Bahan api naik, maka tarif elektrik pun naik



Menurut laporan berita dari Agensi Berita Kebangsaan BERNAMA, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini mengatakan bahawa tarif harga elektrik akan dinaikkan berikutan kenaikan harga bahan api. Maka di sini jelas, bukan kerajaan suka-suka nak naikkan harga elektrik tapi kerajaan terpaksa.




Harap semua rakyat paham dengan keadaan ini. Kerajaan bukan suka-suka nak naikkan tarif elektrik! Tapi harga elektrik naik disebabkan ada pihak yang telah menaikkan harga bahan api! Maka ini semua bukan salah kerajaan! Tapi yang salah adalah pihak yang menaikkan harga bahan api!

Zaman dulu bolehlah bagi elektrik murah-murah selonggok seringgit! Sekarang zaman dah berubah! Ekonomi negara semakin berkembang! Negara kita makin maju, maka harga elektrik tentulah seiring dengan peningkatan ekonomi Malaysia!

Apa pun rakyat kena ingat pakatan pembangkang tiada jasa di dalam memberikan bekalan elektrik kepada rakyat! Maka apa pun yang kerajaan buat adalah betul! Tiada yang tidak betul melainkan yang betul-betul sahaja!

Soalan: Siapa bagi elektrik?

Jawapan: "UMNO dan Barisan Nasional!"


ReJaM© "Undilah Barisan Nasional, Jangan perjudikan masa depan anda!"

29 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Azlyana anda kena tahu apa dia maksud Satira Politik! Baca dulu posting ini. Dan pahamkan maksud tersirat!

    ReplyDelete
  3. Artikel seperti ini dihasilkan untuk memecahkan fikiran penyokong tegar UMNO dan BN, supaya mereka sedar bagaimana minda mereka selama ini dikawal "mind control" oleh kerajaan tanpa mereka sedar! Kami bukan anti kerajaan, tapi kami anti pembodohan rakyat yang dilakukan oleh kerajaan!

    ReplyDelete
  4. issshh semak..lepas nie kerajaan kena buat rumah atau peralatan pakai bateri je la..

    ReplyDelete
  5. bila harga petrol sedunia turun, harga petrol & elektrik di Malaysia tak turun2 pulak...

    ReplyDelete
  6. politik belaka...

    ReplyDelete
  7. teruskan menyindir...teruskan bersatira...teruskan reverse psychology....biaq depa sedaq sket

    ReplyDelete
  8. i sokong...
    x kan harga brg semua turun..
    skrg dunia makin maju..
    x salah kerajaan naikkan harga brg,api,elitrik..
    kalau nak murah p dok hutan lah..
    semua free...
    nak dok bandar sedia bayar ini itu k..

    ReplyDelete
  9. Pihak yg naikkan harga bahan api yg salah?!
    Siapa yang naikkan harga bahan api?!!
    Itu dia Beruk Negara yang naikkan harga bahan api!

    good satira! Kah kah kah!

    ReplyDelete
  10. confious n curious9 December 2010 at 23:30

    kalu sokong pembangkang komfem ke harga minyak, letrek sume turun?
    kalu makin naik cmne eh???
    nak tggu next pru sokong bn blk ke?

    ReplyDelete
  11. Takpela, bila harga bahan api turun, TNB baru boleh buat untung. Ini asyik defisit aje. Bila bini aku nak dapat bonus? Kurang jelas siapa Beruk Negara.

    ReplyDelete
  12. pawaan: ko org kaya blh la ckp cmtu..org yg hidup kais pg mkn kais ptg mkn ptg ko sudi tlg ke?jwb jgn x jwb..

    confius n curious: aku dh x sanggup diperbodohkan oleh kerajaan..kalo ko snggup xpela.

    ReplyDelete
  13. curious n confious10 December 2010 at 00:11

    ak tkt diperbodoh dan diperkotak katikkan lg kalu brtkr kepada kerajaan baru nti...
    ade spe2 ble beri jaminan yg ternyata harga brg sume akan turun kalu kita kita tkr kerajaan sedia ada???
    silap2 politik makin x stabil sbb bn sllu buat hal mase 2...then mcm2 unexpected things ble jadi...
    wallahualam...

    ReplyDelete
  14. aritu aku pnah tanye psl barang smua dh naik tpi gaji xnaik2..pastu ade la mamat ni ckp kt aku cmni..(aku trus xckp pape sbb aku bkn pandai sgt..sesape ley tlg bidas blek mamat ni..tq)
    "anak aku dok asrama sekolah k'jaan bayar cuma rm30 sebulan.. bini aku bersalin hospital k'jaan rm180 sdgkan org indon bayar rm3700... sakit luar rm1 sekali rawatan + ubat... k'jaan mesia x guna ke klau kita dpt kemudahan mcm nih?"

    dia kate lg..
    "lu blaja cari duit lebih bro... naikkan ekonomi diri sendiri.. klau lu undi pembangkang sbb dia kata bleh solve problem harga naik, lu silap besar bro.."

    dan lagi..
    "lu jenis suka salahkan environment n org lain... lu mesti makan gaji punya orang... gaji lu mesti sikit... aku petik cili 5 kilo 1 ari pun bleh dapat 1 bulan RM1800. rm1800 bleh bayar installment kereta apa?"

    lagi..
    "last skali bro... lu dari kecik dok mesia mmg lu x terasa beruntung kot... lu cuba tanya student yg pernah blaja oversea cukup le.. berapa tution fee? berapa kene bayar klau cabut gigi? berapa kene bayar klau sakit masuk hospital? bil api? bil air? lu pikir le baik2.. gud luck!!"

    ReplyDelete
  15. CnC pilihan diatas tangan anda untuk memangkah mana(malaysia negara demokrasi)... kalau terus berpikirn camtuh... memang tak berubah selamanya.. dan akan terus diperbodohkan...

    paling tidak tidak pon aku duk selangor berpuluh tahun..dan semenjak pakatan perintah selangor.. aku tak pernah bayar bil air...free beb...bil aku -ve rm3.00 lagi~ :)

    ReplyDelete
  16. makan gaji : jawab kat die... kerajaan ngan party lain sehh.. kalau taknak bagi ape yang die dapat tuh... jangan memerintah... bagi orang lain... kene paham tanggungjawab sebagai "KERAJAAN MALAYSIA".... stetmen orang cetek akal aaa mamat tuh...

    ReplyDelete
  17. makan gaji : lagi satu.... die bingai ke ape? "student yang pergi oversea"? buat ape nak tanyer... tanyer laa warganegara sane yang belajaq kat sane.. ape yang mak bapak diowang dapat dari kerajaan yang memerintah kat sane...adehh laaa~~

    ReplyDelete
  18. confious n curious10 December 2010 at 01:45

    utk bertukar kerajaan bkn sesuatu perkara yg mudah dan dipandang enteng.
    ak msh kurg yakin dngn pakatan pembangkang yg kurg bersatu.lihat sje bgimane pas dan pengikutnya diperbodohkan di penang...di mana prinsip yg tok guru sllu pertahankan 2???

    tgk sje dkt selangor, sbaik pakatan pembangkang memerintah, ladang ternakan babi terbesar di sepang, ape yg pkr dan pas mampu buat.???sllu diperbengongkan oleh dap...

    pasal isu air yg rakyat selangor banggakan 2...knpe penang dan kedah x dpt buat perkara yg same?malahan syabas pun skrg tertekan dgn kerajaan negeri kerana terpaksa menanggung beban hutang...tnye sje pekerja2 mereka...

    x dnafikan skrg bn pun tidak perfect sprti yg rakyat harapkan.tp higga hari ini pakatan msh blm membuktikan mereka lbh baik drpd kerajaan masa kini...

    ReplyDelete
  19. http://www.facebook.com/rokokmoden#!/pages/Max-Power-Controller/108994032507000

    MAX FUEL CONTROLER
    Alat Teknologi Terkini Dari Jepun!
    *Barang Baru Jaminan Produk 1Tahun!
    *Harga RM99(Semenanjung)& RM109(Sbh/Sarawak)
    *Penghantaran Percuma Seluruh Malaysia!

    Kelebihan :
    *Menjimatkan Minyak Kenderaan Anda Sehingga 45%
    *Sesuai Untuk Semua Jenis Kenderaan Petrol Termasuk Berenjin DIESEL/TURBO/NA.
    *Menstabilkan Voltan
    *Sistem pencucuhan lebih berkuasa, menjadikan Engine lebih pick-up.
    *Lampu lebih terang
    *Melancarkan pertukaran gear
    *Sistem pembakaran pada engine lebih sempurna
    *Mengurangkan asap hitam
    *Memanjangkan Jangka Hayat Beteri & Pug
    *Mudah dipasang
    *TIDAK PERLUKAN PENJAGAAN!!!

    BERMINAT SILA HUBUNGI @ SMS
    H/P:0146081909 baha
    -------------------
    sila bank in ke ==
    Maybank
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 153083165687
    -----------------
    Bank Islam
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 03036020276621
    -----------------
    RHB Bank
    Account Name : Mohd Asri B Abd Rahim
    Account Number : 1-03011-0037135-4

    selepas bank in sila inform melalui email di gongbatu@gmail .com atau call ke 0146081909

    ReplyDelete
  20. to mkn gaji.mmg kerajaan byk menyediakn segala kemudahan..tp kita nk lebih drpd itu..bkn setakat dunia je..kita nk yg tadbir negara bia telus..bebas dan mengikut syariat.pendek kata dunia kita nak akhirat lg kita mau.semoga negara kita diberkati allah.

    ReplyDelete
  21. sokong confious n curious.

    Saya bersedia menukar kerajaan jika dapat menjamin masa depan yg cerah. Tapi adakah itu situasi yg berlaku sekarang?

    Tolonglah jangan berotak sempit. Kami yg tak suka pembangkang, sebenarnya nmpak juga kelemahan kerjaan sekarang spt anda. Tapi apa jaminan pembangkang sekarng lbih bagus? Tgk dulu tabur janji nak bagi air free, sekarang betul2 buat sebab nak amik hati rakyat, tapi tgk pulak bebanan hutang. Ape dah jadi? Sebab janji tak realistik kan? Ini baru perkata kecil. macamane nak solve masalah negara nanti?

    Cukup2 lah memperbodohkan orang lain. Tiap kali tak sependapat, dibodohkannya orang tu. Sikit2 bodoh. Sikit2 barua. Sempit betul otak. Betul2 cara berbicara dunia kelas ketiga. Entah latar belakang orang tu langsung tak tau, langsung dibodohkan. Kalau ada hujah yg kukuh, tak apa la jugak.

    Tukar baju bukanlah penyelesaian kepada hujan lebat yang melanda.

    ReplyDelete
  22. to command n conquer: ko jgn jadi bodo lah..ko ni da kene tipu dgn media umno..mane ko tw masa hadapan malaysia akan hancur klau pembangkang pegang..?? wei badigol,open minded la skit..cuba ko bace suratkhabar selain suratkhabar umno/bn plak..ko tw knapa pkr selangor xleh bg air free kat rakyat selangor?? sbb syabas tu dah sah2 syarikat swasta,bkn under pentadbiran negeri..klau kerajaan BN.UMNO buat slah besra bapak babi sekalipon,xkan kuar paper punye..tapi klau pembangkang wat silap bsar semut sume kecoh..pastu lahirla masyrakat berfikiran sempit mcm ko ni..dah sah2 kene tipu dgn puak 'ketuanan melayu' yg menindas melayu..

    ReplyDelete
  23. curious n confious10 December 2010 at 17:16

    Kepada Anonymous | December 9, 2010 11:36 PM,

    tiada fakta di atas mnytkn masa depan negara akan HANCUR klu pmbgkang pegang...tapi mereka masih belum mmbktikan kehebatan dan prinsip yg sllu diorg banggakan 2...belum perintah negara pun dah terumbang ambing dek ditiup angin sepoi2 bahasa...
    lagipun, boleh anda buktikan suratkhabar yang anda banggakan 2 100% betul kesahihannya???
    sy x nafikan media skrg byk yg putar belit baik yg pro bn atau pro pembangkang...asbab itu tolong temui sendiri org2 yg ditindas ni...
    tolonglah selami perasaan mangsa2 yang ditindas di selangor dan penang sini...
    jgn pulak hang p jumpa org2 yg dpt AIR FREE jerr...

    ReplyDelete
  24. cnc...fakta babi: kamu tahu sape yang meluluskan ladang babi tuh?khir toyo sehh~~
    saya harap kamu faham .. kenapa kamu melihat negeri negeri pembangkang nyer kelemahan...senang sahaja.. sebab nya kamu melihat dalam berita berita pro umno.. walaupun sikit saja kelemahan yang ada akan diperbesarkan... kamu tahu ape yang terjadi pada negeri negeri umno sekarang? dari audit negara mereka banyak tanggung hutang.. kamu tahu johor air yang paling mahal di negara malaysia...

    so please laa... jangan duk tunding kearah pembangkang tanpa kamu tahu ape yang terjadi di negeri negeri lain.. ingat UMNGOK dah memerintah 50 tahun....di sesetengah negeri pakatan hanya memerintah 2-3 tahun...

    dan lagi satu... JEPON pun dah tukar pemerintah.. adakah ekonomi mereka hancur seperti dakwaan parti pemerintah mereka sebelum mereka kalah?

    sedar tak sedar kamu dah diperbodohkan oleh media UMNGOK yang bertugas.. open your mind sehh~~

    ReplyDelete
  25. confious n curious11 December 2010 at 10:28

    mop, kalu nak berdiskusi pun x perlu mengutuk nama parti...sy pun x pernah mengutuk pakatan, umno dan seumpamanya...sy menulis berdasarkan fakta yg dialami bukan media umno 2 sendiri...
    tahniah la kepada anda sebab anda yakin berita yg anda tulis 2 100% betul sebab anda seorg master yg mengetahui cerita dari A-Z...harap2 saudara tidak bercakap berdasarkan media pakatan shje ye...tq2...

    ReplyDelete
  26. 'confious n curious' kata

    tahniah la kepada anda sebab anda yakin berita yg anda tulis 2 100% betul sebab anda seorg master yg mengetahui cerita dari A-Z...harap2 saudara tidak bercakap berdasarkan media pakatan shje ye...tq2...

    bukannya masalah media mana-mana yang kata, tp selidiklah dulu kebenarannya, jangan percaya media semata-mata, tapi apakan daya yang nampak teruknya adalah media pro BN yang tak abis-abis kerja menipu, kalu media pakatan tulis ada rasuah dalam BN dan betul pulak tu... nak wat camna, takkan nak kata salah kut....
    lagi pun kalu salah Puak-puak BN(Bengap Negara dan pengikutnya) pasti akan saman dah...tengok cam Kes khir toyo.. Pakatan dah dedah lama dah.... baru ni nak bawa kes....tu sandiwara kut.....

    ReplyDelete
  27. curious n confious11 December 2010 at 13:07

    mane2 parti pun ade rasuah...anda boleh jamin ke pakatan x pernah mengamalkan rasuah 100%???
    sy mencari sebuah kerajaan yg telus...pakatan dan bn same2 ade rasuah...jadi untuk ape salin pakaian yg baru kalu dah tahu dua2 kotor?
    lebih baik cuci yg sedia ada...

    ReplyDelete
  28. CnC anda fikir laa... jika anda yakin kotoran yang membusuk itu boleh dicuci... anda berjuanglah untuk mencuci nya.. tetapi apa yang saya lihat ramai yang berkata begitu untuk mencuci kotoran itu... namun pabila duduk bersama kotoran itu mereka bukan jadi pencuci yang hebat.. malah bertukar menjadi NAJIS yang lebih busuk dan hina bersama kotoran itu...

    kalau anda mahukan kotoran itu hilang.. anda tukarlah yang baru(jika kotor sekalipon tidak sekotor dan sebusuk yang anda sangkakan).. dan anda pilihlah yang anda yakin.kuasa ditangan anda.

    ReplyDelete
  29. command n conquer21 December 2010 at 10:11

    menyedihkan betul tgk cara penyokong PR berhujah.

    bodoh sana, bongok sini... open minded la sangat kalau tegur skit dah melatah mcm budak2 sekolah. kalau aku tak baca media pembangkang, korang ingat aku buat ape kat sini? dah tentu aku komen kat blog UMNO.

    masalah betul korang ni. orang ajak bagi hujah bernas dia ajak bergaduh. betul2 mentaliti orang kampung

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan