Wednesday

Jumlah rakyat Malaysia sehingga 2011



Utusan Malaysia melaporkan jumlah penduduk Malaysia terkini mencecah 27,565,821 orang berdasarkan maklumat bancian Penduduk dan perumahan tahun 2010.

Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.

Daripada jumlah itu terdiri daripada 14,112,667 orang lelaki dan 13,453,154 orang perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus.

Semasa tempoh bancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Laporan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.


ReJaM©

4 comments

Saya lebih mempercayai kata-kata sdr Karam Singh ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Memang sudah jadi satu kebiasaan ramai yang meletakkan kenderaan sesuka hati, seolah-olah tidak memikirkan akibat dan kesannya. Meletakkan kenderaan yang menutup laluan adalah suatu yang kurang menyenangkan, atau disebut sebagai kemungkaran. Mengapa dilakukan juga oleh orang-orang Islam? Sebab mereka tidak memahami agama Islam secara menyeluruh. Bagi mereka sembahyang hanya untuk menurut perintah semata-mata. Tiada kaitan dengan etika hidup. Contoh, dalam bab sembahyang ada menyebut, makruh sembahyang di laluan. Apakah pengarajan dari hukum ini? Sila lihat laman web saya.

TERIMA KASIH KONGSI MKLUMAT YG BAGUS INI :)

bukan ka 29juta sekarang.


EmoticonEmoticon