapat islam. begitu juga kita generasi akan datang lah yg bakal menambag kebaikan kita selepas mati...

    masih ingat 3 perkara yg xputus selepas mati... xtahu tanya ustaz..

    begitu juga jika perkara buruk yg kita wariskan.. kita terusan mendapat dosa... fikirlah sendiri.. kt mana diri kita... sebab itu mengapa orang yg ingkar bertaubat kerana murtad.. hukumnya bunuh... tidak mahu generasi lain turut murtad dan pengaruhi yg lain...

    fikirlah apa pilihan anda... kuasa memangkah ada dalam keimanan anda...

    ReplyDelete
  16. Melihat keadaan Malaysia..
    Islam dan Politik dua benda berbeza..
    Islam suci lagi mencucikan,
    Politik penuh dgn tipu muslihat dan semangat asabiyah..
    Perlu igt asabiyah Zaman Nabi kerana Islam,
    Asabiyah sekarang kerana Parti Politik.

    ReplyDelete
  17. selama ini aku tak pernah pula dengar orang berwasiat kalau mati nakkan orang itu atau orang ini yg menjadi imam solat jenazah utknya..sebab dia sendiripun tak tau sapa yg akan pergi dulu..adalah menjadi tanggungjawab orang yg masih hidup utk menyempurnakan jenazah seelok dan secepat mungkin. ini dah jadi fardhu kifayah..dari kita memberi komen tentang siapa yg akan menjadi imam nak sembahyang jenazah kita, eloklah kita pakat2 anjurkan kursus mengurus jenazah di surau atau masjid masing2 biar semua orang tahu cara2 mengurus dan menyembahyangkan jenazah..selalunya yg mengikuti jenazah ramai..bila bab sembahyang...fikir2lah sendiri..wallahualam..

    ReplyDelete
  18. mcmne nk pilih???? kn da mati???

    ReplyDelete
  19. hdup dan mati tu krn Allah taala.,politik tu kn agama..mati tu agama..ketua politik or presiden politik tu maknanye mesti la org agama..umno tu parti agama ke???bkn kn..umno tu parti bangsa dan pembangunan yg mngarut je..huhu..da mmg sape yg memerintah kene buat pembangunan ..tp pembangunan yg mcmmane??pembangunan tuk hdup kat dunia je ke??mati je baru nk cari pemimpin or org ugama...Tuhan tu x reti nk nilai ke??jadi gak org yg celik sket..klau tbuh mayat tu da duk sokong mnde x betul sampai mati..sape2 yg jd imam tuk solatkn mayt die pn same je di sisi tuhan..nk pilih tu mase kite x mati lagi la wahai manusia ...

    ReplyDelete
  20. saya sokong sahabat2 yang paham apa yang saudara admin ingin sampaikan....ini bukan hanya soalan tentang mati sahaja.....

    ReplyDelete
  21. mmg kreatif gaye milo ni tanye kat kite2 ni...islam itu syumul..politik ngn islam?yup, politik itu dlm islam.

    so,bg aku sape2 kalau tyme mati pilih presiden PAS jadi imam solat jenazh dye tp kat dunia pilih Presiden UMNO,ade 2 conclusi aku bg:
    1-dye mmg tau akhirat ni ade dan kne pilih islam utk happiness kat akhirat
    2-dye pisahkan politik ngn islam(x bleh pisahkan)
    3-dye x yakin islam bleh bawak pembangunan(bahaye macm ni..bab aqidah kot)
    3-

    ReplyDelete
  22. Saudara2, najib dan hadi dua2 pun org Islam yg dah tua separuh abad. Kita perlu bersangka baik sesama manusia. Adakalanya pakaian sprti zuhud itu adalah tipudaya dan x menggambarkan niat sebenar dalam hati. Ini yg berlaku ketika 2 org musuh Islam berlakon menjadi alim ulama sehinggakan menjadi idola org setempat. Apa yg berlaku 2 org musuh Islam ini tatkala sibuk berdakwah dan beramal mereka juga sibuk menggali lubang tanah menuju ke makam Rasulullah SAW utk mengaibkan baginda. Allah yg Maha Agung x sesekali membenarkannya.

    Berbalik kepada soalan tadi, kita perlu bersangka baik sesama manusia apatah lagi sesama Islam. Berpakaian sprti org alim x semestinya lebih baik drpd yg berpakaian tshirt dan jeans. Ingatlah hidayat ini bukanlah brsifat statik dan kitapun kadang2 menangis dalam doa agar dimatikan dlm husnul khatimah sebab kita tidak tau penghujung kehidupan ini.

    Patutnya soalan siapa yg perlu kita pilih jadi imam x timbul sebab Allah yg akan pilihkan utk kita. Malah solat di masjid Allah pun Allah jua yg pilih walau sekuat mana azam kita ke masjid. Akhir kalam, bersangka baiklah sesama manusia dan budayakanlah salam seperti pesanan Rasulullah SAW agar kita lebih menyayangi.wassalam.

    ReplyDelete
  23. Pada pemahaman aku, kehidupan kita sebagai orang islam merangkumi semua, dari politik sampailah ke dalam liang lahad, tak boleh dipisahkan. Kita bukan seperti agama lain yang boleh dipisahkan, itu bezakan islam dgn agama lain, kita dijajah lebih dari 400thn. Kenapa berfikiran sempit, dalam islam, pembangunan apa yang dibangakan sangat, dalam islam sesiapa yang menjadi ketua keluarga dan ketua negara akan disoal dahulu diakhirat kelak, semua hala tuju semasa didunia akan dipertanggunjawab kepada ketua2 ini. Kalau ketua2 ini membawa kamu ke neraka, masuk la penggikut2 bersama mereka, sekiranya ketua2 kamu membela ke jalan Allah maka insyallahh kita akan berada di syurga.... isunya bukan sembahyang jenazah, isunya siapa yang kita pilih untuk membimbing kita kejalan Allah(pernah dengar pepatah mengatakan "kalau kita berkawan dengan sipembuat besi makan sedikir sebanyak bara itu kita merasa bahangnya tetapi sekiranya kita berkawan dengan pembuat minyak wangi kita juga dapat merasa harumannya" fikir2 la untuk bahagian kita diakhirat kelak

    ReplyDelete
  24. mestyla tuan guru hadi awang sbb beliaukn ulama'.......
    najib mana taw sangat pasal hukum-hakam nie.......
    kalo tdak,dh lama beliau jalankan hukum Allah di negara malaysia nie......

    ReplyDelete
  25. Ini bukan mempolitikkan kematian tetapi mengingatkan bahawa politik jg menjadi soalan selepas kematian.

    Izinkan hamba tambah sedikit fakta utk mereka yg masih berbaki sisa-sisa sekularisma dalam sel2 fikiran mereka :

    Bila beli ayam dipasar, akan ditanya sembelihannya.
    Bila anak makan tidak baca bismillah, akan ditegur jua.
    Bila bertamu rumah org, akan terpancul ucapan salam semestinya.
    Bila pilih menantu akan didengar apakah kuat atau perlahan bacaan dalam solat zohornya.
    Bila persidangan umno, akan bertudung merah dan merah jambu lah majoriti wanitanya.
    Bila bernikah akan diwakil walikan kepada yg lebih agamanya.
    Bila termakan unsur babi maka akan tui tui la meludah bakinya.
    Bila mati pun maka akan dijemput para agamawan, tidak akan mencari ahli sukan atau seniman dia.
    Bila memilih pemandu, akan dielak org yg mabuk dan suka tengok perempuan dijalanan kerana blh mengundang kemalangan adanya.

    Maka apakah dalam memilih pemandu negara yg sangat penting maka hilang segala cerita ayam sembelih tadi? sudah tidak dikira mabuk atau tidak pemandunya?

    Inilah keajaiban sekularisma yg telah menapai dalam sel darah putih dan merah parti bendera putih merah tersebut.

    Wasalam

    ReplyDelete
  26. Antara Najib dan Hadi, aku pilih Awang Adek iaitu peneraju judi bola. Hahaha!...

    ReplyDelete
  27. admin--- pada pendapat saya, walau macam mana hebat posting anda, walau macam mana relevan pun persoalan anda... tapi bagi yg masih menyokong SEKULAR dan KORUPSI, posting ini tiada maksud apa2...kerana MENTALITI mereka yg amat LOW CLASS...ini masalah yg paling utama...

    antara METALITI LOW CLASS puak2 ini;

    1-beranggapan Malaysia ini, hanya mampu dipimpin UMNO.

    2-beranggapan Malaysia ini, MELAYU UMNO yg punya.

    3-beranggapan harta negara(etc,cukai) yg dibelanjakan oleh kerajaan untuk pembangunan dsb datang dari POKET pemimpin2 umno.

    dan yg paling LOW-CLASS punya MENTALITY 'mereka' ini,

    4-beranggapan bahawa Agama itu hanyalah membabitkan nikah, cerai, kahwin dan berkaitan masjid shj... sebab itu mereka melihat agama itu terpisah dari politik, pembangunan, kemajuan dsb (cth komen Pemuda UMNO, N9 | November 28, 2010 7:48 AM)...sama ada mereka ini lupa bahawa ISLAM itu SYUMUL, atau mungkin mereka tidak tahu maksud SYUMUL itu sendiri...ini yg paling PROBLEM admin...adoihh~

    kalau berjaya diubah mentaliti-mentaliti LOW-CLASS spt mereka ini, nescaya umno/bn pasti TUMBANG pada pru akan datang...NO DOUBT...

    ReplyDelete
  28. Dua2 takleh pakai

    Abdul hadi islamik sgt...Saya pilih Imam PKR.

    Walaupun bukan islam, tapi mereka reti baca Al Quran.

    Tuhan kita universal.

    Okey latu, kalau hadi imam, org melayu saja boleh semayangkan. Kalau imam PKR, cina boleh india boleh, kan lagi berkat kepada si mati. lagi banyak pahala.

    Mereka pun nak hormati si mati jugak

    ReplyDelete
  29. Haaa, Lim Guan Eng tu pun okey jugak jadi imam. Saya setuju. Dia pemimpin cina yang islamik, dalam hati ada iman

    ReplyDelete
  30. sedih la bila orang tak dapat bezakan antara politik dengan agama.

    (anda suruh saya bijak berhujah tetapi post anda langsung tidak menampakkan kecerdikan. jadi saya tak mahu komen panjang. Sekian)

    yang benar,
    orang atas pagar yang menyampah dengan makhluk2 politik

    ReplyDelete
  31. sy nak respon saudara AAJ. Betul kita perlu bersangka baik tp mesti ingat, setiap mikmin yg soleh dan beriman kepada Allah pasti dia akan bimbing diri dan keluarga ke arah kebaikan dan wajib taat perintah Allah. Kalau saudara nak kata najib tu boleh dijadikan IMAM pasal wife dia sendiri pun x boleh nak suruh pakai tudung pada hal menutup aurat tu wajib?? Macam mana najib nak mengimamkan org lain kalau isteri yg sorang tu pun dia xleh nak bentuk????

    ReplyDelete
  32. Mat POYO, ko memang BODO plus jahil. Islam tidak memisahkan agama dan politik. Dua2 tu mesti saling berkaitan.

    Tgk camne pemimpin UMNGOK yg jahil agama tadbir negara, apa jadi ngan negara skang? Buang anak (zina), judi, arak, disko, rumah urut, dan ko tambah la sndiri.

    Kalau ko rase agama dan politik ni takleh bercampur, maknenye IQ ko mamang low sbb takleh tgk jauh2. Kesan dan akibat dari seremeh2 perkara.

    Aku rase belum pon presiden UMNGOK nak smayangkan jenazah, jenazah tu dah awal2 lari masuk kubur.

    ReplyDelete
  33. Cuma mereka2 yang berdarah 'biru'ajer tetap mengatakan partinya 100peratus betol!!

    ReplyDelete
  34. teringat pulak kat sorg menteri rukuk time solat jenazah mase aku zaman sekolah dulu
    masuk dlm tv plak tuh
    hahaha

    ReplyDelete
  35. Melihat keadaan Malaysia..
    Islam dan Politik dua benda berbeza..
    Islam suci lagi mencucikan,
    Politik penuh dgn tipu muslihat dan semangat asabiyah..
    Perlu igt asabiyah Zaman Nabi kerana Islam,
    Asabiyah sekarang kerana Parti Politik.

    ===============================================================

    Islam tu suci,politik tu kotor..jadi datangnye islam untuk menyucikan politik yg kotor!!

    inilah fahaman sekular yg dah lame diserap dalam masyarakat melayu kite,..agama laen,politik laen..sedangkan politik tu ade dalam agama...nabi dulu ketua negara,nabi dulu komander turus angkatan perang,nabi dulu pentadbir,nabi dulu tukang tulis perjanjian,nabi dulu menghantar utusan pada raja2..ni bukan politik ke????????

    tengok dulu sirah nabawiyyah sebelom berbicara...kte same2 lemah dan jahil tp jgnlah meletakkan islam itu sbagai urusan akhirat2 semata2 sbb islam itu syumul..untuk 'dunia' dan 'akhirat'...2-2!!

    ReplyDelete
  36. Satu lagi mentality low class org umno nih ialah bahawa semua ahli dap bersifat assobiah (racist) dan bencikan Islam.

    mmg kalau kita lihat di sekeliling kita ramai orang cina yg macam tak suka dengan kita orang2 islam. tapi, adakah SEMUA?

    disebabkan saya membesar dikalangan rakan2 berbangsa cina, saya tahu masih ramai di kalangan mereka yang tak racist dan benci kepada Islam. malah, sebahagian besar dpd mereka yang kelihatannya tidak suka kepada orang Melayu/ Islam adalah kerana orang Melayu/ Islam itu buruk perangai, pemalas, racist, dan bersikap tak adil kepada mereka.

    bila mereka jumpa orang2 Melayu/ Islam yang baik terhadap mereka, memang cukup mudah bekerjasama dengan mereka. malah, mereka sering kali lebih bersikap terbuka berbanding orang Melayu sendiri.

    sepatutnya, kita jangan mudah mengata mereka sebagai kafir harbi sebelum kita berusaha memahamkan mereka dengan Islam. lebih2 lagi, mungkin kebencian mereka terhadap agama Islam adalah hasil dpd sikap kita sendiri. sebab tu la, saya sangat gembira dgn usaha2 pas dan pkr dalam mendekatkan mereka dengan Islam yang hakiki. tak mengapalah kalau proses ini memakan masa yg lama. yg penting- ADA USAHA!

    sama2 lah kita doakan mereka memahami Islam yang sebenar dan akhirnya memilih Islam sebagai agama anutan. InsyaALLAH

    ReplyDelete
  37. senang citer

    UMNO ahli maksiat
    PAS ahli ibadat

    mana lebih aula??

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan