Monday

Isu air Selangor, kandungan memo kepada Agong



Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu’alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,


Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Sumber: Blog Anwar Ibrahim


ReJaM©

6 comments

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

ADAKAH KITA MASIH MAHU MENYEMBAH SERTA MENDAULATKAN SULTAN2 MELAYU YG SDG ENAK DIBUAI MIMPI2 DI DLM ISTANA AIR MATA RAKYAT...

DI MANA KAH KASIH SYG DAN KEPERIHATINAN SULTAN, BILA MANA MELIHAT HAMBA RAKYATNYA DICABUL DAN DISEKSA SESUKA HATI OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM

SEDARLAH KESULTANAN MELAYU MELAKA MUSNAH KERANA SULTAN BERSAMA2 PEMBESARNYA BERLAKU ZALIM DAN MEMBUAT MAKSIAT..

ALLAH MERANCANG SEGALA KEMUSNAHAN TERSEBUT DAN ALLAH JUGA MENDENGAR SEGALA RINTIHAN DAN DOA RAKYAT MELAKA YG DI ZALIMI OLEH SULTAN DAN PEMBESAR MELAKA KETIKA ITU..


RAKYAT BUKANNYA MEMBERONTAK.. TAPI CUMA MENGAHARAPKAN SECEBIS IHSAN SULTAN MEREKA DARIPADA DIZALIMI OLEH PARA PEMIMPIN NEGARA BAGI MERINGANKAN BEBANAN YANG DITANGGUNG SELAMA INI...

PARA PEMIMPIN SEKARANG INI BAGAI KADOK NAIK JUNJUNG BILA MENDAPAT KUASA..

KALAU BEGINILAH CARANYA RAJA DAN SULTAN MELAYU MENANGANI BEBAN RAKYAT JGN DIPERSALAHKAN RAKYAT JIKA SUATU HARI NANTI ISTITUSI BERRAJA PUPUS DARI MUKA BUMI MALAYSIA INI..

KERANA ITU JANJI ALLAH BAGI SETIAP PEMIMPIN YANG ZALIM AKAN DIHAPUSKAN OLEH ALLAH DARI MUKA BUMI INI..

INSYAALLAH..!! SAUDARA DAN SAUDARI BERDOALAH KITA AGAR ALLAH MUSNAHKAN RAJA2 DAN SULTAN MELAYU YANG BERSEKONGKOL DGN PEMERINTAH YANG ZALIM INI..

INGAT TABAHKANLAH HATI.. BERDOALAH KALIAN KEPADA ALLAH SEBAGAI MANA DOA RAKYAT MELAKA SUATU KETIKA DAHULU BILAMANA MEREKA DIZALIMI OLEH SULTAN DAN PEMBESAR2 MELAKA..

KENANGKAN BAGAIMANA TABAHNYA NENEK MOYANG KITA DI ZAMAN MELAKA DAHULU DITINDAS, DIZALIMI, DIBUNUH SESUKA HATI, DIPAKSA MEMBAYAR UFTI YANG TINGGI, DIROMPAK HASIL TANAMAN DAN TERNAKAN, DIBAKAR HANGUS RUMAH MEREKA, PARA WANITANYA DIAIBKAN, SI ISTERI DIBUNUH SUAMINYA, SI SUAMI DIRAMPAS ISTERINYA UNTUK DIJADIKAN GUNDIK2 ISTANA, SI ANAK DIPANGGANG HIDUP2..

INGAT HANG NADIM...!!!
SEDAH MENJADI TRADISI PEMIMPIN MELAYU JIKA MUNCUL SAHAJA ANAK2 BANGSANYA YANG CERDIK AKAN DISEKAT MEREKA DGN BERBAGAI CARA..
MAHASISWA2 YANG BERADA DI MENARA GADING DISEKAT PERGERAKAN MEREKA..

LIHAT INGAT LAKSAMANA BENTAN DIBELAH PERUT ISTERINYA, JUSTERU ITU JANGAN PELIK JIKA ANWAR DIANIAYA DAN DIFITNAH SEDEMIKIAN RUPA..

INGAT HANG JEBAT DI HUKUM BUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN PERUNDANGAN ISLAM ( HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH -ITU UNDANG2 ISLAM YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN )

JEBAT DIBUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN TUAH DUKANNYA SUKA2 TAPI KERANA IMANNYA YANG TEBAL TERHADAP ALLAH SERTA MENJUNJUNG HUDUD ALLAH ) MATI JEBAT BUKAN SIA2.. INGAT...!!

INGAT SEMUANYA..!! APA KATA JEBAT HUTANG DARAH DI BAYAR DARAH..ITULAH HUKUM HUDUD YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH..
JEBAT MENEGAKKAN YANG HAQ..

JEBAT DIBURUK2KAN OLEH PEMIMPIN2 MELAYU SEPANJANG ZAMAN KERANA SATU SEBAB IAITU MENDAULATKAN HUKUM ALLAH..
BEGITU JUGA PARA ULAMA KITA SEKARANG INI DI HINA DAN DIKEJI SEMATA2 KERANA INGIN MENEGAKKAN HUKUM ALLAH..

SEDARLAH WAHAI SEMUA...!!!

SEBENARNYA MELAYU LEBIH BERMARUAH DAN BAHAGIA TANPA SULTAN DAN PARA PEMIMPIN YANG ZALIM... CUKUPLAH DGN KITA MEMPUNYAI ALLAH DAN RASULNYA..!! DARIPADA MENJADI HAMBA ABDI KEPADA SULTAN DAN PEMIMPIN ZALIM

Cuba bayangkan sebuah kerajaan negeri terpaksa berdepan dengan sebuah syarikat demi membela rakyat...dan akhirnya terpaksa mengadap YDP Agung utk menyuarakan hak.

Begitu berkuasanya syarikat berkenaan. Sudah tentu ada kuasa2 dajjal dibelakangnya.

Syarikat2 kroni ini sama taraf penjajahan dan hisap darahnnya dengan Syarikat Hindia Timur semasa belanda dahulu.

Kepada penyokong dan ahli umno......sila kumpulkan harga 20m3 air percuma tiap bulan yg dibayar kerajaan selangor kepada Syabas dan serahkan wang berkenaan terus kepada kerajaan selangor kembali, jgn serah kepada wakil ketua umngok. Buat macam umno tua renta PPinang.

Wahai penyokong dan ahli umngok, katakan kepada kerajaan Selangor bahawa "kami tidak rela meminum air haram, kami tidak rela basuh baju pinggan mangkuk dengan air haram, kami tidak rela basuh kencing dan berak dengan air haram. kami sanggup tidak berak 2 hari macam saifool. Kami mahu harga air selaras dengan Ron97...demi kemajuan negara dan demi tertegaknya menara warisan(penjajah)!".

kenapa mesti sembah "makhluk" ciptaan Allah nie??? anyway..kalo korang nak sembah dia sembahla aku x nak aptah lagi di golongkan dalam "sembah rakyat" tu...Hidup dan matiku hanya untuk Islam, sujud dan sembahku hanya pada Allah Tuhan Sekalian Alam...

UMNO ni susah,agung pun mcm nak taknak je tolong rakyat, sebab dia tak pernah susah, hari2 nak kena sembah, baik sembah Allah ada pahala, sembah dia apa dapat, kosong, M'sia ni dah nak lingkup pun dia buka kesah, yang penting dia hidup selesa aman damai dikalangan raja2.

aku bukan tak nak sokong raja2 ni atau sulatan2 ni, sebab takda apa pun nak sokong dan kita harapkan, dia sedaplah duduk dikayang dunia ni, najib yang begitu bagang punya pemimpin pun dia tak boleh nak bersuara lagi lah yang lain2, kes yang jelas ALTANTUYA, mana dia nak bahas di mahkamah, takut punya org. entah apalah rosmah duk bagi najib ni, sampai takut nak tegur isteri.


EmoticonEmoticon