Monday

Protes roboh kuil Lelaki India bakar diri di Puchong



Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor yang dipercayai akan dirobohkan, seorang lelaki India bertindak nekad membakar dirinya sebagai tanda protes.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

NONEMenurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara ibadat di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.

Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.

Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

NONELebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.

Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.

"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.

Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.

NONESementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.

"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.

Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.

NONEMenurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi

"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi. [Malaysiakini]






ReJaM© "Hebat betul kesungguhan dia terhadap agama kan? Tapi sayang di Akhirat kelak neraka tempat dia.."

7 comments

a'ah..
elok sgt lar tajuk upa tu..
klu islam pown,bnuh diri ag express terus ke neraka..

bodoh bunuh diri pon.. bukan nye kuil tu x kena roboh... kalau org islam bunuh diri terus masuk neraka... bangang...

yang saya pasti dah tentu bukan awak rejam... ekekekeke

membunuh diri bukan caranya, harap saudara faham apa maksud saya. kalau inilah contoh lelaki shahid, saya harap saudara perbetulkan pandangan saudara itu.

zzzzz korg x paham ke maksudnya? die sanggup berjuang demi agamanya.

Dia bukan nak bunuh diri tapi bakar diri utk menunjukkan protes. kalau betul dia nak bunuh diri kat tempat lain pon dia boleh buat. Takkan baca pon tak paham.

Dia buat utk agama dia, tak payah la kita nak sibuk2 kutuk dia, macam mana kalau kita ni duduk di negara bukan Islam dan org nak roboh masjid kita? Dah tentu kita takkan protes dengan bakar diri, tapi tetap kita akan cuba halang jugak kan?

Tak payah le nak kutuk dia bodoh ke bangang ke, baik senyap je. Bukan nak robohkan kuil tapi roboh stor dia je.

kenapa di akhirat nanti neraka tempat dia? apa alasannya? sila jelaskan.


EmoticonEmoticon