Thursday

Bas untuk wanita sahaja RapidKL


Malaysiakini melaporkan berita yang dipetik dari akhbar BERNAMA tentang RapidKL yang memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai semalam hingga 31 Disember.

Menurut kenyataan Bas RapidKL semalam, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.



ReJaM©

5 comments

suatu usaha ke arah yg lebih positif.. tahniah & teruskan sehingga berjaya.

Patut dr dulu lg da buat :) syukur mudah2an permudahkan urusan agar perkara2 yg baik camni diperbanyakkan lg

Kata Saya, Kata Anda? delete 2 December 2010 at 19:38

kalau suami isteri yang nak naik bas macam mana? kesian plak laki die kena tggu bas satu lagi dan sebaliknye...hikhikhikhikk...tak ke jenuh pulak menunggu pasangan kat rumah...kalau jadi ape2 masa pulang ke rumah?...emmm.

kenapa tak bahagikan ajer bas tue kepada dua bahagian? mcm tandas...satu utk lelaki n satu lg utk perempuan...buat dua pintu...cadangan jer jgn marah...hehe

Shahrizan Bin abdul Rahim delete 2 December 2010 at 21:24

kata saya, kata anda? : Klu yg bersuami isteri naik ajelah bas yg biasa kerana suami dia ada utk menjaga keselamatan isteri dia.. jadi ada org nk raba ke nk ragut ke dh x berani.. knpa plak nk kena naik bas lain2.. bknnya bila dh ada bas utk golongan wanita maka wanita dh x blh naik bas biasa! naik bas yg mana terpulang pada individu wanita tu sendiri kerana syarikat bas telah berusaha utk menyediakan perkhidmatan terbaik utk penumpangnya.. jgn fikir yg bukan2 dlm fikiran..

disriminasi gender je sume nih.. sume pompuan je yg dapat.. dulu tren.. skang ni bas lak.. laki dapat ape je?? ktorg pon nak gak.. tren utk laki... bas utk laki... bleh?? =P


EmoticonEmoticon