Isu air Selangor, Selangor patut contohi Johor

Perhimpunan aman untuk mengiringi Menteri Besar Selangor yang bertukar kepada acara mandi beramai-ramai akibat ditembak oleh meriam air FRU, dan berpedih mata serta kerongkong akibat gas pemedih mata di ibu kota hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat dan orang ramai (termasuk warga asing).

Kalau dilihat inilah kali pertama ada syarikat swasta seperti SYABAS yang berani menentang kerajaan negeri seperti kerajaan Negeri Selangor. Malah Menteri Besar yang memegang tampuk kepimpinan negeri juga terpaksa bersusah payah berdemo bersama-sama rakyat!

Kalau dulu, biasanya rakyat berarak di jalanraya kerana menentang kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia secara keseluruhannya. Tapi senario kali ini lebih pelik kerana kerajaan Selangor terpaksa berarak pula untuk menentang sebuah syarikat Swasta iaitu SYABAS.

Syarikat Air Selangor, SYABAS mahu menaikkan harga air Selangor sebanyak 37%. Tindakan ini dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana ia disifatkan membebankan rakyat. Oleh kerana SYABAS terus berdegil, dan mahu juga menaikkan harga air, maka rakyat dan Kerajaan Negeri (diwakili Menteri Besar Selangor) berarak bersama-sama mahu menghantar memo kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Kerajaan negeri Selangor tidak mahu rakyat terbeban membayar kos air yang tinggi kepada syarikat air swasta, SYABAS maka mereka menuntut untuk mengambil alih kuasa pengurusan air Selangor dan membatalkan penswastaan air Selangor yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Jelas sekali Selangor mendahulukan rakyat di dalam isu ini.

Najib Razak, Perdana Menteri di dalam petikan ucapannya di dalam Berita Harian juga seolah-olah menyokong dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mementingkan nasib rakyat! Najib di dalam ulasannya menyokong Kerajaan negeri.



Namun rakyat harus kesian Perdana Menteri Najib. Di sini jelas sekali bahawa Najib terpaksa berpura-pura menyokong rakyat di dalam isu air ini sambil melepaskan tentera suruhan mereka (FRU) untuk menyerang rakyat yang berarak walaupun secara aman. Namun ia mungkin bukanlah kehendak di hatinya, dia dalam dilema dan terpaksa berbuat begitu. Rakyat kena faham, Najib terpaksa!

Perdana Menteri Najib Razak yang bijak perlu berpura-pura seperti menyokong rakyat di dalam ucapannya bagi menggambarkan beliau sentiasa konsisten kepada slogan "rakyat didahulukan" yang dilaungkan olehnya setiap hari. Namun dalam masa yang sama beliau harus menjaga hati rakan baiknya Tan Sri Rozali Ismail yang kini sedang melobi untuk menjadi pengerusi Felda. Persahabatan adalah penting, rakyat harus paham tentang persahabatan Najib.

Lagi pula harga air di negeri lain yang menyokong Barisan Nasional di Malaysia sudah lama dinaikkan. Maka Najib mahu negeri Pakatan Rakyat juga turut mengikut negeri-negeri Barisan Nasional yang memiliki harga air yang sedia mahal. Dengan harga air yang mahal bagi setiap negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Pakatan Rakyat, barulah menggambarkan konsep Satu Malaysia apabila satu Malaysia harga air mahal. Maka rakyat harus menjaga air muka Najib dan Barisan Nasional.

Rakyat Selangor harus mengikut sikap rakyat Johor bagaimana mereka menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional Johor. Rakyat Johor langsung tidak membantah kerajaan Johor menaikkan harga air mereka dari tahun ke tahun sehingga mereka kini memiliki harga air yang paling mahal di dalam Malaysia. Namun mereka tidak pernah merungut. Rakyat Johor pandai menjaga air muka UMNO Johor. Lihatlah bagaimana Rakyat Johor sanggup berkorban demi UMNO!


ReJaM©

10 Comments

  1. Yalah... kena ikut johor... kalau boleh tahun depan bagi free terus air kat singapore lepas tu naikkan bil air supaya rakyat johor boleh tanggung kos air ke singapura...

    namun...
    Syabas!!! (ni baru betul, bukan SYABAS yg nak menipu rakyat) kepada sekelian rakyat jelata yg berani mempertahankan maruah dan hak mereka dan keluarga mereka. Kita akan terus tentang kerajaan dan pemerintah yg menzalimi rakyat. Kita tentang pemimpin yg hanya tahu menghabiskan wang rakyat dgn bermewah-mewah, buat rumah besar2 dan istana besar2, belanja mewah dengan wang rakyat, rasuah. sedangkan rakyat hanya berjuang untuk sekelumit nikmat yang Allah berikan dengan mempertahankan 20m3 air yang diberi percuma oleh kerajaan Selangor di zalimi dan ditangkap oleh penguasa2 yg zalim.

    Disamping kita berdoa dan bermunajat kehadrat Allah S.W.T dengan sungguh2 agar kerajaan dan pemerintah zalim ini ditukar dgn kerajaan dan pemerintah yg lebih baik dan mengikut syariat Allah. dan semoga Allah balikkan segala kezaliman, kejahatan dan fitnah yg dilakukan oleh pemerintah yg zalim ini keatas diri mereka semula semoga mereka mendapat pengajaran dan bertakwa.

    ReplyDelete
  2. caya lar bro.

    kita kena naikkan skali air muka Najib.
    jgn lupa tu :p

    ReplyDelete
  3. Saya diberitahu yg di tempat2 tundra (artik) di mana sesetengah org mungkin memburu serigala!

    Mereka akan mengambil bilah tajam & akan melumurkan darah pd bilah itu & mencairkan ais di sekitarnya & meletakkan tempat pegang bilah itu di dlm ais tersebut supaya hanya bilah itu shj yg terkeluar.

    Dan serigala ini akan bau darah ini & ingin memakannya & ia akan dtg & menjilat bilah itu utk cuba memakannya.

    Apa yg berlaku ialah apabila serigala itu menjilat bilah tersebut dia melukakan lidahnya & berdarah & masih ingat dia sedang memakan darah pd bilah itu!

    Dan dia terus menjilat & meminum darah itu & semestinya darah itu adalah darahnya sendiri & akhirnya dia terbunuh darinya!

    ITULAH YG DILAKUKAN PEMERINTAH KITA SEKARANG!!!

    ReplyDelete
  4. inilah kes pertama kali aku tgk kat malaysia...MB turun berdemo membantah syarikat swasta (syabas) itu nama komersial...nama lainnya kebas...kerajaan pusat tak buat apa....hantar FRU adalah....walaupun aku bukan anak jati Selangor aku sokong MB Khalid Ibrahim...teruskan melawan...syabas pada rejam...tulisan anda memang kick...buatlah buku mesti ramai org beli punya...

    ReplyDelete
  5. Liza, Banting Selangor6 December 2010 at 14:02

    Kalau ReJaM buat buku, Linda orang pertama beli!
    Tulisan anda memang best, buat orang berfikir secara bebas!
    Teruskan menulis!

    ReplyDelete
  6. aku yg rakyat johor dah kat lbh setahun x pyh byr bil air...mak abah kat tangkak nu asyik merungut sekali dtg 40-60 inggit sebulan...wlu pun dah jimat2...rakyat jhr senyap psl bising pun x guna...bg calon kayu ngan batu pun diorg pangkah jer...sebab UMNO tu sejarah susur galur nye dari johor...:-@

    ReplyDelete
  7. tarif air naik disuruh kita jimat... kepala b... dia!

    fru bazir air tembak rakyat takpe..rakyat yang bayar air tu tau...

    ReplyDelete
  8. johor tlg bayar bil air singapura skali laa..haha
    hmmm..harga air naik sbb harga air muka najib naik.....

    ReplyDelete
  9. pahang sbgai pengeluar air pn mahal jgk tarif nye dr penang.. lol !!!!!

    ReplyDelete
  10. wow..murahnya air kt penang..apsal x suruh tiru je AIR muka najib masa puji PKR tu..hhaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan