Syarikat Malaysia terlibat dalam pendedahan Wikileaks

Laman sesawang Wikileak pada Ahad lalu mendedahkan bahawa dua syarikat di Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.

Perkara itu dikatakan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONESebelum ini, terdapat juga laporan yang memalit beberapa syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan badan dunia itu.

Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenal-pasti sebagai dalang berkenaan.

Senjata nuklear Iran

Entiti Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear Iran.

Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan sebagai 'rahsia', kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.

NONEGiroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

an awesome picture of a china navy frigate launching multiple response missileMenurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Entiti itu termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah “syarikat hadapan” untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi Industries.



Sumber: MK
ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan