Tembikar Cina terjual USD 70 juta

Sebuah tembikar (porselin) Qianlong yang ditemui di sebuah rumah di London telah terjual melebihi dari harga yang dijangkakan. Tembikar dengan warna kuning kebiruan (gambar) itu dikatakan bernilai £1.2 juta telah dijual dengan harga £43 juta iaitu kira-kira USD 70 juta.

Tembikar berkenaan diwarisi oleh sepasang adik beradik dan dipercayai telah dibawa dari Negara China sejak lebih 150 tahun yang lalu..

Pembeli tembikar berkenaan yang dipercayai berasal dari Tanah besar China, telah membayar £43 juta beserta tambahan £8.6 juta untuk bayaran juru lelong.



Tembikar berkenaan dipercayai telah dibawa dari Negara China pada tahun 1860 dan dipelihara oleh sebuah keluarga selama 70 tahun.[BBC]

ReJaM©: "Cuba check rumah korang mana tau ada terselit tembikar cina macam ni..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan