Monday

UKM dan Lawak bodoh AUKU


Dua minggu lepas, satu kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa-Mahasiswa Sedar (KEMAS) telah mendedahkan penglibatan mahasiswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Perhimpunan AgongUnited Malays National Organisation yang berlangsung baru-baru ini. Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai pihak dan ada juga yang berasa amat hairan, mengapa Universiti boleh membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation, sedangkan mahasiswa yang ke PRK Hulu Selangor untuk sekadar memerhati, ditangkap polis, didakwa dalam Mahkamah Universiti, dan dilucutkan anugerah dekan.


Suatu tindakan yang bukan setakat bodoh, tetapi juga dengan jelasnya menunjukkan betapa zalim dan tidak adilnya kerajaan kita. Apa yang lebih berbahaya adalah pihak pentadbiran universiti. UKM langsung tidak menghargai penuntutnya yang kritikal dan proaktif, sebaliknya mendakwa mereka menyokong pihak parti pembangkang semata-mata kerana memiliki risalah kempen pilihan raya mereka. Barangkali UKM universiti pertama di dunia yang berhasrat merosakkan masa depan penuntutnya yang proaktif dan kritikal.

Mungkin agak kurang ajar - tetapi jikalau dilihat dari segi kelayakan mereka, malah dari segi obligasi moral - istilah "bodoh" memang sesuai digunakan terhadap institusi yang diberikan amanah untuk mendidik dan membentuk minda-minda hebat dalam negara ini. Malangnya, institusi ini menjadi tukang turut parti pemerintah untuk menyebarkan kebodohan dengan menghalang pelajarnya daripada menjadi kritikal terhadap kerajaan. Universiti ini bukan sekadar mengkhianati pelajar-pelajarnya, tetapi turut mengkhianati negara dengan berlaku tidak adil terhadap bakat-bakat pimpinan masa hadapan.


Sudah jelas di sini, Universiti bukannya berniat untuk menghalang mahasiswa berpolitik supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, ini sememangnya alasan lapok United Malays National Organisation untuk menipu rakyat. Nampaknya Universiti hanya berniat untuk menjahanamkan masa depan pelajar-pelajarnya yang cenderung menyokong parti pembangkang, supaya menjadi "pengajaran" kepada mana-mana pelajarnya yang berani bercakap benar mengkritik kezaliman pihak pemerintah.


Tetapi, jika mahu menyokong United Malays National Organisation, Prof Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin tanpa segan silu sanggup membenarkan mahasiswanya "yang tidak cukup matang untuk berpolitik", "yang dibimbangi mudah terpengaruh", untuk menyertai Perhimpunan Agong United Malays National Organisation.


Kami tertanya-tanya, tidakkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM berasa malu dengan apa yang dilakukannya? Tidak mampukah seorang akademik seperti beliau memikirkan kesan tindakannya membenarkan pendakwaan terhadap masa depan pelajar-pelajarnya itu? Mengapa beliau tanpa sebarang rasa malu, setelah begitu tegas menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik, membenarkan pihak Universiti sendiri terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation?


Sanggup Universiti ini memusnahkan masa depan pelajarnya sendiri hanya kerana perbezaan politik. Mungkin perlu dijelaskan kepada pihak pentadbiran universiti, bahawasanya parti pembangkang bukanlah musuh Negara, mereka CUMA sekumpulan warganegara yang mempunyai idea pentadbiran yang alternatif. Mereka adalah bukti kepada amalan demokrasi Negara kita yang bergantung kepada sistem "check and balance" untuk memastikan pihak kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa mereka.


Ini adalah satu mekanisme yang sangat penting kepada sistem demokrasi yang mana tanpanya negara boleh menjadi fasis dan menindas rakyatnya sendiri. Jika pihak universiti sendiri tidak memahami sains politik mudah ini, maka kami khuatir masa depan negara adalah terancam.


Nampaknya pihak pemerintah, mahupun institusi akademik negara, tidak memikirkan kebaikan rakyat. Mungkinkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin juga seorang lagi kroni? Sekiranya tohmahan sedemikian benar, ramai akan berasa sedih dengan kerajaan yang hanya pedulikan pegangan kuasanya sahaja tanpa memikirkan rakyat, sehinggakan minda-minda cerdik pandai negara pun ditindas tanpa belas kasihan.


Cuba bayangkan perasaan ibu-bapa dan keluarga UKM4. Hanya kerana tidak menyokong United Malays National Organisation, Universiti bertindak mendakwa mereka, dan menarik balik anugerah dekan. Pada persepsi umum UKM sedang cuba menanam semangat kronisme, nepotisme, dan korupsi di kalangan pelajar-pelajarnya. Beginikah kelakuan institusi suci yang dipanggil menara gading?


Jelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation itu tidak akan diambil apa-apa tindakan. Sudah tidak perlu berlagak neutral lagi, orang ramai sudah tahu betapa jijiknya pihak pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekalipun mahu mengampu parti pemerintah janganlah dengan mengorbankan masa depan orang muda yang berani dan sayangkan negara.


Sekiranya Universiti Wawasan milik Parti erakan Rakyat Malaysia, UKM dengan terang-terangnya tali barut United Malays National Organisation, dan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya lawak bodoh untuk memperbodohkan pelajar-pelajar kita.



ReJaM©

1 comments so far


EmoticonEmoticon