Mahligai Khir Toyo kebanggaan Melayu!


Khir Toyo yang top dengan kisah penyapunya semasa menjadi Menteri Besar Selangor sebelum negeri itu dirampas oleh pakatan rakyat didakwa hari ini di atas tuduhan rasuah berhubung sebuah rumah miliknya yang dikatakan berharga RM 24 Juta.

Kalau dilihat adakah rasuah yang dilakukan oleh mantan menteri besar ini menyusahkan rakyat? Beliau melakukan rasuah untuk membeli rumahnya sendiri, duit yang dikeluarkan juga dari poketnya sendiri. Tiada rakyat yang menderita kerana beliau membeli rumah. Tiada harta rakyat yang dirompak untuk beliau membina rumahnya.

Malahan dengan terbinanya mahligai bernilai 24 Juta itu akan menambahkan lagi senarai jutawan-jutawan bumiputera yang memiliki rumah dengan harga jutaan ringgit bagi menyaingi jutawan-jutawan dari bangsa lain yang sudah diketahui banyak di negara ini. Itu baru rumah, belum perabot, dan kenderaan serta yang lain-lain lagi. Siapa dia ni? Melayu juga yang bangga!

Berapakah gaji Khir Toyo semasa beliau menjadi Menteri Besar? Adakah dengan gajinya dia mampu untuk memiliki rumah tersebut? Baiklah di sini ReJaM© menggunakan nilai gaji yang diperolehi oleh perdana menteri Malaysia Najib iaitu RM22,826.65 sebulan berdasarkan laporan Utusan Malaysia. Gaji Khir Toyo tentu lebih rendah dari itu bukan?

Sekiranya gaji khir Toyo adalah RM22,826.65 sebulan (gaji perdana menteri) maka dengan gajinya beliau boleh membayar habis rumahnya dalam masa RM 24, 000, 000 / RM 22,826.65 = 1051.40 bulan atau bersamaan 1051 / 12 = 88 tahun. Lihat bukankah Khir Toyo layak membeli rumah tersebut? Sekiranya dia tak membelanjakan langsung duit gajinya, dan digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang rumah tersebut, dalam masa 88 habislah hutang rumah dia. Mengapa pembangkang suka menuduh Khir Toyo dengan tuduhan melulu?


Sekarang umur Khir Toyo adalah 45 tahun, maka 88 tahun nanti bila umur dia mencecah 45+88 = 133 tahun maka habislah hutang rumah dia. Malahan pada masa itu Khir Toyo akan menjadi Melayu pertama di dunia yang direkodkan sebagai manusia paling tua di muka bumi. Mengapa kerajaan Selangor menuduh Khir Toyo yang bukan-bukan? Untuk belanja lain-lain Khir Toyo boleh mintak duit daripada bini dia.

Rumah Khir Toyo sebenarnya akan menjadi kebanggan Melayu dan bumiputera satu hari nanti kerana:
  1. Khir Toyo tersenarai sebagai Melayu yang memiliki mahligai puluhan juta Ringgit (macam artis Holywood)
  2. Khir Toyo tersenarai sebagai manusia tertua di dunia semasa menghabiskan hutang rumahnya (mengharumkan nama negara dan Melayu)
  3. Khir Toyo mencipta rekod tersendiri apabila menerima pinjaman dari bank yang meluluskan pinjaman sehingga 88 tahun (Melayu pertama dalam negara).
  4. Khir Toyo memegang rekod pantas seorang menteri selama 8 tahun dengan mengalahkan Tuan Guru Nik Aziz yang sudah menjadi Menteri Besar lebih 20 tahun namun sekadar memiliki rumah kampung yang tidak glamour dan tidak boleh dibanggakan sebagai Melayu yang berjaya!
  5. Khir Toyo juga akan menjadi inspirasi golongan muda (Melayu) untuk menceburi bidang politik agar berjaya memiliki rumah sepertinya dalam masa 8 tahun sahaja!


ReJaM© "Inilah dia wajah Melayu berjaya yang patut dijadikan contoh oleh anak-anak muda! Hak Ptuih!"

29 Comments

  1. cool! love u khir ! marc zukebek pun kalah

    ReplyDelete
  2. die de bisnes laen kut.. cam tun daem.. sblm jd menteri pun die da kaye.. pastu br masuk politik.. hmmm

    ReplyDelete
  3. Melayu tu dianggap berjaya ke jika memiliki Mahligai yg besar???. Mahligai yg besar tu kalau dapat atas usaha sendiri memang boleh dibanggakan. tapi kalau atas punca rasuah,itu perah keringat rakyat jelata namanya....Nabi Muhammad SAW pemimpin hebat pun tak duduk Mahligai besar, apasal kita melayu Islam nak kena bangga kalau duduk mahligai besar. Khalifah Umar Abdul Rashid yang mana semasa era kepimpinannya tiada seorang pun rakyat fakir yang boleh diberikan zakat, hanya duduk di rumah nya sendiri tetapi tidak diistana kerajaan. Ciri-ciri pemimpin macam ni la yang kita nak. Kira betul la apa yang Tok Guru Nik Aziz buat.yang penting pemerintahn beliau mendatangkan manfaat pada rakyat, bukan membuatkan rakyat terus merempat...orang yang meninggalkan mahligai besar dan Allah tinggalkan bukti sampai sekarang adalah Firaun, Qarun dan ramai lagi laknatullah yang lain.Jgn lah kita tergolong diantara laknattullah2 ni.

    Abu Naufal, Klang

    ReplyDelete
  4. panjang betul umur khir toyo ye? sampai
    133 tahun ha ha ha... i like it... sindiran yg tak kurang hebatnya!

    ReplyDelete
  5. nama pn toyol....

    ReplyDelete
  6. love khir ketuanan melayu

    ReplyDelete
  7. anak bumi melayu6 December 2010 at 19:08

    aku haramkan duit cukai aku dah kena paksa bayar.korg2 yg dah makan ni taubat lah.sbb aku halalkan kalau korang dgn anak cucu masuk neraka 100,000 tahun kiamat esok

    penat2 kerja kena bayar cukai.aku tuntut hak aku hasil2 bumi Allah bagi seperti hasil minyak yang aku tak dapat

    ReplyDelete
  8. daa, dier ade klinik gigi sendiri laa. ko kaji ke x nie?

    ReplyDelete
  9. saya setuju khir adalah simbol ketuanan melayu sejati.saya bangga dan patut di beri khalifah silat gayung atau 3 lines .jarang anak ketuanan melayu boleh buat duit dalam 8 tahun jadi mb.masuk guiness world bk of rcd,bangga3
    zmm

    ReplyDelete
  10. Si toyol yang bodoh... Kah kah kah

    ReplyDelete
  11. Sape lagi ahli bey en yg akan di kmbinghitamkan oleh bey en sendiri..hrp lbih byk kbrokbrokan menteri2 dan ex2 dorg di dedahkn pada rakyat yg bengong sekelian..oppss..jgn marah..

    ReplyDelete
  12. klinik gigi pun bukan nyer kaya maner pun..

    ReplyDelete
  13. klinik gigi boleh dapat banyak duit??

    ReplyDelete
  14. apa sesusah Allah telah sediakan Surga dan neraka...

    ReplyDelete
  15. peh! kalu ko penah tanyer nk wat gigi palsu ke, cucuk nie, buang tu, pasang ape2 jer, harge sakit dada punyer...

    btw, knp org melayu kita kaya jer asyik kene hentam eh, xbleh tgk org senang dari kita eh? mmg org melayu tipikal camtu kan? sedey seh...

    ReplyDelete
  16. saya cukup tertarik dengan entry MiloSuam akhir-akhir ni...Penuh dengan sindiran...pengundi atas pagar pasti akan lebih memahami isu ini...TERBAIK!!!

    *saya pohon jangan la dipermainkan nama bapa Khir iaitu Toyo..

    ReplyDelete
  17. kat dunia lagi toyol dah dapat balasan dah....tapi skrg aku tak pikir pasal toyol ni, sebab aku pikir ttg puluhan atau ratusan bilis dan jerung BN yang terlepas dari rasuah ni.SPRM jgn buat keja separuh2...telanjangkan semua sekali hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
  18. pembaca setia la sgt7 December 2010 at 00:56

    haha...ad jugak org y back up mat tempe 2...
    woit..!sedo la skit pembace setia...
    setia sgt la ko ni ngn mat tempe 2...
    hahaha...

    ReplyDelete
  19. khir toyo memang ada business lain sbb tu dia menjadi kaya raya so,, jangan jeles lah puak2 Pembangkang ni..

    Khir toyo ada syarikat multi nasional yang berniaga " TEMPEH " seantero dunia..

    Sekarang ni dengar khabar khir toyo akan mengeluarkan produk TEMPEH nya yang terbaharu iaitu TEMPEH bersalut coklat..

    Negara2 maju seperti Amerika dan eropah sedang berlumba2 membeli TEMPEH jenama "BOCHA TOYO" kerana saintis dunia telah meramalkan bahawa pada tahun 2012 dunia akan diserang wabak penyakit yg di bawa oleh sejenis virus yang diberi nama saintifiknya "altantoyo" yang mana virus ini dikenal pasti akan menusnahkan makanan asasi dunia seperti gandum, beras, jagung dan segala jenis ubi2.

    badan kesihatan dunia WHO menyarankan agar dunia beralih kepada TEMPEH sebagai makan utama.. so apa yg nak dihairankan dgn kekayaan Khir toyo... kalau sudah rezki khir toyo akan menjadi manusia terkaya di dunia ( lebih kaya dari raja saudi arabia da.. ) jangan lah jeleslah pulak...buangkan sifat2 buruk bangsa melayu tu ni tak asik nak dengki dgn bangsa semdiri..

    ReplyDelete
  20. baru sebuah mahligai...mane tau ada lagi beberapa buah rumah lagi, dan beberapa biji kereta, motor besar, dan lagi dan lagi yg tersembunyi....

    ReplyDelete
  21. entry yg molek dri milo suam...teruskn dgn gaya penulisan mcm ni sinis biar pedas

    ReplyDelete
  22. nak sindir pun agak2 lah.24 juta apenye... 10 juta pun tak sampai. selidik dulu baru nak serang.

    ReplyDelete
  23. emmm... dalam mahligai tu rasa nye boleh buat kubur x?

    ReplyDelete
  24. Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munasabah". OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.

    Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan "presumption of innocence" sebagai bermaksud "andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah" berbanding "andaian tidak bersalah".

    Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).
    Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

    Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan "andaian tidak bersalah" atau "andaian belum bersalah" atau "andaian belum dipertanggunjawabkan", saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

    Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi "andaian belum bersalah" sebaliknya sudah wujud "andaian bersalah" atau "andaian sudah dipertanggungjawabkan". OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

    Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

    OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

    OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

    Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

    Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya OKT sudah dipertanggungjawabkan, dan OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

    Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang-Undang

    ReplyDelete
  25. Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

    Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa. Menuduh memang senang, takat pembuktian bagaimanapun adalah amat tinggi. Dalam kes Dato Ramli, walaupun sebanyak 74 saksi dipanggil, Pendakwa masih gagal mewujudkan kes prima facie.

    Andaian dan pembuktian sememangnya berbeza. Apa itu andaian? Alleycats ada sebuah lagi "andainya aku pergi dulu sebelummu....." Pergilah cari dan mainkan, mudah-mudahan kita akan memahami apa itu andaian.
    Setakat ini, kita hanya dapat mengandaikan sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang-Undang

    ReplyDelete
  26. dia dapat gaji dia dari kelinik gigi dia di kajang sebanyak RM60 ribu sebulan.......itu kata dia lah.....wallaualam...

    ReplyDelete
  27. Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.....soalnya kalau pun RM4 juta, dia mana dia dapat duit itu? adakah dari gaji dia yg tak luak satu sen pun....?

    ReplyDelete
  28. hahaahaa..aku yg beri 4juta tu....4juta rupiah...hahaahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan