Tuan Guru Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal

LOJING,2 Nov - "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.


Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.

Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi.




Di bawah ini pula Tuan Guru Nik Aziz memberikan wang zakat kepada muallaf yang baru memeluk agama Islam berikutan mereka ini sudah jatuh kepada anaf yang layak untuk menerima duit kutipan zakat. Alhamdulillah rezeki saudara baru.



ReJaM© "Inilah Tuan Guru Nik Aziz. Sambil menyelam minum air... Sambil kempen sambil berdakwah"

12 Comments

  1. Allahuakbar. bgus tuan guru.
    insyaallah,bukan senang nak cari yang sehebat tuan guru kita. ada ke menteri2 besar yang lain yang boleh pimpin orang masuk islam.. smoga kita trus di bawah pimpinan islam selamanya..

    ReplyDelete
  2. zairi : alhamdulilah.

    ReplyDelete
  3. asiah:alhamdulillah.inilah contoh pemimpin negara yang bagus.mengajak ke arah islam.bukan menjahanamkan islam.

    ReplyDelete
  4. Hadiah paling istimewa apabila diislamkan oleh TGNA. Jangan pula umngok kata itu pun rasuah politik pula.

    ReplyDelete
  5. duit zakat buat muallaf dianggap RASUAH PILIHANRAYA oleh puak BN. mcm haram jadah...

    ReplyDelete
  6. ni la manusia..
    duit zakat utk muallaf dikatakan sbg duit rasuah pilihanraya..

    ReplyDelete
  7. ni la org ble dh glbh..mle nk tduh xtntu psl... k'beaikn org pom d'ptr belitkn... mnusia cmnie mmg xleh tgk org sng... yg dye dk bg duit hrm kt org 2 xpe lk..ni org nk bg duit zkt tuk muallf pom d'slh fhmkn..ni la org yg cetek nye agma..ni ke pmimpin islm...HARAM JADAH TOL111

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah melindungi ulama2 yang menyebarluaskan Islam di muka bumi ini.... ALLAHUAKBAR!!!

    ReplyDelete
  9. hm,depa ckp mcm 2,sbb depa biase buat kot? Ups! Hehe

    bile tfikir kdg2 rase sdh sgt,kian hari,usia tuan guru makin meningkat,smga allah mmbrikn kshatan tuan guru n mngurniakn bliyaw umo y pnjg..sbb,kami msh memrlukn tuan guru..bg lelaki2,jadikn lah t.g sbgi teladan,blajar lah dr t.g supya kte dpt mgekalkn kharmonian ni..

    ReplyDelete
  10. dunia di akhir zaman.....byk fitnah y akn timbul....bg org2 pas truskan prjuangan yng murni ini...

    Org2 UMNGOK ni buta ilmu..xtau nk beza zakat ngan rsuah........bdoh tol la..........takbir

    ReplyDelete
  11. allahuakbar!!
    suatu hari nanti akan bercahaya sinar kebenaran..kita semua hanya mampu bersabar dengan ujian ini..
    hukum hudud akan menjadi hukum yang sebenar suatu hari nanti...
    percayalah wahai umat islam..
    semoga ALLAH SWT mmberi kekuatan kepada tok guru mmperjuangkan agama islam yang sebenar2nya..amin.
    anak muda terengganu..---fisabilillah---TAKBIR,TAKBIR,TAKBIR!!!!

    ReplyDelete
  12. kan bagus dy jd PM,suma dlam satu.
    dy pmimpin,dy lah imam,dy yang yg bg ceramah agama,
    dy beri kutbah....slamat malaysia insyallah.

    cukuplah PM skung,dngn duit ekonomi yang pasti HARAM
    cukai arak cukai judi dorang pisahkan x??
    smpai kat sape??kite,family kite anak2 kite...
    mcm mane kami nk brhadapan dngan ALLAH kelak diakhirat..
    ya allah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan