Banjir besar di Kemaman, Terengganu lebih 1000 dipindahkan


KEMAMAN 20 Dis. - Hampir 1,000 orang penduduk di daerah ini dipindahkan setakat ini ekoran banjir yang mula melanda sejak petang semalam di beberapa kawasan.

Mereka yang terdiri daripada hampir 30 keluarga ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan dan dijangka lebih ramai akan turut dipindahkan petang ini.

Menurut sumber Majlis Keselamatan Negeri, mereka ditempatkan di Pusat Sumber Kampung Chabang, Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kerteh, Kuarters Polis Kerteh, Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik dan SK Pengkalan Ranggon.

Juga di balai raya Kampung Gong Chengal, balai raya dan masjid Padang Kemunting, Balai Raya Batu 9, Bukit Kurnia dan Bukit Kukuran.

Bagi kemudahan orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terbaru mengenai banjir di negeri ini boleh menggunakan talian berikut:

*Bilik Gerakan Bencana Negeri.

- 09-6316021

*Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

- 09-6224022

*Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya.

- 09-6274277

*Stesen Meteorologi Lapagan Terbang Sultan Mahmud.

- 09-6664743

*Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran.

- 09-6224072

*Pusat Kawalan Kontinjen Ibu Pejabat Polis.

- 09-6270499

Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat.

- 09-6234444

*Batalion 18 RAMD

- 09-6664206

*Bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

- 09-6668246

- 09-6666492

*Bilik Gerakan Jabatan Pengangkutan Jalan.

- 09-6222023

*Bilik Operasi Tenaga Nasional Berhad.

- 09-6818124


ReJaM©

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan