Monday

Teka teki Veteran UMNO keluar parti terjawab



Sejak dari awal bahang kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas sudah kedengaran desas desus kemungkinan besar seorang veteran UMNO yang sudah menulis sepucuk surat untuk keluar dari UMNO pada 1 November (hari ini). Pelbagai spekulasi didengar dari blogger-blogger yang cuba mengagak veteran UMNO berpengaruh yang dikatakan ingin keluar dari UMNO itu. Sehinggakan ada yang membuat spekulasi kononnya Tengku Razaleigh Hamzah adalah veteran UMNO tersebut.

Apapun teka teki itu akhirnya terjawab apabila veteran UMNO Kelantan Soberi Shafii mengumumkan kepada media tentang tindakannya keluar dari parti UMNO hari ini. (Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi).

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

elepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.


ReJaM© "Eloklah keluar UMNO, lagi ramai lagi bagus..."


EmoticonEmoticon