Anwar dan Nik Aziz sambut seruan Satu Malaysia!

Sebelum ini keluar laporan berita di Malaysiakini tentang Anwar Ibrahim akan melantik bukan Melayu iaitu Lim Kit Siang menjadi TPM sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Kenyataan itu kemudiannya disambut baik oleh Mursydul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz sebagai bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk memberikan jawatan TPM kepada DAP sekiranya berjaya menawan Malaysia.


Ramai pihak yang menentang kenyataan itu, tidak perlulah dinyatakan di sini kerana anda boleh lihat sendiri di dada-dada akhbar memandangkan isu ini dijangkakan akan menjadi isu hangat untuk melariskan media-media arus perdana.

Namun kalau difikirkan dari satu sudut, ini merupakan satu lagi kejayaan Dato Seri Najib Tun Razak di dalam kempen Satu Malaysia yang dicanangkan selama ini. Ini kerana jelas sekali kedua-dua tokoh terkuat di dalam pakatan pembangkang Malaysia menyambut baik kempen satu Malaysia yang menolak sebarang prejudis terhadap bangsa.

Najib bersusah payah menjalankan kempen Satu Malaysia, sekiranya rakyat menyambut baik kempen itu, bukankah satu kelegaan dan menunjukkan usaha kerajaan selama ini berjaya? Perlu diingat walaupun Anwar Ibrahim dan Nik Aziz merupakan orang kuat pembangkang, namun mereka juga rakyat Malaysia. Sekiranya mereka bukan rakyat Malaysia, masakan boleh menjadi pemimpin pembangkang Malaysia?

Dengan sambutan baik pemimpin pembangkang ini, Najib seharusnya berbangga bukan sahaja kempennya berjaya menarik pemimpin Pakatan Pembangkang, malah mereka turut mempromosikan konsep itu kepada penyokong-penyokong pembangkang yang lain. Kalau pemimpin boleh terima apa lagi penyokong, terutama penyokong fanatik.

Sejak dari Merdeka lagi usaha menerapkan perpaduan tidak pernah lekang dalam rencana kerajaan setiap tahun. Lihat sahajalah dalam setiap kali rancangan Malaysia, dari rancangan Malaysia pertama sehinggalah yang ke sepuluh, kempen perpaduan telah menjadi keutamaan kerajaan. Kini konsep itu mulai diterima secara lebih jelas.





ReJaM© "Penyokong Najib sepatutnya turut berbangga!"

9 Comments

  1. Pemimpin pembangkang dah ok, boleh lakukan salah satu prinsip satu Malaysia, Tapi najib yang sengal tak habis2 dengan ketuanan melayunya! Cakap tak serupa bikin, dia buat konsep die pening kepala kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. kit siang...ko jgn la pecaye kata2 anwar tu...nanti si azmin tu nak letak kat mana...

    ReplyDelete
  3. boleh dapat ker pakatan rakyat merintah malaysia.. hahaha.. "mimpi di siang hariiiiiiii" hah hah hah.. (gelak menghina)

    ReplyDelete
  4. bodoh pnye AL JUBURI.....same je ngan bininye.....patut x layak dok malaysia......MELAYU tp bangang......!!!

    ReplyDelete
  5. sape la yg dok pecaye cite tahyul nih. BN xde keje laen ke dari wat cerita merapu nih.

    ReplyDelete
  6. apalah punya ngoknya penulis ni..typical pr yg keja nak pusingkan fact walaupun dia tahu apa hal yg sebenarnya..

    ReplyDelete
  7. makilah..gelaklah menghina berdekah-dekah..fitnahlah lagi byk2..nilah akibat lama sgt diperintah 'B'a'N'gang'

    ReplyDelete
  8. kiki lala

    PR mmrintah..taik2 umngok ni nti la jd lembu..
    hahahha...

    ReplyDelete
  9. dahagakan keadilan9 February 2011 at 19:21

    kalo kit siang malam tu jd TPM ,akan hilanglah hak istimewa kte sbg org melayu..dia akan pentingkan bangsa cina semata-mata..and dia akan ubah malaysia ni jd cm hong kong..kalo x caye tgk lah keadaan kt penang skrg..sy x sggup naseb melayu diperjudikan sebegini semata-mata sbb politik kotor ni..for ur info, sy ni pnyokong parti yg m'perjuangkan islam dan keadilan..bkn DAP ok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan