Sunday

Syed Husin bakal chancellor UNISEL?


Kerajaan Selangor diminta mempertimbangkan supaya kekosongan kerusi chancellor Universiti Industri Selangor (Unisel) diisi oleh timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali (gambar) yang akan bersara daripada jawatannya.

Bercakap dalam Kongres PKR, calon Srikandi Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri.

"Apa nama first lady (wanita pertama) itu? (Hadirin menjawab: Rosmah!) Eloklah Rosmah letak jawatan," katanya dengan nada sinis.

"Kita ada calon yang lebih baik daripadanya, iaitu Dr Syed Husin yang boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel supaya beliau menggantikan Rosmah.

Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu.

Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan yang bangun memberikan tepukan gemuruh.

Sementara itu, Khalid dilihat hanya tersenyum mendengarnya manakala Dr Syed Husin pula hanya menggelengkan kepala di atas pentas.

Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Unisel merupakan institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor.


Sumber: Malaysiakini
ReJaM© "Elok sangatlah tu..."

2 comments

musykil betul aku...
macam mana rosmah tu boleh dapat position tu
pandai ke dia?

rosmah patut jadi canselor universiti hospital...boleh berubat kan.


EmoticonEmoticon