Friday

Tiada kes pembalakan haram di Selangor tahun ini


SHAH ALAM, Nov 12 - Jabatan Perhutanan Selangor telah mengambil pelbagai langkah penguatkuasaan, termasuk menyaman individu-individu terbabit di mahkamah sebagai usaha mencegah aktiviti pembalakan haram di hutan simpan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumbar Asli dan Keusahawanan Negeri, Yaacob Sapari, berkata jabatannya juga telah mengambil tindakan-tindakan lain seperti memusnahkan perkakas pembalakan dan penangkapan individu yang menceroboh hutan simpan secara haram.



"Tindakan ini termasuklah merampas jentera dan perkakas serta memusnahkan infrastruktur pertanian seperti mengembangbiakkan kolam-kolam, pen-pen atau reban" katanya sebagai jawapan balas kepada Lee Kim Sin (DAP-Kajang) di Dewan negeri di sini hari ini.

Berkenaan pembalakan haram, Yaacob berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan di bawah akta Perhutanan Negara 1984, yang melibatkan hukuman denda kepada pihak yang terlibat.

Tiada sebarang kes pembalakan haram direkodkan setakat ini di dalam tahun ini (2010) jika dibandingkan kepada 3 kes yang dilaporkan pada tahun 2009, tambahnya. Laporan Asal [Malaysiakini]


ReJaM© "Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor..."

2 comments

Sayangnya berita baik begini tidak sampai meluas kepada rakyat yg sedang dihipnotis oleh media penyebar fitnah kepada rakyat milik bn.

Unit2 Penerangan PR mesti bekerja keras menghadapi media perdana alat BN. Kerja baik yg dibuat akan tidak memberi kesan sebab dimanipulasi oleh media agen bn yg rakus dan penuh putar belit.

Setelah Suara Keadilan diharamkan, mereka bertubi2 menyerang PKR dan rakyat perlukan jawapan segera kepada setiap isu yg difitnahkan.

Tidak cukup dgn membuat kerja2 baik utk rakyat sahaja, tidak cukup dgn muhasabah diri mencari kelemahan sendiri sahaja. Kelemahan diri termasuk kelemahan dalam melawan media bn.

Penipuan dlm media memberi kesan kepada rakyat yg bergantung kepada maklumat media sahaja. Ia seperti main badminton. Setiap kali bola jatuh ke gelanggang sendiri, ia memberi mata kepada musuh. Setiap pukulan mesti dibalas dan kalau boleh di smash sekuat2nya....seperti smash yg dibuat oleh MB Kedah kepada wartawan dan pemimpin bn dlm isu bantuan banjir.

Jangan takut dituduh emosi. Emosi kita bertempat kerana kita tidak ada tempat dlm media perdana.

Ayuuhh...PR gerakkan saluran media dlm apa cara sekali pun. Pasukan2 penjawab perlu ditubuhkan dlm setiap parti PR utk menangkis dgn segera dan berbisa setiap permainan musuh.

Sekian.


EmoticonEmoticon