Azmin Ali jadi Menteri Besar Selangor 15 Januari 2011

Seorang bakal calon bebas pilihanraya Umum ke 13 tahun 2011 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2011, memberikan maklumat kepada MiLo SuaM tentang desas desus perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang akan dilakukan pada 15 Januari 2011 ini menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Setakat ini ReJaM© tidak dapat mengesahkan maklumat ini meskipun ia dikatakan oleh bakal calon yang akan bertanding dengan tiket bebas pada PRU 13.

Apa pun satu lagi maklumat yang diperolehi ialah, Barisan Nasional yang kurang berkeyakinan untuk merampas Negeri Selangor pada Pilihanraya akan datang, akan menggunakan kira-kira 45 NGO untuk bertanding bagi tiket bebas di Negeri Selangor di dalam strategi mereka untuk merampas negeri yang telah berjaya ditakluk oleh Pakatan Rakyat itu. Calon - calon bebas ini akan digunakan untuk mengganggu undi dan bagi calon-calon bebas yang menang, bakal diarah untuk melompat menjadi katak seperti bapak katak si Ibrahim Ali apabila diperlukan bagi memberikan kemenangan BN di Selangor.

Bukti kewujudan katak-katak belaan Barisan Nasional ini, kini sudah berada di dalam tangan ReJaM©, hanya menunggu masa yang sesuai untuk disiarkan di Blog MiLo SuaM. Peluru emas ini akan ReJaM© gunakan untuk menembak jerung raksasa! Nantikan pendedahan pada saat yang sesuai. Pada saat itu kita akan lihat bagaimana blogger-blogger UMNGOK bagai cacing kepanasan untuk menutup bangkai gajah dengan tudung saji "made in China".


ReJaM© "Bagi hint dulu... agar mereka menyediakan payung sebelum hujan"

10 Comments

  1. Alamat buruk bagi PR di Selangor kalau Azmin jadi MB. Saya harap PAS mengorak langkah dalam PRU13 supaya biar calon ADUN di Selangor majoriti dari PAS manakala MP dari PR

    ReplyDelete
  2. saya juga harap PAS mengambil alih kepimpinan negara dalam tempoh sedekad ini. semoga dlm pru13 nanti, lebih banyak melayu kembali ke ajaran islam dan merujuk al quran dan sunnah sebagai panduan hidup seharian

    ReplyDelete
  3. pegi mampos dengan PAS

    ReplyDelete
  4. rejam2~~ cakap la macam mane pown~~ banggalah dengan apa sahaja bukti yang kamu ada, banggalah kamu dapat memalukan orang yang kamu tidak suka, banggalah kamu dengan kekalahan orang yang kamu terima, banggalah kamu dengan kesesatan saudara2 kamu dengan bukti yang kamu ada, banggalah kamu dapat melaga-lagakan antara umat islam, itu yang kita mahu?

    ReplyDelete
  5. pemikir[x]jauh, kamu nak kata apa?
    Adakah dengan alasan jangan melaga-lagakan umat Islam
    mengikut pandangan kamu, maka saya tidak boleh mendedahkan
    taktik penipuan BN yang bakal mencabul perjalanan demokrasi
    di Selangor?
    Inikah cara kamu? atas nama jgn melagakan-lagakan umat Islam
    maka pemimpin boleh buat apa sahaja sesuka hati mereka?
    Macam bangang!

    ReplyDelete
  6. hidup rejam..teruskn usahamu...
    depa kecil2 mak x kasi mkn scott elmusion tu pasai xleh nak berfikir...

    ReplyDelete
  7. pelik aku..kalo kutuk PR aku x pelik.lg peliknya,nk bela UMNO yg dh jelas2 tolak islam..mmg la PAS x perfect,tp at least drg x tolak islam.org2 UMNO,tlg la nilai dgn hati...antara bangsa dgn agama mane yg lebih utama.

    ReplyDelete
  8. huh? xmau BN.n definitely xmau azmin ali jd MB..
    2x5 dgn org UMNO.

    ReplyDelete
  9. sokong rejam@.. jgn layan pemikir[x]jauh tu..dia memang balaci UMNGOk, teruskan usaha mu..dedahkan kejahatan pemimpin BN.. kami sentiasa sokong

    -pemikir jauh-

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya saya amat sokong jika MB dari parti PAS. Sekarang agama sudah jauh dipisahkan dari kehidupan kita. Biarlah pemimpim yang kita pilih boleh menjadi contoh agama dan moral kepada masyarakat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan