Malaysia nafi planet Nibiru akan langgar bumi


Khabar angin berkenaan kononnya sebuah planet yang dikenali sebagai planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar bumi pada tahun 2012 menjadi salah satu topik perbahasan di dewan rakyat hari ini.

Kerajaan bagaimanapun hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lalu.

- Bernama


ReJaM©

1 Comments

  1. Samada nibiru ujud atau tidak, samada melanggar bumi atau tidak atau sipi saja yg menyebabkan bencana alam teruk....semua hanyalah teori saintis.

    Sikap malaysia memanglah cuba mengelak spekulasi yg boleh menyebabkan negara dilanda kegelisahan. Tetapi masih tidak waras dan terbawa2 dgn teori org barat, seolah2 yg bercakap tidak ada agama walaupun menteri ramai islam.

    Memahami isu nibiru ini mudah jika kita merujuk agama. Semua pendapat adalah teori saintis semata2. Ilmu mengenai angkasa masih terlalu subjektif dan sukar dibuktikan kerana cakrawala amat luas dan manusia tidak dapat sampai dan menyentuhnya. Maka amat sukar utk dikaji secara makmal.

    Ilmu manusia terhadapnya sangat terhad. Teori bumi mengelilingi matahari sedangkan dalam surah Yaasin mengatakan matahari mengelilingi bumi pun sudah kontroversi.

    Apatah lagi utk meramal perlanggaran nibiru.

    Kesimpulannya ialah bahawa sanya semua itu dalam mengetahuan Allah swt. Dialah yg mengetahui apa yg berlaku dimasa akan datang. Manusia tidak akan tahu mengenainya. Apapun takdir Tuhan, kita hanya menunggu saja tetapi masih berpeluang mengubah takdir dgn doa.

    Yg penting ialah kembali kepadaNya. Memunajat minta dijauhi bala bencana(bn juga termasuk bencana), bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, bertawakal dan berserah. Membersihkan diri daripada kemungkaran2 seperti fitnah liwat yang bertaraf kebangsaan yang sentiasa dimainkan tanpa takut kepada bala Allah. Kalau lah nibiru nk hemtam dunia juga, biarlah kena betul2 ke atas kepala para pemfitnah yg suka mencabar Tuhan di atas 'diam'nya Tuhan terhadap kemungkaran dan fitnah mereka selama ini.

    Wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan