Monday

Raja Arab Saudi meminta US menyerang Iran!



Kerajaan Amerika Syarikat kini disifatkan sebagai tidak senang duduk berikutan kebimbangannya terhadap pendedahan demi pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah laman web, wikileaks.com yang memberi peluang kepada mana-mana individu untuk memuat naik sebarang dokumen penyelewengan yang melibatkan mana-mana pemimpin negara di dunia.

Sebelum ini Wikileaks mendedahkan kekejaman tentera US di Iraq serta pelbagai salah laku yang mendapat kecaman dunia. Kali ini tambah memeranjatkan apabila Wikileaks mendedahkan dokumen tentang beberapa pemimpin dunia arab termasuk Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang meminta Amerika Syarikat untuk menyerang negara Iran berhubung dakwaan isu nuklear negara berkenaan.

Beberapa hari ini dijangka lebih banyak lagi dokumen rahsia negara-negara berkaitan bakal didedahkan. Pengasas laman sesawang Wikileaks, Julian Assange berkata, setakat ini hanya 200 dokumen yang baru disiarkan daripada 251,287 yang telah diterima.

Sumber : BBC News

ReJaM© "Sebab itulah US langsung tak takut dengan Negara Arab! Banyak talam dua muka rupanya..."

12 comments

gile ark...
bro...
aq ade kawan kt sini...
aq blaja kt canada skrg ni...ade kawan2 dari Iran..kawan2 dari Arab Saudi...
bibit2 perpecahan pon dah nampak la sebab perkara ni da tersebar hari ni...

gile bahaya seh...

kalau betul la perang jadi...gaduh nanti member2 aq kt sini...
alahai~~
sengal gak Raja Abdullah ni nak maen serang2 org...

Mr. cUrB-uP ko cubelah amankan diorg tu... Arab Saudi mmg dah lama jd boneka US...

saudi boneka US, iran pula shiah yg memusuhi sunni.

mohon petunjuk akan yg haq yg seperti semut hitam di atas batu hitam di mlm yg gelap.

akhir zaman dah.

jika kita sekatan atau embargo yg dikenakan keatas Iran sehingga ke tahap maksima..tidak mustahil dalam masa 6 bulan Iran akan diserang

astaghfirullah... betul ke ni???

abis, negara lain yg ade buat projek senjata nuklear x d suruh serang pn???

meh tuan hamba tolong nasihat Tok syeikh.. ISRAEL laa patut di serang .. adui adui tak cukup degree si arab nih ;;;

Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:
Imam Ghazali:
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

renungkanlah..~

Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:
Imam Ghazali:
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

renungkanlah..~

Itu Perang Yeonpyeong di Korea Selatan dah bermula api Amerika untuk berperang dengan Korea Utara.

Amerika sedar kalau perang dengan Korea Utara, Kalau Korea Utara menang, ramai rakyat Korea Selatan akan tinggalkan Korea untuk lari ke US. Kalau US menang, Ekonomi Korea Selatan akan bangkrap dan Korea Selatan akan tumbang juga walaupun menang perang akibat tiada wang serta wang dihabiskan untuk pulih ekonomi Korea Utara.

Akibat Perang Korea.

Kalau Korea Utara menang. Korea akan bersatu dibawah komunis dan lebih 30 juta rakyat Korea Selatan akan lari ke Amerika untuk perlindungan politik.

Kalau Korea Selatan menang. Korea akan disatukan bawah naungan Amerika dan pemimpin serta tentera Korea Utara diadakan perbicaraan kemungkinan hukuman mati dengan isu hak asasi manusia sama seperti Iraq iaitu isu hak asasi manusia. Ekonomi Korea Selatan akan muflis dan hutang bertambah akibat membayar ganti rugi perang dan kerajaan Korea Selatan juga tumbang. China dan negara musuh Amerika lain seperti Cuba, Vietnam, Iran dan sebagainya akan jadi sasaran Amerika.

Isu utama ialah Penyatuan Korea. Itu sebab Amerika masih fikir 2 kali untuk menyerang Korea Utara.

Cuba lihat kisah Perang Vietnam dan Penyatuan Jerman. Ada masalah dan cabaran jika kedua-dua negara bersatu.

Iran tiada isu penyatuan negara, Iraq dan Afghanistan tiada isu penyatuan negara.

negara islam menghasut negara lain menyerang negara saudara seagama sendiri ???? ape sudah jadi ... inikah namanya islam ??? mane tidak agama lain menganggap islam itu ganas !! salah satu petunjuk bumi menghampiri kiamat !!

Islam tidak ganas !!! manakala penganutnya yg terpesong dari ajaran islam itu yg ganas ..

kerana nila setitik rosak susu sebelanga termasuk aku yg beragama islam .. sedih

wikileaks- baca boleh tapi nak percaya 100% xpyh la...semua ada muslihat...


EmoticonEmoticon