Hantaran anak Tuan Guru Nik Aziz RM 1000 sahaja

ReJaM© tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam petikan ulasannya di majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu hari ini.

Tuan Guru Nik Aziz sebagai dipetik dari laporan BERNAMA,

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.


Para pembaca lelaki yang masih belum berumah tangga bolehla mencuba nasib, untuk pengetahuan semua anak-anak Nik Aziz memang Tip Top, manis-manis dan solehah pada pandangan mata ReJaM©. Memang beruntunglah siapa yang dapat.


Inilah salah satu langkah bijak di dalam mengurangkan zina, buang anak, pembunuhan bayi dan gejala-gejala buruk lain yang bakal timbul. Bukan dengan cara mewujudkan Sekolah Harapan yang membela golongan-golongan penzina.

Tuan Guru bukan sekadar memberi pandangan, malah beliau sendiri menawarkan hantaran yang murah untuk anak gadisnya. Hantaran anak Menteri Besar paling murah di Malaysia, mungkin juga di dunia.

Di bawah ini, disertakan gambar salah seorang anak Tuan Guru, sila klik untuk membesarkan image.


ReJaM© "Hantaran dah murah dah tu, bab Agama tu yang penting nak kena stanby hehehe"

19 Comments

  1. mak bapak sekarang bukan pandang orang yang pandai mengaji, tapi pandang orang yang pandai speaking.
    asal ada duit, jalan
    takde duit, boleh berambus

    ReplyDelete
  2. ak harap media kerajaan x putar belit ape yg tok guru nk buat... sedih lh ade org duk kutuk2 org baik cam tok guru..

    ReplyDelete
  3. macam ne baru la betol...islam menganjurkan perkahwinan untuk mengelakkan zina dan memberi ketenangan hati kepada kepada yg berkahwin bukan memberi masalah di kemudian hari. tp rakyat malaysia skarang lebey suke mununjuk2 dgn perkahwinan yg besar2. memang satu gejala yg tidak sihat berlaku dlm masyarakat kita skarang.

    ReplyDelete
  4. ini ke contoh org melayu ISLAM? LOGO UMNO(united MALAY national oganization) diputarbelitkan n tukar jadi tengkorak... kite sesame menusia satu ugama n satu bangsa...selebihnya urusan die ngn Tuhan. sedih tengok mcm ni...n tolong berfikiran terbuka..n pegang pada keImanan kite...dalam pentadbiran Rasullullah pon rasenye tak de kutuk mengutuk mcm ni.jangan sampai Aqidah kite tergadai sebab ikut nafsu...Jaga iman, jaga solat, jaga akhlak!!!. :)

    ReplyDelete
  5. 1000? wow. menarik. simpan duit 2-3 bulan, dah boleh kawen. bertuah la klw jmp fmly yg sggup trme hntrn RM1k zmn ni. haha~

    ReplyDelete
  6. Bujang susah boleh cuba nasib ni,hahaha

    ReplyDelete
  7. rase2nyer...sumer anak pompuan tok guru dah kawin...anak mane lagi???,,,,cucu kot,,,he3

    ReplyDelete
  8. Cucu pon boleh la.... ha ha ha...

    ReplyDelete
  9. xnmpk pun gmbr ye.....

    ReplyDelete
  10. Name:The Great(samaran)

    bgs le camtu..org islam skarang trend duet..kalo x de duet,mesti makbapak org yg korang nak meminang ckp ''ko nak bagi anak aq makan pasir ke????''...ape le..dah plak tu,kalo pompuan blajo sampai PHD,mesti mintak 21 ribu..mane leh..kene ikut kemampuan si peminang patutnye!!mase zaman Rasuluallah SAW...korang bace kat bwh ni:

    Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

    lagi satu,Saiyidina Ali R.d kawin ngan Fatimah R.d ngan mas kawin sebuah perisai...aje,sbab cume tu aje Saiyidina Ali R.d ade..

    ReplyDelete
  11. Tindakan pemimpin sebgini adalah amat bertepatan sekali. Bukan nilai duit (kebendaan) sebenarnya, ttp nilaian dr sudut psikologi yg tinggi. Bukan skdar menyuruh, ttp pemimpin melakukan sendiri apa2 shj yg membawa kebaikan. Walaupun trend kini yg bersifat materialistik, kononnya utk jaga 'standard' dn mengelak aib dgn hantaran yg mahal2 adalah st fahaman kebendaan yg tidak menjamin kebhagian berpanjangan. Cth x perlu ku beri, tetpi lihat sendiri msyarakat sekeliling kita.

    Begitu juga dgn hukum hakam dlm islam, BUKAN juga berbentuk kebendaan, tetapi lbh kpd PENGAJARAN PSIKOLOGI kpd masyarakat. Apa UNTUNG kpd kerajaan jika stakat hukuman potong tgn dilaksanakan? Apa yg kerajaan DAPAT dgn hnya potong tgn, hukum sebat pd peminum arak, hukum sebat atau rejam pd penzina? -(dgn syarat2 yg ketat). Tiada denda berbentuk kewangan? Begitulah ciri2 fahaman kita yg bersifat kapitalis. Semuanya kebendaan. Sedangkan hakikatnya, islam adalah sebaliknya. Begitulah masalah ini tidak pernah berkurangan, malah makin bertambah krn tiada kesedaran hakiki kpd masyarakat, malah dlm masa yg sama, ia juga mnjadi bebanan kos kpd k'jaan apabila dimasukkan ke penjara.

    Mgkin ramai dikalangan kita yg belum pernah disamun, dirompak, diragut (smpai mmbawa kematian), dirogol dsbnya. Tahukah kita, bgaimana prasaan mangsa hingga mnjdi trauma? Tanyalah sendiri kpd mangsa, apakah hukuman selayaknya jika mereka diberi kuasa utk menghukum penjenayah terbabit? Mngkin bukan setakat potong tgn, malah mgkin mereka mengharapkan potong kepala, ekoran trauma, kesusahan, kesedihan yg mangsa alami!!! - Kalau x silap aku (aku x jumpe artikelnya), karpal singh pun pernah mncadangkan hukuman bunuh kpd pesalah2 jenayah sebgini.

    p/s: maskawin yg rendah, adalah antara 10 ciri2 wanita yg mulia. Elakanlah hantaran yg tinggi krn ia akan memeningkan kepala psangan pengantin sendiri. Dalam masa yg sama ia dpt mengelak penyakit riak, yg merupakan ibu kpd segala jenis penyakit.

    ReplyDelete
  12. Gua sokong lu la abu hakim....
    100%...

    ReplyDelete
  13. aku nk nikah ngn ank tok guru der

    ReplyDelete
  14. Rasanya terpulang la pada kemampuan individu itu sendiri,kekadang mak bapa nak juga meraikan hari bahagia anaknya,kalu dah kaya raya mcm sultan Brunai tu tak salah kan? lain la kalu yang tak berkemampuan.

    ReplyDelete
  15. rakyat malaysia muslim10 March 2011 at 14:06

    1000 je?waaaaa..amat tidak membebankan langsung..tapi dia kan orang berpengaruh,mesti banyak pihak sukarela yang nak terbabit dalam majlis tu..tapi,diharapkan lebih ramai lagi orang macam dia,seseorang yang amat memahami..yang penting kita buat apa yang termampu kan?..sederhana dalam segala hal :)

    ReplyDelete
  16. Kalau anak sy, sy minta mas kawin je...senaskah Al-Quran tapi dgn syarat hafiz 30 juzuk Al-Quran la....

    ReplyDelete
  17. Mmg la hantaran kena murah, tak boleh mahal-mahal, membazir, ala kadar.... bla...bla...bla.... tapi dah jemput orang datang meraikan anak kita, nak bagi makan ape?? takkan kuih ngan air kosong je kot? 1000 pon tak lepas. kalau macam tu, baik tak payah bagi hantaran. cukup ngan duit mas kawin, panggil reporter ramai-ramai, buat liputan, masuk sokabar. tak yah jemput orang datang kenduri. lagi jimat kan kan? Ape la...orang datang kena jamu. bagi cenderahati, kenang-kenangan, ucap terima kasih sebab sudi hadir majlis kita.. hadui.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan