Monday

Khir Toyo Umumkan perletakan jawatannya




Ketua Pembangkang Selangor Dr Khir Toyo yang juga bekas menteri besar Selangor, sebelum negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum lalu mengumumkan perletakkan jawatannya berkuat kuasa serta merta di dalam tulisannya di blog beliau.

Beliau menulis bahawa perletakkan jawatan itu disebabkan oleh perbicaraan yang dihadapinya di mahkamah Shah Alam berhubung tuduhan rasuah ke atasnya berhubung mahligai mewah miliknya di seksyen 7 Shah Alam.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Khir didakwa di mahkamah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.


ReJaM© "Eloklah, berhenti terus je pun tak pe, kami tak kesah dan tidak akan merinduimu!"

5 comments

Bagus bebenor la Toyol hijau ni berenti...xde r lg org2 selangor xleh tdo mlm duk pkir Antu Toyol ni yg duk mencuri harta rakyat selangor je keje dia....Tapi Toyol ni da tuan n se elok2nya biar tangkap skali ng tuan dia...

elok lah.. kalau still lagi banyak tambah dosa jer...

tahniah kerana menduduki ranking 17 dalam TOP RANKING ONLINE

mahligai KT kebanggaan jawa laaaa admin...!!! apa melayu-melayu, saya umno taw, malu laaa umno, melayu lari

Biar mampos orang tua ini. Kaki rasuah tahap cipan. Muka pun dah hitam balik lepas tader duit nak beli botox.


EmoticonEmoticon