Artikel ini memberikan informasi yang berguna kepada anda untuk menjadi warganegara atau rakyat yang lebih bijak. Bacalah dengan teliti.
Hari ini minyak petrol RON97 naik lagi 15 sen menjadikan harganya meningkat kepada RM2.30 per liter berbanding RM 2.15 per liter sebelum ini. Bagi yang kurang peka tentang kenaikkan minyak ini, atau mungkin dah banyak sangat duit, tentu tak kisah minyak nak naik berapa sen pun se liter. Kalau naik sampai RM10 se liter mungkin barulah mereka akan merungut.
Sumber: Malaysiakini
Alasan kerajaan menaikkan harga minyak
Sekali imbas, kita semua sedia maklum, kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikkan harga bagi minyak petrol RON97 tidak akan memberikan kesan kepada rakyat Malaysia kerana rakyat masih boleh mendapatkan harga yang rendah atau tidak berubah bagi minyak petrol RON95 iaitu pada RM 1.85 per liter. Kerajaan memberikan alasan bahawa mereka masih memberikan subsidi kepada minyak petrol RON95 untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Apa yang dikatakan oleh kerajaan tidak ada salahnya. Kalau dilihat di stesen-stesen minyak di seluruh negara (kalau anda perasan), ada diletakkan notis amaran bahawa kenderaan yang memiliki flat pendaftaran selain Malaysia tidak dibenarkan membeli minyak petrol RON95. Ini bermakna Kerajaan Malaysia melarang warga asing dari membeli minyak petrol RON95 kerana minyak ini mempunyai peruntukan subsidi hanya untuk Rakyat Malaysia sahaja. Berikut contoh notis yang dimaksudkan sila klik untuk membesarkan gambar.
Kualiti minyak RON97 lebih baik
RON97 merupakan minyak yang lebih berkualiti jika dibandingkan dengan RON95. Maka wajarlah harganya lebih mahal berbanding RON95. RON95 mempunyai 'octane number' yang rendah maka sifat anti-knocking yang kurang baik, cukuplah ReJaM© katakan di sini bahawa ia sebenarnya tidak baik untuk enjen anda. Malah ada dakwaan yang mengatakan RON95 mudah terbakar dan menjadi punca banyak kereta yang terbakar di dalam kemalangan kebelakangan ini, namun tiada bukti yang kukuh.
RON 95 VS RON97 Rakyat Malaysia ditipu?
Di sini ReJaM© ingin kongsikan kajian amatur yang telah dijalankan oleh salah seorang Forumer di forum carigold.com terhadap tahap penjimatan kedua-dua minyak ini (RON95 VS RON97) berikut screenshot hasil kajian beliau.
Sumber : Carigold.Com
Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.
RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km
Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.
RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km
Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.
Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?
Sekiranya ada di kalangan pembaca lain yang ingin membuat kajian mengenai beza kualiti minyak RON95 dan RON97 dari segi kilometer dan dari jenis kereta berlainan serta ingin disiarkan di sini sila email ke share.milosuam@gmail.com
ReJaM© "Orang meniaga pusing mana pun dia mesti untung punya, toksah nak temberang!"
Bengonglah kerajaan Malaysia ni...
ReplyDeleteMacam ni baik tak payah bg subsidi..
beli RON97 lagi untung!
Apa muslihat kerajaan ye?
Takut RON95 tak laku ke?
siape yg nk berniaga nk rugi? xh betul xh tak orang tu buat ujikaji.
ReplyDeletekan linda kan? ape yg tulis kt blog & forum semua kite caye bulat2 kan? sebab ape? sebab die melibatkan kerajaan. kerajaan semua salah. kan kan kan?
ReplyDeletesy setuju.. ron97 lebih jimat... isi full boleh tahan 3-4hari.. tp dah naik rm0.15 ni dah kira sgt kureng ajor btl pemerintahan najib ni... arghhh~
ReplyDeletekorang fikir... menteri2 tu pakai minyak apa??? keta mahal2 takkan pakai ron95 kan?? tp utk rakyat... apa yg kita dapat??? gaji tak naik... tpi bila harga minyak naik maka harga barang naik... siapa yg susah??? menteri ke???
kan linda kan? ape yg tulis kt blog & forum semua kite caye bulat2 kan? sebab ape? sebab die melibatkan kerajaan. kerajaan semua salah. kan kan kan?
ReplyDeleteBro ada fakta baca fikir, bukan suruh percaya bulat2...
Kalau fakta ni tak betul bgtaulah apa yg betul...
lepas ni ko pegi buat kajian ko sendiri anta kat admin milosuam
boleh didedahkan hasil kajian ko...
cakap je lebih mcm tin kosong malu kat org bro...
errrr.
ReplyDeletetumpang tanye, modenas kriss boleh pakai ron97 ke?
:DDD
hehe.
dua-dua boleh pakai bro haha... minyak petrol sama je..
ReplyDeletekualiti dan harga je yg lain =)
buat blog pn xreti...krajaan da bg subsidi pn TUDUH mcm2 ag..ni la Tuhan mrh..xpnh nk bersyukur..gaji tggi ke rendah ke..usaha masing2..jgn jadikn alasn...menteri tu kena la ngn daji dei..tggungjwb besar..truk btol la korg ni..main ckp..xpk..
ReplyDeleteAnonymous | November 30, 2010 12:52 PM
ReplyDeleteBro ada mata ada akal nilai! Ini bukan nak tuduh tak tentu pasal... akal ada apa pasal tak mau guna? ke tak pandai matematik ko ni? Nama pun takda...baca tulisan kat atas tu pastu ko sangkal mana yang tak betul aku nak tengok! kalau aku salah ko betulkan... jgn melilau ke laut!
Ini pulak kajian aku,
ReplyDeleteini detailnya aku buat kt kereta Viva Elite (1000cc)
RON 97
RM 20 = 9.302liter
Jarak = 157km
Harga : RM2.15/ltr
RM1 = 7,85km
RON 95
RM30 = 16.217ltr
Jarak = 290km
Harga RM1.85/ltr
RM1 = 9,66km
so, mane satu nk caye ek?
stakat kate2 kt forum cmtu, aku pun boley buat la.
ntahnye..ni la orang kita..kurang peka,malas bfikir..sebab tu senang kena pijak..lena diulit kesenangan yg sedikit sedangkan banyak yang terlepas tnpa kita sedari..dah orang bagi fakta suruh kita fikir,penat2 orang buat ujikaji..nak harapkan korg..habuk pun tarak!
ReplyDeleteAnonymous | November 30, 2010 1:01 PM
ReplyDeleteko ni bukan nak cari kebenaran, tapi sekadar nak menang...
nampak sgt ko ni penipu... baru je aku buat artikel ni
ko dah dapat hasil kajian ko? cepat betul ko habiskan jarak
290km dan 157km tu...
ko sampahla bro...
Lepas nie aku nak buat kajian laa pulak..
ReplyDeletebagi masa seminggu..
Anonymous | November 30, 2010 1:01 PM
ReplyDeleteKalau aku kata ko bodoh ko marah...
Orang berforum bagi data, untuk dikongsi bersama-sama
utk kesenangan bersama,
aku ambil data bukan data yg ada
agenda politik, tapi individu yg peka kesusahan kawan2
nak bantu kawan2 cari minyak yg lebih jimat!
tapi dtg org tak ada otak macam ko menyalak tak tentu pasal
Ko ni memang tak boleh berfikir ke ape bro?
OK KL 10 aku tunggu kajian ko...
ReplyDeletesama-sama kita cari minyak yg lebih jimat...
untuk membantu kawan2 lain...
ramai yg tak ada kesempatan nak buat kajian...
SHRSNYE PERLU BUAT LBH BYK UJIKAJI SPRTI KERETA BERLAINAN CC/ JENIS, KELAJUAN PURATA, LALUAN TRAFIC YG DIGUNAKAN DSBGNYE...SEMUA MEMPENGARUHI PENGGUNAAN MINYAK...X BLE PERCAYE PADE SATU UJIKAJI SHJE UTK BUAT KESIMPULAN...
ReplyDeletebetul tu APE PANDANG2?
ReplyDeleteKalau anda ada inisiatif silakan...
seperti saya katakan di atas,
Sekiranya ada di kalangan pembaca lain yang ingin membuat kajian mengenai beza kualiti minyak RON95 dan RON97 dari segi kilometer dan dari jenis kereta berlainan serta ingin disiarkan di sini sila email ke share.milosuam@gmail.com
sy pguna vios..pbezaan antara ron 95 dan 97
ReplyDeleteron 97
rm40..kl-melaka-kl
ron95
rm50..kl-melaka-kl
hmpr setiap mgu sy ulg alik kl-mlka..dlu pki rm50 utk ron95.sje try isi rm50 utk ron97,mmg lbh jimat siap lh pusing town lg...klu xcye..try dlu...dan agk tkjut ble tau mnyk ron97 naik lg...sy xpuas ati
pengguna motor macam aku lak, satu masa dulu ketika RON97 sama harga dengan RON95 skang, isi RM5 boleh tahan 7 hari. bila kerajaan kate kene guna RON95, RM5 cuma boleh tahan 4 hari dengan jarak yg sama
ReplyDeleteSy Pakai RON95.
ReplyDeletekenapa:
1.spt yg dicadangkan oleh pengeluar kereta yg dipakai skrg ini iaitu Nissan Grandlivina
2.MURAH
sbb pertama itulah kenapa sy pakai 95 bukannya 97. :-)
nnt akan cuba buat kajian, sapa nak sponsor duit tambahan yg perlu saya gunakan utk kajian ini. hehehe
minyak ron95 tu hanya gula-gula utk rakyat malaysia. Kalau harga minyak dunia naik, adalah mustahil harga ron95 tak naik. Tapi di sini, yg dinaikkan cuma ron97 manakala ron95 dijadikan gula-gula utk menunjukkan sifat prihatin mereka. Sepatutnya dilenyapkan saja ron95 tu, serap semua subsidi ron95 masuk dalam ron97..berapa agaknya harga minyak kala itu?
ReplyDeleteaku sndri pon da rse pkai dua dua mnyak tu...mmg dri segi kilometer, pakai 97 lagi jimat drpd 95
ReplyDeletekajian ni, bukan senang camtu je. saya pun pernah test dua2, akhirnya, sama sahaja. 97 lebih effisyen, tapi mahal. 95 kurang effisyen, tapi murah.
ReplyDeletenak test, kena standardise banyak variables. kelajuan, frekuensi brake, cara pemanduan, ikut highway ke jalan biasa etc. kelajuan. kalau takat quote camtu, saya pun boleh kata ron95 pi 100 km, ron97 pi 2km, pasal stuck dalam traffic jam.
Juga bergantung kepada recommendation kerajaan.
satu lagi, bukan lagi tinggi ron tu, maksud lagi bagus (seperti yang dinyatakan dalam artikel). Di New Zealand, sana jual ron95 je pun, rileks je. takdak hal pun.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteron97 lagi best,rasa ringan,mau pegi jauh.ron95 berat.tu yg aku rasa la
ReplyDeletecuba la korang ni pikiran positive. pakai mana2 minyak pon. kalau dah lenjan separuh mati... xda save punya dah. ron 95 k5 ron 97.. Ron 12345 ke... sama jer adoi... pebendala... rigid btol.
ReplyDeleteok..aku penah buat kajjian pada kancil 850cc auto aku .. ni kete lama, thn 2001.
ReplyDeletekete aku ni aku wat gi keje je..10km 1 hala so pergi balik dlm 20km tempat keje aku ni..jalan lak steady, xde jem xde prob apa2..kajian aku ni aku buat sebelum hage minyak naik ke 2.15 ( masa tu 2.10 ke?ntah..aku dh lupa)..dan ron95 1.85
ron97 RM50
aku bule bawak smpai 360km
ron95 RM50
aku bule bawak sampai 300km
kajian aku ni aku buat byk kali..so kajiannya tetap sama..ron97 lbh jimat dr ron95.
untuk hage terkini ni aku x buat lg..nanti ada masa aku buat.
kaskas
hehehehe... klakar plk bila aku tgk bt analisis mcm tu... org y buat analisis tu manusia la bro... thu tk tekanan minyak mcm mn bro... tkkn la viva elit tu ada sensor blh maintainkn tekanan minyak 110km jer perjam sepanjang perjalanan tu.. mesti la ada brek2.. dan bila dah slow mesti tekanan minyak dia byk balik bila nk laju balik... jadi ko tk buat mende tu dlm masa y sama.. ni namanya ujikaji yang bertauliah.. tk ada kesahahan dan kebolehpercayaan langsung apa yang ko buat ni bro... lain kali kalu nk buat ujikaji buat byk sikit... bru org blh bandingkn.. kalu thu tk mampu jgn berani nk publish kt sini.. bg y kurang cerdik jer blh percaya bulat2... tkut org y kurang cerdik ni percaya bulat2 dan kalu org y buat tu tk bersalah.. tak pasal2 ko menfitnah org tu.. nama aku cikgu naz dari tanjong malim perak..
ReplyDeleteaku stuju dgn zacharias, dkt malaysia nie rakyatnya dh terlalu dimanjakan.. manja sgt2.. semua nk komplin.. aku x faham.. klu dh xdak duit nk beli myk, x pyh naik kereta.. korg naik pe yg mampu je.. org islam, kne blajar bersyukur... jgn jd org melayu yg pandai komplain..
ReplyDeletebeza ron97 n ron95 adalah effect knocking pd engine...
ReplyDeleteEnvironmental friendly? bullshet.. fossil fuel mane ade environmental friendly, kwn2...
1 lagi, ade sesape blh confirmkan x, aku ade dgr crite..ron95 shell dpt lebih KM dr ron 95 Petronas...kalo betul, kite blh assume yg same to ron97..sesape ade pengalaman, blh ;e tlg verify :)
ape lg kawan2 semua PRU 13...kite ajar UBN nie.Brubah lah kawan2 semua untuk kebaikan..!!
ReplyDeleteaku dh uji kaji pada motor lc 135 maa...aku beli 2 bijik dr kedai baru...aku pakai pelincir yg sama standard dengan standard...untuk pengetahuan motosikal lc1354v ni enjin dia sangat mudah dilekati karbon pd headnya..mula2 aku guna ron 97 kedua2 moto..aku test top speed bg kedua2 moto 165km/jam ..sama..pastu yg sebijik aku guna ron95, dan sebiji aku guna ron 97...setelah sebulan moto yg guna ron 95 prestasi berkurangan, pikap kurang top speed tinggal 155km/jam je.dan moto yg guna ron 97 kekal top speed 165km/jam...ini bermakna ron 95 x baik untuk enjin anda...haha kita kena tipu maaa
ReplyDeletecomment dr yg bg data tu dlm carigold.com tu :
ReplyDelete>>tak la sampai kosong kan tank... aku set sampai blinking ja. terus isi lain<<<
so,mmg terlalu byk la error dlm kes neh.myk yg sblm tu stil ad kot..pstu,xbgtau jln yg sama ke x..faktor yg affect bnd neh, traffic lite (byk brenti jln cpt mkn myk lg), speed, jnis kreta kn try byk jnis..
aku jz nk share pndpat,kalo ad salah,tlg btulkn..xmksd aku ckp cmnni aku skong ap yg krajaan bwt.aku cuma nk share psal efficiency ron95 n 97.thnx
aku rse lh klu pembangkang yg jdi pemerintah. minyak free kot. ye la kan, kate untuk rakyat.
ReplyDeletex2,minyak naek lg la..sbb cukai arak ngn judi da xd.aku rse la hahahaha
ReplyDeleteKalau pembangkang masih ikut harga pasaran dunia, so please, kalau harga dunia turun, turun lah harga minyak di Malaysia. Ni harga minyak dunia turun, di Malaysia tak turun, pe cerita?
ReplyDeleteKawan saya yg kerja di Petronas kata minyak RON95 di Malaysia sebenarnya lebih berkualiti berbanding negara lain. Kerana minyak Malaysia RON95 lebih berliquid. Tapi petronas export minyak RON95 tu ke luar negara untuk dapat lebih keuntungan! RON95 diluar negara yg tak berapa berkualiti, petronas yg ambil lak! Maknanya, RON95 kita guna skrg MAHAL+Tak berkualiti! Petronas pergi iklankan RON95 kat media, tapi pada hakikatnya, RON95 la paling MAHAL dan TAK EFFICIENT! Lu semua pikir2kan lah
duit hasil judi dah xcukup nak buat blnja anak bini..kena cari alternatif lain......
ReplyDeleteerm kalo bising2 pon x guna gak,beter cari solution..
ReplyDeletekalo ada duit lebih,pki 97...
kalo xde duit,pki 95..
nk wat camne...bukan kita yg decide harga tu sume...
bising2 kat sini,bukan org kat atas tau pon..diorg stil senang..
kita la pepandai kena survive kan?
aku tgk ada yg suka, ada yg xsuka minyak naik.
ReplyDeleteP/S: Aku xsuka minyak naik sbb ada domino effect pd barang keperluan lain. Huhu
kita sume pakai beskal je lah....minum sisap je nak kayuh...1 liter sirap anda boleh kayuh rawang ke s.alam ...:P
ReplyDeletetahniah sbb minyak naik lg...spatutnya kasi la pembangkang je y kena kesan,,nape penyokong2 BN pon kena byr mahal??kami dh sokong BN ngn spenuh hati..kami sanggup diperbodohkan asalakn bkn pembangkang y perintah mesia..stakat 15 sen pon nak berkira..xkisah la mak bapak aku kena kerja kuat nak kasi mkn anak2..janji menteri2 aku hidup senang n bahagia ngn rumah2 besar..keta mewah..gaji 50k sbulan pon..5 thn je perintah dh bleh wt umah 24juta..
ReplyDeletetp nak makan kat kedai pon sssh..hg naik..bangang punya tokey kedai naikkan hg..dh minyak naik..kos pengangkutan kompen naik,kos pembuatan,penyelenggaran berkaitan ngn minyak suma naik..so,hg barang pon kena naik la..tp aku ttp marahkan peniaga tu je y naikkan hg..sbb aku syngkan krajaan skang..
aku rela jd bodoh n bangang..lantak p la sape2 y miskin tuh..sape suh xnak keje sungguh2..\\
bro, kalu nak buat kajian pown biaqlah ada reference sah, blogger pon ad tanggungjawab, takat kalu nak sahkan pkai quote forumer tu mmg langsung x ilmiah lar, jgn dok maki org x tentu hala kalu sendiri pon buat post tah papa.. dari style posting pon dah tau cam nak "implying" sesuatu. kita ceqedik so blagak cerdik lah jgn buat somethng yg tunjuk kita tuh x cerdik. ad lar responsibility sket kat yang dok baca blog nieh, nak wat research buat cara nak buat research jgn sambel teheliaq ja reja. pakai akal bro
ReplyDeleteaku sokong milo suam..myk 97 lg jimat n lg sedap tekan..rs lg ringan..aku men jarak jauh pya..ulang alik kedah, kl ,ganu,johor..mmg dpt rs la perbezaan 95 ngn 97..kpd yg sk nk kondem tue,baik cuba dlu..jgn jd mcm HANJING..melalak xtentu pasal..aku rs org yg kondem tu mst tkut nk guna 97 sb dia rs mhl..xpun kete yg dia guna tue dh nazak..pakai apa jnis myk pun sm jer g nyer..
ReplyDeleteharga minyak naik=harga barang naik
ReplyDeleteinsan biasa
sebagai pembuka kata..memang Ron 97 lebih baik dr Ron 95 dar segi penjimatan dan mesra enjin. Banyak kajian di buat pada kereta Jepun dan Barat oleh kami ..(semua kawan2 yg terlibat dlm industri kereta) ...hasilnya memang Ron 97 terbukti mantap dan efisien..
ReplyDeleteKenaikan harga minyak Ron 97 memang tidak sesuai kerana harga minyak dunia stabil. Implikasi kenaiakn harga minyak memang ada terutamanya utk semua harga keperluan...jadi fikir2lah, adakah anda mampu, dok diam, bersuara, gandakan usaha cari side income, dan sebagainya...namun...sampai bila kita hidup kerja keras tanpa mempunyai kualiti kehidupan jika selalu di himpit tekanan ekonomi...(renungkanlah)
salam..
ReplyDeletene ak dgr dr kwn ak yg keje dkt Petr**** research la..
klu die tipu ak..mknanya ak tipu korg jgak la ea..
die ckp ron95 ne lebihan minyak tapisan dr mnyak yang dikeluarkan oleh negara tp bkan dr ron97..sbb minyak yg dikeluarkan oleh Pet***** lbih 3 @ 4 kali gnda b'kualiti dr mnyak Ron97..mnyak negara kita mmg berkualiti..Allah dah bg anugerah tp krjaan kita x dpt agihkan secara adil..jgn smpi Dia tarik balik anugerah tuh bru nak sdar xtaw la..
si totok pengampu umngok-bn dah bersuara, tah mana fuckta dia pakai tah....jom jom sujud syukur cepat, kerajaan dah bagi hadiah tu, korang ni tak reti bersyukur ker.....
ReplyDelete"However, burning fuel with a lower octane rating than required by the engine often reduces power output and efficiency one way or another"
ReplyDelete"pembakaran bahan bakar dengan nilai Penarafan oktana lebih rendah daripada yang diperlukan oleh mesin sering mengurangkan salah satu atau kedua2 daya-output dan kecekapan"
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Octane_rating
yang bodoh bangang tak tau pasal ron duk diam.. duk sokong kerajaan sampai benda salah kata betul.. aku bukan pembangkang ataupun penyokong kerajaan.. tapi aku cakap hak aku sebagai pengguna dan penghuni rakyat malaysia!! aku hanya sokong yang mane aku rase elok untuk aku.......
Saya pengguna tetap ron97, ron95 memang teruk. saya selalu travel ipoh-kl ipoh.. 1st trip pakai full tank 95...sampai kl balance skit jer... habiskan ron95 kat kl then balik ipoh pakai ron97..sampai ipoh banyak lagi balance (balik ipoh highway naik bukit tau)
ReplyDeleteBanyak kali test dah... ron95 mmg teruk..harga minyak mmg ada naik... tapi peliknya tak sampai kenaikan bulan november. kenapa harga naik melampau-lampau pulak..
Ron95 takde pikap..kene press pedal lebih skit untuk dapatkan pikap sama mcm ron97...kan ke membazir je..
jgn layan rejam dowang tue mmg tak faham. utk lebey kilometer guna ron 97. kereta auto pon elok guna ron 97. kalau manual ya ron 95 tp perjalanan pendek. bkn perjalanan dekat. ada beza. apa? tak faham? fikir sendiri
ReplyDeleteboleh caye ker? couse fuel is use by volume not how much it's burn..it's different when use a carburetor better use ron 95 if use injection system better use 97..
ReplyDeletecarburetor = volume fluid
injection = volume vapor
for me it same..couse 95 lambat skit nak vaporize.so byk unburn fuel keluar ikot exzoz as vapour...for me the diffren is just leaded dye jer...ron95 byk leaded ron 97 xbyk...so dont blame hus sum1 try to help us.. i'm really care bout my car too.. kite bersyukur jer la, jgn nak salah kan sape2,cari jalan cam maner nak bantu diri sendiri kan lgi bagus..
man care
ade lagi ke zaman skang nie gune carburetor cik yg bijak pandai????
ReplyDeleteknape kite guna injection, bleh lihat sini:
sumber: http://hemrickperformance.com/Carb.aspx
enuf said: In conclusion, to make optimum horse power
you must have optimum fuel mixture. (paham ke idak optimum fuel mixture)
i dont blame anyone, i just say my rights as a user that federal always want us to use cikai product.. as*hol@
salam
ReplyDeletexmau la carut marut
cuma keluarkan fakta cukup la
kita sebagai pengguna ada hak untuk bersuara
betul tak
ijam
kalu tak percaya... senang je maaa...
ReplyDeleteverify!!!
uji sendiri la bro...
kot nak kira kekerapan membrek lah... kekuatan menekan pedal lah... jalan naik bukit turun bukit lah... jalan lengang atau traffic jam lah... jalan licin atau jalan kasar... etc.
anda suma boleh cuba!!
jangan asik nak kritik je.
pandai kritik tapi diri sendiri tak de sumbangan... lebih baik lu masukkan kepalalu dalam mangkuk jamban & flush...!!
najis la lu orang suma!!
Salam,
ReplyDeleteTajuk di atas pun diakhiri dengan ? Maknanya, tiada jawapan mutakhir. Memang sebaiknya kajian dijalan dengan ditentukan dahulu pelbagai faktor.
Jenis kenderaan, cara pemanduan, jarak pemanduan, cuaca, isian minyak dan lain2 lagi.
Seperti contoh kita buat kajian mengenai sesebuah masyarakat dan menemubual 1000 responden. Adakah jawapan akhir kajian itu adalah jawapan untuk bertepatan dengan setiap orang dalam masyarakat tersebut? Tidak sama sekali. Cuma kajian ini adalah mengambarkan atau memberi corak kepada jenis masyarakat tersebut.
Maka, perkara seperti ini terpulang kepada si pemakai/pengguna. Tepuk dada, tanya selera. Jika rasa mampu dan enjin anda baik untuk RON97, boleh kekalkan. sama juga pengguna RON95. Cuma di akhir nanti, adakah anda berpuas hati?
Cuma anda yang tahu.
Thanks for the info
ReplyDeleteBtw, harga minyak takkan stick pada satu harga.
Suatu hari nanti akan naik juga. Lagipun nak process minyak mentah jadi minyak petroleum, kos nak process dia tinggi. Bayar gaji pekerja, kos bahan mentah ++++. Itu semua kene fikir. Process minyak bukan gune air liur bro.
Aku pon student jugak. guna kenderaan. Tapi tak boleh nak salahkan kerajaan. Sebab Gov perlukan rakyat untuk support diorang. Dan diorang takkan naikkan harga minyak sesuka hati. Takkan dorang sanggup hilang pengundi dengan menaikkan harga minyak? Tapi dorang terpaksa. Takkan dorang nak tanggung subsidi yang tinggi dan kurangkan pembangunan? Nanti kata Malaysia negara mundur tiada pembangunan. Itulah harga yang kita bayar. Kita akan dapat pembangunan tapi pada masa yang sama kita keluarkan duit lebih.
Besides, kalau pembangunan Malaysia kurang, pelabur luar jarang masuk. Means, ekonomi kita lembab. Dan kalau ekonomi lembab, duit yang masuk kat gov lagi sikit. So nak tak nak kerajaan tetap akan kurangkan subsidi. Lagi berisiko.
Pasal kajian tu, aku rasa tak patut kita refer pada 1 responden. Biasanya kajian dijalankan dalam kuota yang ramai. So any responden yang nak publish dorang punya kajian?
Walau ape pon, thanks for the info sekali lagi. Tak ramai nak kupas benda alah nie dari segenap aspek.
:)
@Stalker00
ReplyDeleteBetul, proses myk bkn gne air liur...mmg ade kos.tp, fyi, yg tentukan harga minyak kat malaysia nie adalah KERAJAAN, bknnye PETRONAS. Fyi, gaji PETRONAS adalah yg terendah dlm industri O&G... Pasal campur tangan kerajaan dlm PETRONAS, blh rujuk:
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/36344-the-petronas-poltergeist
Buang UMNO selamat MALAYSIA..Sudah tak payah bergaduh..
ReplyDeleteRON97 mmg baik tuk enjin dan menjimatkan penggunaan minyak...aku xdela wat kajian..tp ble pkai RON97 asa lmbt jew abis..sbb aku pkai ninja 250cc ble dr ipoh-kl sekali isi ja pkai RON97..tp klu RON95 2x isi...full tank..huhu..membe pun da saran pkai RON97 klu nak jalan jauh...entah nape..mungkin kualiti minyak..
ReplyDeleteron95-bnyk kotoran,pembakaran kurang sempurna
ReplyDeleteron97-kurang kotoran,pembakaran hampir sempurna
negara euro ron105 kot..tapi tinggi kualiti la dr kita ni negara pengeluar..nak guna ron95/ron97 terserah...
aku guna ron97 utk honda city idsi...pecutan best,penjimatan mmg la sbb honda idsi..aku x beli minyak petronas sbb aku sayangkan negara aku...korang keluarla dr comfort zone korang...luaskan fikiran..bnyk tgk kejayaan org lain,jgn terlalu 'bersyukur' dgn pemberian yg tak sberapa kerajaan,kerana kita mampu pergi jauh lagi dr hari ini...x payah buat kajian utk jadi rakyat yg bijak..kita mmg rakyat yg cukup makan saje...gaji 1k,10k,100k ke...semua ada hutang...org gaji besar kete nye besarla...tapi cukup makan sbb x suka keluar zakat..jadi rezeki x berkat...wassalam..
apa kata pru 13 kita skong pmbangkang apa dorg nak wat..klu dorg pun cam bn pru 14 kt sokong bn blik..
ReplyDelete"minyak ron95 tu hanya gula-gula utk rakyat malaysia. Kalau harga minyak dunia naik, adalah mustahil harga ron95 tak naik. Tapi di sini, yg dinaikkan cuma ron97 manakala ron95 dijadikan gula-gula utk menunjukkan sifat prihatin mereka. Sepatutnya dilenyapkan saja ron95 tu, serap semua subsidi ron95 masuk dalam ron97..berapa agaknya harga minyak kala itu?"
ReplyDeleteSAYA BERSETUJU DGN CADANGAN NI...MANSUHKAN PENJUALAN RON 95 DI MSIA DAN SERAPKAN SEMUA SUBSIDI TU KPD RON 97. . .
xbole gak..nt lg byk la kes sludup myk.sbb tu keta luar xle bli ron95.subsidi bg kt rkyat ja
ReplyDeletebanyak tol orang yg masih bodoh rupanya.
ReplyDeletekomplen tu hak masing2. kita ader hak nk komplen. negara demokrasi ni. ko nak duduk diam2 kalau orang pijak kepala ke? serupa macam anjing? anjing tak lawan tuan dier yg bagi dier makan. sori la, aku rasa masih ramai yg tak ingin jadi anjing.
pegila ikut cakap tuan ko tu. "Ubah gaya hidup, Ubah gaya hidup".
WTF? macam ditaktor.
ko ingat itu kerajaan bodoh ke. da 50++ lebih dia meniaga dgn rakyat. kalau dier suh ko pakai ron95, msti ader sebab. sebabnye aper? sebabnya mau untung lah. kita negara kapitalis. keuntungan mesti jadi priority. kita negara pengeluar minyak. patut minyak kita murah. jgn banding dgn singapore. jangn banding dgn indon. indon minyak mahal makan murah nak mampos. singapore gaji tinggi.
aku rindukan ron97 rm1.34sen seliter. time tu kete aku rm10 boleh pegi 100km.
weh yang pencacai tu memang dasar pencacai..buka mata,buka hati,buka minda..ron95 telah menyebabkan kereta kancil 850EX aku rosak..sebelum tu aku pakai ron97 elok saje..bila aku change to ron95 due to price increasing (aku student,jd x de duit nk beli ron97), aku switch to ron95 and poof,,kereta aku rosak.KERAP kali..
ReplyDeleteNegara maju semua pakai RON kurang2 99 ke atas. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak masih pakai ron 97. kenapa tak naikkan nilai RON? sbb kalau naiikan nilai RON, sikitle untung dapat.. Kesimpulannye, RON lagi tinggi, lagi elok untuk enjin dan alam sekitar, ini tak dapat dinafikan.
ReplyDeletelawak je tengok iklan petronas cakap RON 95 is better !!
cuma nak share pendapat,
ReplyDelete1. jgn selalu bertukar minyak, baik dr grade dan jenama. lagi2 kalo keta tua (4 tahu ke atas).
2. Selalu la menservis kereta. sebaiknya di buat oleh dealer anda. ok juga kalo anda mahu mengguna mekanik2 yg kurang diiktiraf kerana ingin menjimat tp bawa la spare part anda sendiri. di ingatkan, ikut la arahan pengluar semasa memilih spare part dan minyak pelincir.
3. semasa mensrvis, kdang kala dah sampai masa menukar "fuel filter", jgn malas tukar. fungsi nya untuk menapis kotoran dan air dalam minyak. ini kerana tahap sulfur dalam minyak di malaysia sgt tinggi. jika sulfur ini bercampur dengan air, ia akan terbentuk menjadi asid sulfurik. asid in sgt bahaya untuk cast iron iaitu enjin. ia akan menyebabkan karat. dan seterus nya akan menjejaskan enjin. lalu kena la overhaul...
Bodoh la lu semua, Lu paham maksud RON tk bro? Research octane number...RON95 dgn RON97 ape beza? Octane95 dgn Octane97 mane lebih pekat? Mane lebih byk Carbon? Utk pengetahuan org yg tak belajar kimia...Lg banyak karbon pembakaran lg lengkap n power... So tk boleh la nk kata RON95 tu lg bagus dari RON97, dah sah RON97 tu power,... Sape pernah pakai RON99? Mesti geng2 bodoh ttktau.... Pernah dengar V-power? Shell la...Pernah pakai? Cuba try...
ReplyDeletekeh keh keh...keta wira aku taun 93 pun pakai ron 97...bukan la aku duit byk tp aku rasa hangpa pikiaq la sediri ya...sat g kata gomen tipu depa marah la pulak.
ReplyDeleteaku pakai proton saga 1.5. kete aku lebih smooth pakai ron97@shell. kalau pakai ron95@shell, rase macam ad orang tgh asah pisau je kt dlm enjin aku! and aku dapat lebih kilometer gune ron97@shell berbanding ron95@shell. just nak share dgn korang. and ape2pun aku tetap gune ron97 walaupun naik harga. aku nak benti rokok neh! meh meh join bole saving baaaaaaaaanyak sen!
ReplyDeletekalau kerajaan baguih, tentu dah dia utamakan rakyat. minyak bagus dia angkat bg mahal sbb dia tahu ada demand yg tgi disitu. minyak murah byk masalah. dia sua ke hidung rakyat. dan tipu rakyat kununnya mereka sgt memahami. ptuiiihhhhhhh
ReplyDeleteaku ni jenis org yang campur orang2 politik yg bergelar ketua cawangan hingga ke jawatan menteri.aku dapati rata2 dari mereka guna ron 97, bukan sebab mereka banyak duit tapi.....lu pikir la sendiri.mereka kata , ikut saja apa kerajaan kata tapi jgn ikut apa yang mereka buat.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteaku tengok bangsa melayu ni banyak yang dah kayukan otaknya. aku yang post RON97 vs RON95 kat forum cg. jangan kira nak komplen, tapi akal kosong. tak pernah share apa2 pun, sumbangan untuk bangsa pun tak pernah, yang ada caci maki dan sumpah seranah. kalau macam ni la, tak mustahil dalam beberapa tahun lagi kita mengemis kat tanah sendiri.
ps: ada akal guna.
kalau masih lagi tak puas hati, buat data sendiri. kalau berani sangat, mai jumpa aku. aku duk penang, kita bet sama ada RON mana yang lebih bagus atau anda seorang moRON.
Zaman Sahabat2 Rasulullah dulu, semua orang takut nak jd pemerintah sebab takut xdpt nak jalankan tugas dgn baik..Yang dah jadi pemerintah pulak, takut nak ada harta sikit pun sbb takut ada lg rakyat yg xdpt makan. Zaman skarang terbalik.. Zaman Sahabat2 Rasulullah dulu, pemerintah sanggup xmakan asalkan rakyat2 xde yg kebulur. Zaman Sahabat2 Rasullullah dulu, berebut2 rakyat nak bagi harta kat pemerintah tp xde satu pun sahabat2 Rasulullah yg jd pemerintah nak ambil.. Semua di bagi kepada rakyat..Zaman skarang terbalik..Dulu masa Malaysia xde mesin korek nak gali minyak, semua rakyat bagi sorg sket duit utk beli mesin korek tu..tp bila Malaysia dah banyak mesin korek, dah banyak buat income, semua rakyat tetap kene bagi lebih kat Malaysia utk pakai hasil galian.. Bisnes mcm tu mmg compem kaya punye..Capital ramai2... dapat untung, kongsi sket je org..
ReplyDeletekebodohan & kemiskinan jadi senjata politik paling berkesan. tu yang BN DOK PRAKTIK SKANG NI. bg yang malas berfikir asyik angguk je apa kjaan ckap, xnak wat kajian pun. sb tu DLM PRU BN menang besar kat kwasan pendalaman je..RAKYAT DIDAHULUKAN (JADI MANGSA KELENTONG) PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (NAK COVER DUIT RAKYAT YANG TELAH BANYAK DIBAZIRKAN)..akhirnya rakyat gak yang kena bayar buakan kerajaan yang dipilih rakyat menambahkan kemakmuran rakyat..1MALAYSIA hahahaa..lawak
ReplyDeletePaling elok, hapuskan RON95,dan subsidi dipindahkan sepenuhnye ke RON97.. lagi bagus untuk rakyat malaysia...
ReplyDeleteaku nak nyampuk gak la.
ReplyDeleteaku cuma nak kata BN tu lain, kerajaan tu lain. tak sama langsung.
takyah la guna term kerajaan BN ke ape ke.. BN tu cuma pemegang majoriti je. bila ada majoriti, ramai la org dia kat dalam tu.
klu kerajaan tu kerajaan BN, aku tak rasa dia akan bagi orang PAS masuk spital kerajaan. takkan bagi org DAP masuk skolah kerajaan. korang yang kat atas ni beranak kat mana dulu? spital swasta?
Perhatian!
ReplyDeleteKapal selam ke mongolia akan berlepas 5 menit lg. Tiket-tiket dijual pada harga subsidi ron95. Sape2 yang yang nk ke mongolia blh beli tiket sekarang. pemandu kapal selam kita hari ini ialah KJ (kapal jamaludin). cepat-cepat, beli sekarang!
-Pemilik kapal selam merangkap menteri kewangan mongolia
adakah minyak ron95 naik lagi dlm masa terdekat nie??
ReplyDeleteIt should be noted that each of petrol sold by Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex and Mobil is not the same. Each company has its own ingredients to enhance the ability of the quality of petrol respectively.
ReplyDeleteIs petrol RON95 low quality? This is the wrong opinion. RON associated with a mixture of two basic elements, namely gasoline and pentana his capacity to complete the fuel of petrol.
RON95 means 95 percent is gasoline and the remaining contents pentana. Similarly, the RON97 which is only three percent pentana and the rest gasoline.
Instead, if you created the engine to burn the RON97, RON95 is not sufficient because the piston will have trouble knocking (knocking).
This is because the engine cylinders with burning petrol to move the gas. Essentially, the engine that was created for RON95 combustion chamber is capable of burning a total of 95 percent gasoline.
Please note that the nature of gasoline is its ability to withstand pressure in the combustion chamber. So, with engines designed to burn 95 percent gasoline, enough of our use of petrol RON95.
However, if the engine is designed to pressure 97 percent gasoline, then use RON95 not appropriate. Gasoline has the ability to develop pressure well, but not pentana. Pentana will only delay the process of reciprocal and where problems occur knocking.
Claimants say the higher the RON is able to produce better and more powerful engine that is not true. Petrol is a good fit with the petrol RON required by the engine.
Read more: http://wiki.answers.com/Q/Difference_between_RON_95_and_RON_97#ixzz1BMpToJaR
aku jln2 bandar ni gune ron95 je.. kalau nak balik kampong or jalan jauh je pakai ron97
ReplyDeletesebabnye byk excident skrg kenderaan terbakar lebih2 lg bile ron95 dperkenalkan.. mmg xtau betul ke x ron95 penyebabnye cume berhati2 sendri.. ade duit lebih pakai la ron97 sebab keta x laggy.. enjin smooth je dan yg penting lebih sket environmental frendly berbanding ron95 coz pembakaran sempurna.. aku rase tiap2 bulan je ron 97 nek.aku da la tiap2 bulan balik kampong sebab sementara org tua ni masih ade kite jengok2 la. aku rase najib nak naikkan arge minyak smpai same ngan paklah dlu rm2.90 kot tp jgn la tol naik skali kalau x mau aku xbalik langsung jengok parent..
patutla aku dulu masa pg keje naik motot jaguh, isi minyak ron 97, rm23 full boleh pg 350km plg max.. la ni aku buat kira2 rm 10 = 170km camtula.... tp bila aku guna ron95 dia jd cmni... rm10 = 110 km plg max... berapa banyak aku rugi... aku igt moto aku da kaut makan minyak....
ReplyDeleteOh my goodness! Amazing article dude! Thank you so much, However I
ReplyDeleteam going through problems with your RSS. I don't know why I am unable to join it. Is there anybody getting similar RSS problems? Anyone who knows the answer will you kindly respond? Thanks!!
Also visit my webpage - how to get your ex back
Post a Comment