Thursday

Al - Quran ditulis gunakan darah Saddam



BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

Laporan asal: Guardian UK


ReJaM©

3 comments

Yg mesti perlu diingat dan diperjelaskan kepada rakyat ialah tentang pemimpin yang menghisap darah rakyat utk membuncitkan diri, keluarga dan suku sakat mereka.

Mereka sekongkol dgn APCO yang menjadi suku sakat kepada syaitan zionis dan israel yg menumpahkan byk darah dan menghisap darah umat islam palestin dan seluruh dunia.

Tidak ada muzium yang boleh menyimpan kesan2 darah rakyat yang dihisab melainkan dengan menjatuhkan penghisap2 darah rakyat pada PRU akan datang. Penghisap2 darah rakyat yang patut disimpan dalam muzium perang rakyat utk ingatan generasi akan datang.

namun bagi aku amerika bukan lah orang yang berhak menghukum saddam hussin kerana kejatuhan walau seorang umat muhammad adalh kebanggaan mereka...

sokong jaka. mereka patut diawit dan diletak dlm muzium utk pengenalan sejarah bangsat kpd anak bangsa


EmoticonEmoticon