Saturday

Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu



Selama UMNO memperjuangkan orang Melayu di bawah lorong 'Ketuanan Melayu', ramai yang tidak sedar kemajuan besar yang telah dibawa oleh parti tonggak kerajaan ini. Ramai yang sangsi dengan konsep 'ketuanan Melayu' kerana ia tidak selari, atau bercanggah 'contradicted' dengan konsep 'satu Malaysia'. Mana tidaknya, konsep 'satu Malaysia' memperjuangkan perpaduan, namun 'Ketuanan Melayu' lebih kepada bersikap 'rasist' dan hanya memberikan keutamaan kepada Melayu sahaja.

Namun orang Melayu harus sedar bahawa selama ini, kemajuan Melayu sangat-sangat dibantu, dan ditentukan oleh 'ketuanan Melayu' ini. Apa sumbangan UMNO dan 'Ketuanan Melayu' di dalam memperjuangkan nasib Melayu selama 53 tahun di negara ini?

Cuba lihat di bandar-bandar, baik bandar besar atau bandar kecil, di pekan-pekan, baik pekan besar atau kecil. Monopoli pembangunan bandar-bandar dan pekan-pekan ini didominasi oleh orang-orang Melayu! Susah sekali kita nak jumpa Orang dari bangsa lain memiliki premis perniagaan. Carilah mana ada bangunan dan perniagaan milik Cina dan India? Semuanya dimonopoli oleh orang-orang Melayu! Terima Kasih kepada UMNO dan 'Ketuanan Melayu'.

Lihat sahaja bila Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji! Semua kedai-kedai Melayu Islam, di bandar akan bercuti, sehingga bangsa-bangsa lain pening kepala di mana hendak membeli barangan keperluan harian? Lihatlah kuasa ekonomi orang-orang Melayu! Melayu telah memegang kuasa ekonomi negara ini keraja Jasa UMNO dan Ketuanan Melayu! Terima kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Tiga bangsa majoriti di Malaysia ini adalah Melayu, Cina dan India. Manakala bangsa yang paling ramai antara ketiga-tiga ini (majoriti) adalah bangsa Melayu! Bangsa Melayu terus mendahului bangsa-bangsa lain di dalam menerajui negara baik dari segi ekonomi, politik, bidang profesional dan sebagainya. Wajarlah mengikut logik akal, bangsa yang teramai ini memonopoli semuanya selari dengan perjuangan Ketuanan Melayu! Terima Kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

Banyak lagi kejayaan-kejayaan bangsa Melayu yang boleh dibincangkan hasil konsep ketuanan Melayu bersama parti tonggak negara, UMNO ini. Namun cukuplah beberapa kerat sahaja yang diutarakan bagi menunjukkan betapa ikhlas da berkesannya UMNO 'Ketuanan Melayu' memperjuangkan nasib Melayu. Belum lagi didedahkan betapa kayanya bangsa Melayu dan bagaimana bangsa ini menjadi orang-orang terkaya Malaysia.


ReJaM© "Ketuanan Melayu tidak wajar dipersoalkan kerana ia membawa Melayu ke puncak kejayaan!"

25 comments

ayt yg bagus! aku sokong! haha... fuck off ketuanan melayu

Bila masa pulak Melayu monopoli ekonomi Malaysia ni?
Setahu aku lagi ramai cina je yang meniaga kat bandar2!
Nak cari muka melayu pun susah!
Aku pun orang UMNO juga! Tapi janganlah kelentong
pembaca mcm ni wei!
Aku tak nafikan ketuanan Melayu hanya
menguntungkan kroni2 je...
Kalau ye pon sokong UMNO, Tapi janganlah tipu pembaca wei!
blog ni bukan nak naikkan umno tp
nak menjatuhkan UMNO! Bangang punye penulis!

Pemuda UMNO : woit bile pulak Milo Suam ni naikkan UMNO.. ko salah blog ni.. kah kah kah kah kah

Pemuda UMNO? Aku hanya mampu tersenyum seterusnya gelak
kah kah kah!

kesian pemuda UMNO, dah tau dasar UMNO cume utk kenyangkan kroni2, pg sokong lagi, tunggu la kat akhirat nnti...

bape ramai anak melayu yang hilang jati diri walaupon hidup d negara sendiri?? bape ramai jumlah kes orang melayu murtad? bagaimana dengan akhlak2 anak melayu yang terikut2 dengan barat? (rujuk video youtube aksi comolot @ pavillion)

trima kasih umno kerana men-sampah-kan org melayu.

nadira.

kah kah kah. Pemuda UMNO tak sedar entri-entri di sini bersifat sarkastik.

laaa bukan ke blOg ni menyindir je sebenarnya.. aduyaiii tak ya la emOsiOnal sangat..

Tahukah anda.. 10 Orang Terkaya di Malaysia 'Semua' nya orang Melayu? Terima Kasih UMNO dan Ketuanan Melayu!

hehe..terima kasih pada pemuda umno N9...
mengakui bahwa selama 53 tahun umno memerintah kaum cina yg byk meniaga dan slogan ketuanan melayu hanya menguntungkn kroni umno dan omong kosong!!
so, mane ketuanan melayu yg jaga org melayu???ahaks..


-Amri-

Kepada Pemuda UMNGOK N9 <----- APOLAH BONGAP BONA EKAU NI JANG WA KA KA KA KA.....

bersatulah org melayu...tanpa hak2 istimewa org melayu, x akan org melayu boleh survive...org2 yang kaya kt malaysia pun berapa kerat je...tgk saja belia2 melayu kita ni..kt mane diaorg? kt pusat serenti, merempit, menagih dadah..nk memonopoli ekonomi?...ingt bangsa cina nk biarkn melayu monopoli?...minta maaflah...kita perlu ingt, british dahulu pecahkan bangsa melayu cina n india..kita dikampung2..menjadi petani...cina di pekan2..mereka sudah lama memonopoli perniagaan dimalaysia...mereka bersatu..sebab itu, mereka berjaya...tolong lah bangsa melayu...fikir tentang anak cucu kita...kita perlu bersatu..bukan sy menyokong umno or pkr or pas...semua ada kelemahan..apa yang sy mahukan,kita bersatu...belia2 kena bersatu...kerana belia2 ini yang akan menentukan bangsa melayu or khususnya, umat islam berada dimana pada masa depan nanti...sy tahu, banyak kepincangan oleh pemimpin2...tugas kita utk menggantikan mereka..ape yang sy pasti,bila ketuanan melayu, hak2 istimewa melayu dimansuhkan, melayu akan kalah dengan bangsa2 lain...mari kita gunakan keistimewaan kita utk membela bangsa

bodoh...kate melayu x bleh survive tanpa hk istimewa org melayu..ko tgk la melayu kat singapura...bole jer hidup..klau melayu di beri hk istimewa..ank2 melayu makin lpe dri ad la..cbe ko tgk keliling ko, camner ngan bdk melayu skrg..melayu xkn maju klau kite x bersaing..dh bg hk, belagak cam raja jer...x manopoli ape bende nyer..dh melayu dh selese ngan kedudukan skrg..bersatu tu betul la bro..tp agak2 la...sori sekadar renungan...

kepada pemuda amno n9,awak ni tak tau taklik ke,kena belajar,itu ayat menyindir la woi he heh hee

Itu lah cara berfikir & tahap mentaliti org UmenO.. Lurus dr pembaris..

sah org umno memang bodoh

Kalau tidak ada ketuanan melayu di bumi melayu sendiri...maka hapuslah kuasa raja-raja melayu..jika hapusnya kuasa raja-raja melayu..hapuslah islam sebagai agama rasmi tanah melayu (malausia)...mungkin anda lebih suka jika bangsa melayu hilang terus kuasa di tanah melayu ini...jangan la kamu melayu mempersendakan persoalan ketuanan melayu kalau diri anda itu sendiri melayu...memang melayu singapore leh hidup...tp mcm pak pandir ayam menang tanah tergadai...adakah dulu singapore tu tanah orang cina..??dalam parlimen singapore berapa ramai pemimpin melayu...bukan mahu mengungkit cume sekadar ingatan...

kalau pakatan memerintah negara...adakah boleh merubah sume ini..??

PAS = cara islam
PKR = cara liberal
DAP = cara sendiri menolak ISLAM

dia member kite gak ar...saje kasi hangat ini blog kot...

takkan orang 'pandai' iyekan saje segala yang disampaikan?
takkan orang 'pandai' ni..pun lurus cam pembaris?
-yang bijak; menilai,membuat keputusan dari segala genap bucu-
yang terima akibatnye ; yang lurus macam pembaris.
=)

Kalau tidak ada ketuanan melayu di bumi melayu sendiri...maka hapuslah kuasa raja-raja melayu..jika hapusnya kuasa raja-raja melayu..hapuslah islam sebagai agama rasmi tanah melayu (malausia)...mungkin anda lebih suka jika bangsa melayu hilang terus kuasa di tanah melayu ini...jangan la kamu melayu mempersendakan persoalan ketuanan melayu kalau diri anda itu sendiri melayu...memang melayu singapore leh hidup...tp mcm pak pandir ayam menang tanah tergadai...adakah dulu singapore tu tanah orang cina..??dalam parlimen singapore berapa ramai pemimpin melayu...bukan mahu mengungkit cume sekadar ingatan...

kalau pakatan memerintah negara...adakah boleh merubah sume ini..??

PAS = cara islam
PKR = cara liberal
DAP = cara sendiri menolak ISLAM
________________________________

ni lagi sorang bengap bonar tahap gaban!!
Raja2 itu ar yg memastikan "orang melayu saje wajib memerintah negara" bai.. bukannya UMNO!!PAS!!MCA!!DAP!!PKR @ MIC!! sebabtu dulu sebelum merderka ramai Parti seperti API, PKMM dan sebagainya.. umno mase tuh sekutu british!!

sape plak yg mengadaikan singapura, batu putih..blok minyak klu bukan UMNO bai yg memerintah???

PAS = cara islam (ramai tokoh2 ulama & ustaz serta ustazah)
PKR = cara liberal
DAP = cara sendiri menolak ISLAM

bandingkan...

Umno = cara islam tapi liberal gak..(ulama 40 pemuda wat ulam)
MIC = terang2 tolak n xpaham islam..
MCA= parti porno yg xpaham n tolak islam..
Gerakan = terang2 tolak n xpaham islam..
PPP,PBS,Makha Sakti & lain2 = ???????


so, mane BN nak jaga hati org melayu & agama ISlam kalau barisanya sendiri bersepah2 fahaman & kepentingan politik ..

sedarlah ar skit!! yang memberi Kuasa memerintah & Rezeki adalah Allah swt..bukanya parti politik!! kalau kita xsuka kita ubah amal makruf nahi mungkar dgn tangan kita...

-Amri-

Pemuda UMNO, tu la pasal ko masuk, sbb utmakan kroni

Kursus BTN : membawa org melayu khasnya pegawai kerajaan melayu masuk hutan, dimomokkan pentingnya menjaga hak melayu dlm menyaingi bangsa lain. Konon melayu terancam.

Persoalan:

Mengapa perlu masuk hutan macam komunis dan ditiupkan semangat perkauman sedangkan negara ini diperintah oleh orang melayu, rajanya raja melayu, polis tenteranya majoriti melayu ?

Niat sebenar kursus btn adalah utk mengekalkan ketuanan umno. Konon amat penting mengekalkan kuasa umno supaya melayu terjamin. Disamping kursus itu sama seperti rakan muda dan plkn yang memberi sumber pendapatan kepada kuncu2 umno.

terbaik.. mohon share link utk artikel nih.. tq.. :)

Aku berasa tertarik bila membaca kenyataan ulama Harussani yang mengatakan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa pada pilhanraya umum Ke 13 kalau UMNO dan PAS tidak bersatu dan bekerjasama. Ulama Harussani sanggup menjadi orang tengah bagi merealisasikan hasrat untuk orang Melayu bersatu tersebut.

Pada pandangan rakyat marhaen sepertiku ini, sebenarnya kita orang Melayu ni dah lama kehilangan kuasa sebelum PRU 13 lagi. Kuasa ekonomi, kuasa dalam membeli,. kuasa dalam memilih pekerjaan, kuasa untuk mendapatkan pekerjaan, kuasa untuk menjadi kaya-raya… semuanya kita dah hilang. Cuma mungkin UMNO risau orang Melayu akan hilang kuasa politik pulak. Mungkin…

Aku tak peduli sangatpun tentang ketuanan Melayu ni. Tapi kalaulah ada orang Melayu yang bertanyakan pada aku apa yang patut dibuat untuk mengembalikan ketuanan Melayu, maka jawapanku senang saja : Tubuhkanlah parti politik baru khas untuk menjaga ketuanan Melayu. Nama parti tu ialah Parti Ketuanan Melayu.

Matlamat Parti Ketuanan Melayu ni memang khusus untuk menjaga kepentingan serta ketuanan Melayu. Jadi ia tak boleh ada parti komponen berbangsa lain macam BN atau PR. Pun begitu, PKM (Parti Ketuanan Melayu) ini bukanlah nak bergaduh dengan bangsa lain pulak. Perkara pertama PKM akan buat ialah mewajibkan semua ahlinya bercakap Bahasa Melayu. Tak boleh walau sepatahpun perkataan dalam bahasa asing. Dengan ini ketuanan Bahasa Melayu dapat dipelihara.

Perkara seterusnya ialah membeli tanah berpuluh ekar dan memecahkannya kepada lot-lot kecil. Lot-lot ini dijual kepada ahli-ahli PKM sebagai lot saham. Kat tanah tersebut bolehlah PKM jadikan pusat penternakan ayam berskala mega. Keuntungan jualan daging atau telur ayam tersebut akan diagih-agihkan kepada ahli-ahli PKM yang membeli lot-lot tanah tadi. Mereka akan dapat setiap bulan. Dengan ini bukan sahaja ketuanan Melayu terpelihara dalam ekonomi malah dalam kuasa membeli juga. Jadi setiap kali menjelang raya, orang Melayu tak perlu mengeluh tentang harga ayam yang melambung naik. Selepas ayam buat pula gula, beras, minyak dan lain-lain bahan mentah lagi.

Perkara seterusnya ialah PKM akan menghantar ahli-ahlinya untuk meneroka pasaran di luar negara. Mereka ini akan dihantar untuk menjalankan kajian tentang pasaran di luar negara dan seterusnya membuka perniagaan di luar negara. Dari situ ahli-ahli PKM yang lain akan bergerak sama membuka perniagaan di sana dan peluang serta pelaburan di negara asing akan menjadi lebih luas. Jadi ketuanan Melayu dari aspek monopoli pasaran dan pelaburan luar negara akan dapat ditegakkan dengan jayanya dan sekaligus membentuk peluang pekerjaan yang bersifat ketuanan kepada orang-orang Melayu lain.

Kalau korang pergi ke Afrika Selatan, member aku kata orang Melayu di sana adalah bangsa yang minoriti tetapi dapat mendaulatkan ketuanan Melayu mereka melalui kuasa yang lebih dari kuasa politik. Melayu di sana memegang kuasa ekonomi dan pasaran serta sangat dihormati oleh bangsa lain. Mungkin kita di sini pun patut mengikut jejak langkah mereka dengan menubuhkan PKM. Tetapi ada satu hadis yang pernah ustazku di UKM pesan iaitu Rasulullah pernah berkata bahawa orang yang lebih mementingkan perpaduan bangsa (asabiyah) dari agama akan direct masuk ke neraka. Jadi tak mungkin aku nak masuk PKM atau apa-apa saja parti politik yang sedemikian rupa.


EmoticonEmoticon