DAP harus belajar dari Datin Rosmah Mansor



Di bawah tajuk "Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?", Utusan Malaysia membidas perlakuan sorang Ahli Parlimen bukan Islam yang mewakili DAP masuk ke perkarangan masjid tanpa menutup aurat. Akhbar itu turut membidas kelakuan ahli parlimen itu yang memakai pakaian ketat di perkarangan sebuah masjid di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Ahli parlimen ini seorang yang bukan Islam, maka dia tidak paham peraturan berkenaan aurat di dalam Islam, tentang tuntutan Allah terhadap wajibnya seorang wanita itu menutup aurat. Mana tidaknya, agama yang dianutinya jelas sekali tidak menyuruh apa lagi mewajibkan penutupan aurat bagi wanita sepertinya. Undang-undang negara juga tidak menghalang dirinya daripada berpakaian begitu.

Jadi, ahli parlimen ini sepatutnya merujuk kepada wanita Islam untuk mengetahui adab-adab yang harus diikuti jika ingin masuk ke masjid agar Utusan Malaysia tidak membidasnya. Bagi memuaskan hati akhbar milik kerajaan itu, adalah lebih baik ahli parlimen bukan Islam itu merujuk kepada Wanita Islam kebanggaan kerajaan, yang juga 'role model' muslimah UMNO dan Barisan Nasional di dalam memenuhi etika berpakaian ketika berada di dalam mahupun di perkarangan masjid.

Beliau sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada Muslimah pejuang Islam yang sebenar merangkap isteri solehah Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Rosmah Mansor di dalam memenuhi etika menutup aurat di dalam dan di perkarangan masjid. Di bawah ini adalah contoh-contoh etika berpakaian seorang Isteri Solehah merangkap Muslimah yang benar-benar menurut kehendak syariat Islam. Sila klik untuk membesarkan imej.





ReJaM©"Isteri solehah inilah yang bakal membantu suaminya mendapat sebaik-baik ganjaran di Akhirat kelak"

32 Comments

  1. Inilah wanita yang alim lagi solehah susah nak cari wanita macam ni sekarang ni ...he..he..he..

    ReplyDelete
  2. perempuan PUAKA!!!!

    ReplyDelete
  3. REJAM!
    adakah Islam menggalakkan kita untuk mengaibkan sesorang?
    REJAM!
    banggakah anda kerana dapat memalukan rosmah mansur?
    REJAM!
    banggakah anda apabila rakyat negara kita ditanam perasaan benci antara satu sama lain?
    REJAM!
    seronokkah anda apabila anda melihat saudara sessama islam sendiri bergaduh?
    REJAM!
    memang benar islam ada menyuruh untuk kita berpolitik dan memilih pemimpin yang layak, akan tetapi inikah caranya?
    REJAM!

    ReplyDelete
  4. pemikir

    ahh kau da sokong umno byk plak bunyi kau~

    ReplyDelete
  5. monster kill

    well...ape nak buat.....pada aku post neh sama je mcm post lain yg bertujuan untuk memberi contoh supaya org lain tak ikot perkara yg sama dgn apa yg ditunjukkan...dgn pendedahan, org boleh kritik, dgn kritik, kesalahan boleh diperbetulkan... kalau dah kne kritik (org berkenaan dlm post neh) pun masih tak reti bahasa, sama2la kita doa supaya dia sedar satu hari nanti...tak elok jugak nak selar admin sbb kerja dia mendedahkan perkara yg tak baik supaya dijadikan sempadan......tiap2 perkara ada baik/buruknya...sng cerita yg baik kita contohi yg buruk kita jauhi...

    ReplyDelete
  6. org mcm rosmah tu kalau nk tegur depan2 mmg xdpt, pakat masuk ISA la jwbnye.. diorg ni nk turun jumpa rakyat bukan senang.. bila masa nk nasihat dia? dalam ramai2 rakyat malysia, berapa org sgt pernah jumpa pemimpin kita face2face? sekurang2nya kalau tulis2 cmni, dpt la dia trbaca(kalau...)
    *dakwah ada byk cara..

    ReplyDelete
  7. Anonymous | December 30, 2010 12:49 AM
    saya tidak menyokong mana2 parti politik di Malaysia ni,,, kerana tengok la masing2 ada agenda sendiri, burukkkan antara satu sama lain,baek kononnnya memperjuangkan islam, atau yang hanya mengatakan memperjuangkan islam~
    masing2 x sedar yang parti politik negara kita ni dah lame xda yang betol2 berpijak di landasan islam yang betoi, sebab ape? sebab kite dah memburukkan, melaga-lagakan sesama umat islam sendiri,, ada zaman rasullulah dulu duk gadoh pasal gini? x dok! rasullullah cara die lain apa yang kita gunakan sekarang~

    ReplyDelete
  8. monster kill

    apa2 pun perkara neh masing2 boleh nilai dgn iman dan akal bergantung pada tahap masing2....org yg dah sedia tahu tak perlulah sibuk mengkritik...apa yg paling elok sama2 berdoa supaya saudara kita tak ikot buat perkara mungkar.....kan lebih elok

    ReplyDelete
  9. Haha... memang kau ni pemikir yang tak jauhla...
    Yang mana aku aibkan datin Rosmah ni?
    Adakah selama ini dia menutup auratnya kemudian
    di dalam post ini aku bongkarkan gambar dia membuka auratnya?
    Bukankah dia memang bangga dengan jambulnya itu?
    Sedar tak kamu dia ni pulic figure di Malaysia?
    Ada ke orang yg tak tahu Rosmah ni memang tidak menutup aurat?
    Wanita yg menggelarkan dirinya wanita pertama, dan menjadi contoh kepada wanita lain di malaysia ini....
    Kalau kamu rasa dia betul, arahkan saja anak isterimu
    ikut gaya rosmah...

    ReplyDelete
  10. ntah ape yg dia REJAM! ntah

    ReplyDelete
  11. ha ha ha... sokong ReJaM....
    Biar pemikir tak jauh suruh anak-anak isteri
    dia pakai macam rosmah puaka tu haha...

    ReplyDelete
  12. Why aku sokong dgn bro ReJaM?
    Sebab akhbar2 BN aku tgk tak habis2 mengkritik mereka yg bukan dlm golongan mereka tapi yg dlm golongan mereka tak pernah dikritik.
    Try cari kt akhbar Utusan cthnya, ada ke cerita mengenai kritikan golongan ini? Jika ada, please give a link....(aku tak sokong mana2 parti, aku cuma benci dgn politik)

    ReplyDelete
  13. emmm...tak sesuai langsung acara ni....
    yg baik jadi kan teladan ler...yang buruk tu kita jadi jauhkan yek...sendiri mau ingat..dok kutuk sana kutuk sini pun bukan dapat apa pun...

    ReplyDelete
  14. @pemikir[x]jauh

    ko ni ckp pkai otak ke x?
    cbe bce bnyk2 kali post ni..
    mmg btl kate rejam yg ko ni pemikir yang tak jauh..haha

    ReplyDelete
  15. pemikir[x]jauh ni salah seorg yg di kira pengundi atas pagar.
    elok la duk atas pagar lama2....see nothing do nothing !

    ReplyDelete
  16. La... nape ade orang yang marah ni? Bukan ke ReJaM puji rosmah tu?
    ReJaM kata Rosmah Mansor Isteri Solehah... takkan penyokong rosmah
    marah kot? hihihi...

    ReplyDelete
  17. haha~~ rejam,,, tanda [x] bukan maksud tidak la,,
    saya tidak mengatakan apa yang rosmah bukak aurat tu betul, memang la salah, dalam islam pun dah salah, akan tetapi, kamu cakap die public figure Malaysia, die bangga dengan jambul die, kamu kate semua orang tau die tu macam tu...
    tak ke same dengan hal artis yang bangga die seksi? die tau die seksi, die menjadi idola pada orang ramai, semua orang tau die seksi~ tapi adakah kita harus mengulangkan apa yang semua orang dah tau? x ke tu dah masuk mengumpat? ok,,, terpulang,, tapi ingat kalo ko terus menceritakan tentang keburukan orang, x mustahil, suatu hari ko sendiri yang kena pulak~

    ReplyDelete
  18. pemikir,

    abis tu utusan tu tak mengaibkan org jugak ke?

    ReplyDelete
  19. memberitahu keburukan pemimpin yg lain dibnarkan di dlm islam...............

    ReplyDelete
  20. tmbhan dr kenyataan diatas........
    pemimpin yang zalim sahaja ye..........

    ReplyDelete
  21. kita kadang x salahkan orang bukan islam pasal x tutup aurat pasal depa x faham...

    kita yang islam nie la yang terangkan.. saya rasa dalam perkarangan masjid sekali pun kena tutup aurat.. so kalau nk buat program masjid melibatkan bukan islam.. kita kena lah bagitahu mereka untuk tutup aurat..

    rasanya aktiviti senam robik x sesuai kot kt perkarangan masjid.. x sesuai kot..

    ReplyDelete
  22. sbenarnye bagus kalau masjid nih dapat kita imarahkan lagi dengan pelbagai aktiviti, dan kan lagi bagus kalau masjid lebih teebuka, mean lebih byak program dapat dianjurkan, cuma adalah lebih baik, kalau jika jemputan itu adalah mereka yang bukan beragama islam, maka menjadi tanggungjawab kepada jawatankuasa masjid untuk menasihati atau menerangkan dengan berlemah lembut, kerana mereka itu non muslim, dan tdak tahu etika berpakaian seorang muslim yang dituntut syarak

    ReplyDelete
  23. ak rasa tak salah pon nak dedah kn benda nih, ko pemikir tak jauh, ak harap ko dapat jaga anak bini ko bebaik ea. bising2 tarak guna klu anak bini ko sama je. huhu

    ReplyDelete
  24. Utusan Melayu dan sesetengan blog banyak mencetuskan masalah dan mempunyai niat untuk melaga-lagakan masyarakat Islam dan bukan Islam.
    Jika orang bukan Islam membaca artikel tersebut, pastinya berbagai andaian dan tanggapan yang akan dilemparkan oleh mereka. Ini menampakkan kepada mereka Islam satu agama yang menyusahkan dan membebankan manusia.Antara anggapan tersebut:
    1. Orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid.
    2. Orang bukan Islam tidak boleh masuk perkarangan masjid atau berada di kawasan sekitar.
    3. Orang bukan Islam tidak boleh sertai aktiviti bersama orang Islam walaupun untuk senamrobik.
    4. Orang bukan Islam wajib menutup aurat tanpa menampakkan seurat rambut apabila dalam kawasan masjid.

    Perlu kita fahami mereka adalah orang bukan Islam dan oleh itu mereka tidak memahami tuntutan dalam Islam. Orang bukan Islam perlu memberitahu mereka adat-adat dalam Islam supaya mereka faham sedikit demi sedikit.

    Realitinya, tindakan dan perlakuan masyarakat Melayu Islam amat memalukan dan menghina Islam. Berapa ramai wanita Islam tidak bertudung, pakai baju ketat, tak tutup aurat dan sebagainya. Ada wanita yang masuk masjid rambut tersembul keluar, malah ada yang tidak bertudung langsung. Jadi, non muslim menjadi pening kene tutup aurat ke tak kene tutup aurat?. JAKIM kene senaraikan apa yang boleh dan tak boleh buat bila berada di kawasan masjid untuk muslim dan non muslim.

    Kalau yang datang menyertai senamrobik tu Lecthumy atau Siew Peng, mesti perkara ni tak jadi isu. Sebab yang datang tu ahli politik, terus benda ni jadi isu. Yang elok, jadi buruk. Yang betul jadi salah, yang harus jadi haram.

    Tindakan pihak masjid melakukan aktiviti senam robik merupakan satu TRASFORMASI yang amat baik. Masjid perlu pelbagaikan aktiviti untuk menarik lebih ramai muslim dan non muslim menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak masjid. Kalau boleh buat konsert di perkarangan masjid. Konsert Islam. Anak muda lelaki dibenarkan menyanyi lagu-lagu yang telah ditapis oleh pihak masjid. Rujuk ahli-ahli agama.

    Jangan kita menyalak dan marah tak tentu hala bila orang muslim dapatkan bantuan dialesis di gereja. Jangan marah bila orang yang mengidap AIDS menginap dan ditanggung oleh kuil Hindu. Jangan marah bila orang miskin dapat bantuan kewangan kuil Buddha. Persoalannya, masjid tidak bergerak aktif dalam membantu golongan daif Islam terutamanya mendapatkan perkhidmatan seperti itu.

    Oleh itu, isu ini tidak harus dipolitikkan semata-mata untuk kepentingan politik dan membina keyakinan rakyat untuk persiapan pilihanraya akan datang.

    Apa yang baik, kene sokong. Apa yang tak baik kene bantah tak kira golongan parti politik mana sekali pun.

    ReplyDelete
  25. cuba kita jadi org yg tak sokong mana2 dan menjadi org yg menjadikan islam tu cara hidup dy. BETUL2 cara hidup dia, ok?

    mmg rosmah xtutup aurat, siap jadi tetamu dlm islamic fasion show yg langsung xislamic tuh. nak kata memalukan dia dgn post ni mungkin tak sbb aibnya (tak tutup aurat) mmg dh sume nampak. jadi ini adalah medium peneguran secara halus dan jauh. maksudnya, rosmah takkan baca pun bnde2 gini. if dy baca pun, mungkin dia ignore (bad respons) atau at least terjentik hati dia nk amalkn islam (good response).

    apa yg nmpk mcm mengutuk rosmah adalah, teguran ini sepatutnya straight to her, bukan secara public mcm post nih. if xdapat nak tegur rosmah face2face, kita ada mufti dan penasihat2 agama. tak perlu kita besar2kan dosa org lain walaupun yes, jelas dan nyata.

    sebaiknya, kita kena unite atas nama ISLAM. pas ke umno ke, sume rakyat malaysia sbb masih ramai lagi pihak yg nak menjajah kita. talk less, do more. :)

    ReplyDelete
  26. if xdapat nak tegur rosmah face2face, kita ada MUFTI dan PENASIHAT2 AGAMA.

    --> (kerajaan punye ke?)= LOL ...

    ReplyDelete
  27. to pemikir n Munie.. senang cakapla: toksah la crita kat budak2 skolah pasal kisah Qarun, Fir'aun, Hamman, Abu Lahab etc.. kan ke NGUMPAT namanya tuh?? and kalo Fir'aun Hamman n d geng ada FB pun surely dorang akan ignore semua nih kan? kan?

    seriously both of u need 2 understand beza kutuk ngumpat n hukumnya kat orang yang dah tau salah, tapi tetap buat jugak..

    ReplyDelete
  28. hehe..mmg le si Munie x suke korg kutuk si rosmah too..tau x sebab pe..sbb die pn same gak mcm rosmah..berpakaian tp telanja..hehe

    ReplyDelete
  29. sng kate ginie la.. mende nie jd isu sebab dap yg buat.. senamrobik hara.. masok masjid haram.. bg bantuan kat org islam susah haram.. kawan ngan org islam pon haram.. kalo org bn lak?.. makan babi dlm masjid pon halal..konpem x masok paper punye.. sbb ape? sbb die org bn..

    ReplyDelete
  30. sy rakyat bese.... sy x pduli sgt psal politik... tp dgn khidpan yg serba mahal skang ni, sy rase sy ade hak sbgai pgundi n pemilh..harap2 plihan sy btul pasni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan