Thursday

Shamrin Fotograf meninggal dunia mengejut



ReJaM© baru sahaja terdengar berita tentang Shamrin penyanyi kumpulan Fotograf meninggal dunia yang meninggal dunia secara mengejut di siaran radio Music FM sewaktu bermain bola sepak di Petaling Jaya. Search di Google, berita tersebut disahkan di portal mStar. Berikut laporan yang diambil dari portal mStar tersebut. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

ReJaM© "Al-Fatihah..."

5 comments

walaupun sy tidak terlalu mengenali allahyarham tp sy ucapkan takziah kepada keluarny...

Kcik/Takziah buat keluarga beliau,moga ditempatkn di klangan org beriman

Takziah kepada keluarga Allahyarham...Lagu-lagu Allahyarham tetap menjadi siulan sepanjang masa...

alfatihah! info tentang kematian ketika bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

tkejut...ptg kmarin bru je lpas nyanyi lg di alam fana cinta..dgr2 brita,beliau dh xde...al-fatihah..


EmoticonEmoticon